Monday, October 30, 2017

Resepi Pulut Mangga Thai

Setelah sebulan lebih back to back ada event dan program di hujung minggu, masak pun ala-ala kadar je, bahan mentah dalam peti ais pun so-so je, maka hujung minggu ni masa terluang untuk membeli belah segala lauk pauk dan beraksi semula di dapur. Macam2 yang telah dimasak weii... Pulut Mangga Thai lah, Nasi Ala Kakwok lah, Nasi lemak sambal kerang petai lah dan macam2 lagi.. Tapi harini saya  share resepi Pulut Mangga Thai dulu ya memandangkan ada beberapa rakan saya yang first time tengok Pulut Mangga macam saya buat ni. Nasi baik saya ada record, so boleh lah tengok hashtag #pulutmangga ya...


Resepi senang je ni..

1. Mula2 Kukus pulut dulu..Saya suka guna beras pulut susu, lebih lembut dan lemak...dah masak pulut tu, sejukkan dalam bekas..

2. Dalam periuk lain, masak kepala santan (santan pekat tu lah), biji halba, daun pandan, garam dan gula (kuantiti ikut citarasa ya).. Kacau hingga hampir mendidih (jangan bagi mendidih)..

3. Campurkan separuh kuah santan tadi dengan pulut.. Gaul sehingga rata.... Separuh lagi kuah santan simpan..

4. Pulut yang digaul rata tadi masukkan dan tekan2 dalam nangka yang telah dibuang bijinya.. Masa ni harap nafsu makan sabar ya sebab bau harum nangka tu semerbak sangat..

5. Lebihan kuah santan tadi pula, masukkan sedikit (1/2 sudu) tepung beras untuk pekatkannya..kacau2 sampai mendidih..

6. Ok siap untuk dihidangkan. Nanti pulut nangka tu makan bersama kuah pekat tadi..

Kalau dah cuba, jangan lupa tag tau!


Sumpah sedap sangat! Lemak2 manis! Bau yang harum.. Santan pekat tu pun elok je kejadiannya..

Ni anak2 dan suami suruh buat lagi.. Sedap sangat lettewww.. Hihi..

#syukurselalu


Post a Comment