Thursday, April 28, 2016

Pelvic pain II Bagaimana untuk atasinya?




Sepanjang pregnant kalini, harinilah paling tak productive.

PELVIC PAIN lah puncanya (kat bahagian bikini tu, rasa macam lepas org tendang2). Berdiri salah, jalan salah, tidur ubah posisi salah, nak duduk pun salah. Sebelum ni pregnant 2 kali tak macam ni.

Ada juga minta petua atau tips dari kawan2 FB. Ada yang cadangkan rehat secukupnya, duduk atas gymball, makan telur ayam kampung mentah, jumpa doktor cepat dan macam2 lagi. Terima kasih semua! Appreciated it.

Harini saya ambil keputusan untuk rest saja kat rumah. Sebab memang tak leh nak jalan pun. Jalan sikit sakit bahagian pelvic. Nak duduk pun sakit bahagian pelvic. Ayah damia ajak gi klinik saya cakap tak yah sebab tak ada tanda2 pun lagi. Lagipun saya yang belum bersedia dan takut sebenarnya ni. Huhuhu....

Lepas both Damias gi sekolah dan ayah damia masuk office kul 12 tengahari tadi, saya pun tidurlah kejap konon2 sakit akan hilang sendiri. Lagipun memang mengantuk sebab dah 2 malam tidur2 ayam sebab sakit kan. Tapi bangun tidur sakit tak hilang juga.

Tak leh jadi ni, saya pun googled cara2 nak kurangkan sakit pelvic pain ni. Dan rata2 remedi yang saya jumpa adalah "soak in a warm bath with Epsom Salt". Mungkin betul juga berendam dalam air hangat boleh melegakan sakit.

DAN TERBUKTI MEMANG BERKESAN! Sakit pun kurang. Siap kaki saya boleh buat akrobatik dalam air, duduk dalam keadaan yoga dalam air dan posisi kaki siap boleh lipat2 silang2 lagi dalam air. Ajaib! Walhal tadi punyalah susah nak jalan nak duduk.

Saya masukkan Satsuma fruit extract (body shop), Essential Oil Lemon (Living Young) dan garam bukit dalam air tu. Pastu berendamlah selama satu jam. Semua badan terendam kecuali mata dan hidung je kat paras air. Pastu tidur2 ayam bagi relax and refreshing gitu.

Jadi betullah fitrah yang mengatakan mandi/berendam dalam air hangat adalah penenang alami. Bukan sahaja boleh tenangkan fikiran, badan malah saraf2 yang sakit tadi serta perbetulkan peredaran darah.

Ok lah siap2 nak gi office dah. Perempuan ni tak serik, baik dari sakit sikit je mulalah fikirkan kerja je. Esok dan lusa outstation lagi. Luggage satu apa pun tak kemas lagi...;-)

No comments: