Monday, April 18, 2016

Durian dan pulut durian


Jalan terus!
Takut tak sempat nak tunggu musim je..
Nanti tahun depannya pula baru jumpa musimnya..

Semalam kami anak beranak beria-ia sungguh nak makan durian.
Tak tahan sabar dah masing2 tengok buah durian asyik dok viral dalam FB.
So lepas ambil both Damias dari sekolah petang semalam, terus ke Pasar Malam Skudai tawakal cari durian.
Nasib baik ada.
Hujan lebat pulak tu.


Maka benarlah janji-janji uncle..
Confirm manis berlemak..
Confirm banyak ulas..
Confirm isi tebal...
Ya lah, biar berbaloi dengan harga orang kata.
Sekilo RM20.
So semalam saya beli sebiji RM45. Belilah 2 biji buat ubat orang kata.
Pasni tak ngences dah.


Alhamdulillah.
Cantik kejadian isi duriannya.
Tebal2 dan lemak2 isinya.
2 biji dapatlah dalam 18 ulas isi.

Balik rumah cepat2 tanak pulut dan masak santan.
Pastu naik atas mandi, solat maghrib dan isyak.
Kemudian barulah kami sekeluarga menikmati pulut durian ni.


Ya Allah..
Nikmatnya.
Ya lah..dah lama nak makan kan..

Pulut durian ni makanan style Kelantan.
Both Damias memang tak berapa suka makan style gini.
Diaorg suka ratah isi durian macam tu je.
Saya pun makan sikit je buat ubat org kata.
Ayah damia yang bersungguh-sungguh tambah sampai 3 kali.
Hihi..

Pasni dalam pantang, kalau ada org dok post gambar makan durian, tak ngencesss dahhhhh!


Post a Comment