Bersemangat sungguh anak dara sorang ni, Aleesya nak naik basikal 2 roda.
Al-maklumlah..tengok anak2 jiran sebayanya dan lebih muda daripadanya dah pandai naik basikal 2 roda, dia pun nak juga lah kan. Bukan main lagi merayu2 suruh ayahnya beli basikal baru memandangkan basikal sekarang ni pun walaupun masih elok, tapi kecil dan 4 roda.
Ayah mana tak sayang anak kan.
Lagipun fikir2kan bolehjuga beli basikal baru untuk Aleesya sebagai rewards selalu ikut ibu ayah pergi kerja on weekends dan ujian penggal 1 aritu pun dapat no 2, terus petang sabtu tu bawa dia pergi beli basikal walaupun hujan amat lebat. Happy bukan main lagi dia tau!
Siap pilih sendiri lagi warna pink.
Dan malamnya tak sampai 1/2 jam si ayahnya mengajar naik basikal 2 roda, terus pandai dah Aleesya.
Betullah kata aunty jual basikal tu, budak besar Aleesya ni senang belajar sebab kaki panjang.
So senang nak balance badan dan kaki kalau nak jatuh nanti.
Good job Aleesya!
Ibu ayah bangga ngan Aleesya.
Dah kakak dapat basikal baru, apa pula nasib si adik ya?
Hah, tu baca perbualan antara Ayyunie dan ayahnya..
Siap buat status lagi si ayahnya..
Walhal ayahnya ni memang jarang2 sangat lah buat status2 macam ni....
Bersungguh2 budak kat carwash tu basuh, spray dan polish basikal Ayyunie..
Nak ketawa pun ada main ngan akal si Ayyunie ni..haha..
Kerana sayangkan anak....layannzzzzz kan aje lah...haha
Fuhhh...macam baru seyyyhhh basikal Ayyunie..
Dengan bersinar2nya...dengan buang 2 roda kecik kiri kanannya..
Memang tip top kata Ayyunie...haha..
Dan rezeki Ayyunie juga ni..tak kena bayar pun basuh basikal Ayyunie ni..
Sebab tokey carwash ni adalah ex-student saya dan ayah damia beberapa tahun yang lalu.
Ni status ayahnya malam tadi jam 11:20 malam..
Perghh...ibu dan ayah dah cakap main pagi2 lah basikal ni sebab both Damias ni tengah excited pandai bawa basikal 2 roda, tapi balik dari office malam tadi kul 11 malam, terus merayu2 minta main basikal..Hurmmm nasib baik lah ayahnya rajin melayan permintaan anak-anak ni walaupun dah lewat malam. Kalau nak harapkan ibu dah tak larat dah weiii....
Apa2 pun, kita selaku ibu dan ayah, tengok anak2 happy...kita pun turut tumpang happy kan..
Yang penting tak sampai hati nak betah permintaan mereka. Tapi tak semua permintaan juga dapat dipenuhi..
Terima kasih Allah atas nikmat kebahagiaan dan kasih sayang antara kami sekeluarga..
Semoga kalian pun begitu juga..
Aaaamin..
No comments:
Post a Comment