Wednesday, October 25, 2017

Suprise Birthday untuk Harijadi Aleesya yang ke 10 di Gambang

Lepas je kami loading barang dan stocks di PWTC, kami terus bergerak ke Gambang untuk Family Day bersama keluarga ayah damia pula. Kami tiba di homestay Gambang lebih kurang jam 6 petang.

Menjadi jugalah buat suprise birthday untuk Aleesya masa BBQ malam Deepavali tu walaupun hanya planning sehari sebelum pergi. Sebab plan awalnya nak celebrate kat KL. Tapi apa nak buat, kami pula delay ke KL kerana stocks tak sempat siap semua. Suka betul Aleesya dapat sambut birthday dengan sepupu sepapat dia.  

Kalau tak pun awal2 lagi dia dah redha tak celebrate,  janji dapat bercuti dengan sepupu2 nya. Alhamdulillah.. Simple celebration but we make it.  

Thanks to mak sedara and pak sedara yang tolong beli kek,  beli balloon,  beli tu ni and so on.  #damiaaleesya #10thbirthdaycelebration #familyday #suprisebirthday 


Kek indulgence yang ibu kirim kepada mak saudara Aleesya suruh beli di Kuantan. Kalau ibu/ayah beli awal2 lah pecah rahsia kan..


Eh eh ada budak lain pun ngaku haritu birthday dia juga.. Haha..


Macam-macam makanan ada selain dari BBQ..


Cream puff tu ibu yang bawa dari Johor.. Gigih bawa tau semua sekali 5 kotak..


Kami sambut di perkarangan homestay yang luas ni.. Tapi gelap ler sikit.. Hihi..


Meriah pabila ahli keluarga berkumpul ramai2..


Thanks to pak sedara Aleesya yang tolong tiup belon..


Jom makan!


Bakar bakar bakar.. Masa ni Aleesya ada dalam rumah je tak keluar2 dok main2 ngan sepupu2nya. Kira ok lah, dia keluar je rumah.. Terkejut tengok ada belon2 dan kek..


Daim pun pandai nak celebrate birthday kakak ya..


Happylah Daim dapat bersuka ria dengan sepupu2nya yang kecik..


Happy Birthday Kakak Aleesya..
Semoga menjadi anak yang cemerlang dunia & akhirat. Sentiasa doakan ibu dan ayah dalam solat dan hatimu ya nak! Aaamin..







No comments: