Throwback video #hellogoldcoastbydamiasdaim
Ni masa kat night market Gold Coast.. kami beli Wacky Whitsle sebagai hadiah harijadi untuk Ayyunie (dia yang minta beserta beberapa hadiah lain lagi). Unik whistle ni sebab bila kita letak je kat atas lelangit kita, nanti bercakap keluar bunyi burung ikut irama suara kita.
Tapi yang nak difokuskan dalam video ni adalah, cuba tengok reaksi muka Ayyunie..ketakutan kan? Memang lah sebab kat Gold Coast ni ramai yang bawa anjing sekali masa bersiar2..masalahnya anjing2 tu suka betul menghidu orang. Serius sangat tak selesa. Ada sekali tu sampai nak terjatuh buggy Daim dek kerana kami (kecuali ayahnya) lari dari anjing.. nasib baik ayahnya cepat2 pegang buggy..
Pastu masa mula2 sampai airport Gold Coast pun, anjing hitam besar menerkam pounch kat pinggang ayah damia tanpa kami sedar, pastu terus berlalu pergi. Kami anak beranak terkejut sungguh weii..sempat lagi Ayyunie cakap "fuhhh nasib baik anjing tu tak bau adik, kalau tak haram dah adik ni terkena anjing 😂😂😂"..
Dalam video tu Aleesya (paling penakut) sampai turun tangga ke pantai lari dari anjing tu..
Apa2 pun setiap negara yang kita pergi, banyak pengalaman yang dipelajari, terutama buat anak2 yang otak mereka seperti sponge yang absorb setiap moment.
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
No comments:
Post a Comment