Rindunya makanan-makanan seafood (besar-besar dan segar-segar) ni kat Boracay! Bukan sahaja sedap sehingga menjilat jari dan bibir, siap hantar sampai depan hotel (penat2 balik buat aktiviti air dah tak payah rushing keluar lagi) dan yang paling penting halal.
Kat Boracay ni sangat susah nak cari makanan halal. Islam pun minoriti sangat. Mujurlah jumpa kak bora @boracaytravezlandtour dalam IG ni. Pakej lengkap di Boracay dari A to Z private tour (kecuali tiket flight dan hotel tempah sendiri) siap ada guide jaga anak-anak lagi.
Nak-nak pula Daim.... makan bersuap, buggy orang tolak, tidur orang dukung, nak main orang layan. Macam bawa helper bercuti sekali. Sebab tu aritu ramai yang tanya mana Daim sebab tak banyak gambar dia pun, tak bawa Daim dan anak2 ke (tak sanggup tinggalkan weeiii)..
Ok, harap menjawab persoalan orang yang saya tak kenali DM tanya pasal makana halal di Boracay...Kalau tanya anak-anak apa yang best kat Boracay? Diaorang jawab "makannnnnn"... Haha..
Ni lunch masa Pit Stop terakhir masa island hoping di Boracay..
Bayangkan penat2 kita sepruh hari island hoping, sampai pit stop terakhir ni, makan yang baru masak terhidang depan mata..
Perghhh..heaven!
Masa ni juga first time makan sambal landak...haha...alang2 dah pergi tempat orang, makan je lah kan...
Sumpah! Tak habis makan semua ni...tapi semuanya sedap2..
Yang kami peminat seafood ni pun makan sampai tak leh nak makan dah..haha..banyak sangat..
Tapi puas hati!
Dinner yang dihantar terus ke hotel..
panas2 lagi semua masakan...
Udang masak lemak cili api dengan labu tu, perghhh...power..
Ikan masak tauchu tu jarang2 saya makan, tapi kat sini licin...
Siap berebut dengan anak2 lagi...
Ikan segar beb! Hanyir pun tak ada..
Seafood memang famous lah kat Boracay ni... So lunch atau dinner kami memang wajib ada ketam, udang, sotong dan ikan..sekali sekala adalah makanan bercengkerang...ayam daging tak provide sangat sebab susah nak cari ayam daging yang halal kot kat sini..
Mangga di Boracay memang merata orang jual...
Manis2 lemak2 semuanya..
Tapi saya tanya mangga sekilo berapa kat sini, mahal juga dalam RM15 sekilo...
Mungkin sebab kawasan pelancong kan..tu yang mahal sikit..
Roti Gardenia kat sini 1 bungkus pun RM6.50...beli jugak...hihi..
BTW kat sini memang susah nak cari makanna halal...kalau ada pun baca review orang dalm blog, beli seafood atau ikan segar kat Pasar Talipapa, lepas tu suruh kedai muslim masakkan. Ada 1-2 kedai muslim je pun...tu pun masakan philipines katanya tak berapa nak ikut selesar orang Malaysia jugalah..
Tapi dengan pakej yang saya ambil ni, makanan halal dan yang masak En Alvin tu pun orang Sabah. So makanan memang secukup rasa dan ada pedas juga..
Haihhh tetiba rindu nak gi Boravay lagi!
No comments:
Post a Comment