Thursday, October 26, 2017

Sunway Putra Hotel II Dari Deluxe Room terus upgrade ke Junior Suite

Rezeki dapat bilik junior suite instead of deluxe room without any charges.. Alhamdulillah..Allah nak bagi kami sekeluarga berehat secukup mungkin. Sebab lepas je balik dari Gambang, terus ke PWTC pula.
Terima kasih ya Allah.. 
#naiklifttadisempatborakmacamkawandenganartis #ramaimenteripunduduksini #layanan6stars #jangankedekutbagitips

Booking hotel ni via Agoda pun last minute sangat dah. Dah nak sampai hotel Sunway ni baru booked. Sebenarnya ada kes, hotel lain yang kami tempah sebelum tu cancelkan booking kami. Adusss.. Pabila customers walk-in dan customers online bertindih booking, sesuka hati je ya cancelkan. Nasib baik staffs punya bilik ada. Tu pun ura2 nak pindahkan staffs kami kat hotel lain sebab alasan tengah renovation, walhal booking bertindih. Al-maklumlah, pabila ada event kat PWTC, hotel memang full booked ah!


Urusan booking hotel di Sunway ni dibuat oleh ayah damia. Saya jam 9 malam baru dapat masuk bilik ni sebab saya kat booth dulu petangnya tu.. Masuk2 wahhh luas..


Memang cantik dan luas amat bilik junior suite ni..


Anak2 semua dah tidur..
Tak sedar ibunya balik..


Alololo.. Comel je Daim tidur kat tengah2 tu ya.. Queen Bed dapat 2.. Memang muat kami 5 beranak atas katil tu..


Esoknya Ayyunie tidur pula atas sofa bes tu.. Haha.. Katanya tidur atas katil sejuk giler.. Kat sofa bed tu jauh dari aircond. So tak sejuk sangat..


Cantiknya bilik air pun.. Nak tidur pun boleh ni sebab luas..


Tak habis nak guna setiap ruang yang ada dalam junior suite ni.. Al-maklumlah.. Kami bukan datang bercuti.. Just nak rehatkan badan dan tempat Daim serta anak2 bermain je sementara kami suami isteri gilir2 jaga anak dan booth..


Dalam wardrobe tu ada iron board, steam iron, torchlight, selipar bilik dan hanger..


Ruang nak ke pintu ni panjang.. Tempat Daim main tolak2 buggy dia je ni.. Hihi..


Esok paginya...Seluar ayah damia terbuka lipatannya kat bawah, call housekeeping minta hantarkan sewing kit.. Sekali tengok.. Wahhh dah siap masuk jarum semua benang ikut warna.. Terbaik!


Toiletteries ni siap dapat 3 set.. Esoknya pula lepas housekeeping kemas bilik, dapat lagi 3 set.. Haha.. Mewah.. Ubat gigi pun guna Colgate punya weiii..


Alahai.. Pagi2 lagi Daim dah mengintai celah beranda ramai kanak2 swimming ya. Petang sikit ayahnya bawa Daim dan Ayyunie main pool. Saya dan Aleesya kat booth bersama staffs. Cantik view bilik kami.. Selain menghadap pool, dapat juga tengok menara cakar langit di KL..


Ok, OOTD katanya...:-)


OOTD nak ke booth ni.. Kredit utk Ayyunie yang snap gambar ni.


Cantik dan tenang je hotel ni.. Rasa setiap penjuru nak ambil gambar..


Lepaa check out.. Pandai Daim posing ya.. Nak2 pula bell boy kat situ peramah2 dok melayan Daim...


Baby shark doo doo doo doo ke tu..


Melting ibu tgk Daim senyumm.. Makin besar makin bijak ni..


Wefie dulu sebelum meninggalkan Sunway Putra Hotel ni.. Insyallah one fine day, akan stay lagi kat hotel ni.. Sebab ingat nak jalan2 cuci mata kat Sunway Putra Mall kat sebelah hotel je, tapi malasnya pula nak pergi. Moga kami kembali lagi..

Rate yang ayah damia dapat masa booking deluxe room tu RM520 untuk 3H2M, dapat rebate RM30++ masuk dalam akaun Agoda. Dapat pula upgrade ke Junior Suite tanpa apa2 bayaran tambahan. Memang rezeki lah kan.. Aaamin..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Post a Comment