Tuesday, April 26, 2016

Bird Nest Swing Hanging Chair || Harga terlajak murah

Memang terlajak murah sangat2 uolss.. 
Bayangkan 4 jam tawaf shopping kat Nilai 3 tu, benda tak terfikir nak beli pun boleh jadi TERBELI..


Pagi ahad 24/4/2016, lepas sarapan dan ayah damia teman anak2 main pool di Sutera Hotel, Seremban, kami pun rest and relax dalam bilik. Ya lah nak cover balik energy yang penat shooting semalamnya tu. Budak2 pun tak pergi sekolah haritu. Tapi saya dah whatapps siap2 guru kelas Aleesya dan Ayyunie suruh simpankan kerja sekolah siap2. Lebih kurang jam 12 tengahari, kami pun check out! 


Destinasi lepas check-out adalah ke Nilai 3. Sebab utama ke sini adalah nak beli cenderamata untuk peserta2 kem jati diri saya hujung minggu ni. Then macam biasalah.. Lepas satu kedai ke satu kedai ditawafnya. Macam2 dibeli... Cadar patchwork (murahhh weii), karpet, pasu, frame ayat2 al-quran dan macam2 lagi lah. Tapi yang tak sangka tu boleh pula TERBELI bird nest swing hanging chair ni. Niat asal tanya je berapa harga? Sekali baiya Pakistan tu cakap RM300. Hah???? Biar betul! Kat JB paling murah pun RM600 lebih weiii.. Terus saya bodek2 ayah damia beli. Both Damias pun merayu2 juga suruh beli. Ayah damia bukan apa.. Pening fikirkan macam mana nak bawa balik buaian ni dari Nilai ke JB. Ya la bonet penuh dengan luggage, stok CocoDamia dan juga barang2 yang baru shopping di Nilai tu..


Dekat 15 minit juga lah baiya Pakistan ni bekerjasama dengan pekerja2nya yang lain beserta ayah damia fikir cam mana nak bagi muat bird nest gergasi ni. Besi2 tu tak kisah sebab panjang kan. Yang bird nest gergasi ni je yang makan space. Lepas dah lipat tempat duduk belakang semua, barulah ngam2 muat. 


Itupun barang2 yang lain semua kena sumbat masuk dalam bird nest gergasi tu..
Aleesya dan Ayyunie pun sanggup duduk sempit2 sakit belikat semata2 nak suruh ayahnya beli buaian ni. Haha...lagipun saya pun bersungguh juga nak beli sebab harga yang berbaloi2 sangat. Saya up kat FB...banyak komen dari kawan2 kata murah sangat. Macam tak percaya je harga hanya RM300. Saya rasa baiya Pakistan ni boleh bagi harga murah macam ni sebab stok ada lagi 1 kontena kat belakang kedainya. Betul...ayah damia sendiri yang tengok masa disuruh masuk pilih warna buaian ni serta warna kusyen. Memang banyak giler kat belakang tu..


Ni swing chair pattern ni..
Saya tak berkenan sebab nampak sangat plastiknya....tapi saja survey2 harga.
Harga RM350
Ni bukan kat kedai baiya Pakistan tu tau..


Pattern ni macam peanut..
Ni lebih kecil dari swing chair yang saya beli tu..
Harga pun RM350..
Nampak macam kurang stabil dan tak kukuh..


Yeeehaaa...
Malam tu sampai je JB jam 8 malam..
Lepas makan, mandi dan solat, terus suruh ayah damia pasang buaian ni..
Al-maklumlah ada budak dah tak sabar2 nak beristirehat dalam buaian ni..
Perghh...memang puas hati lah beli..
Dengan besarnya..dengan kukuhnya..
Pendek kata from Nilai to JB with love...
Muahahaha..


Shopping2 time di Nilai..
Lama sungguh tak datang Nilai 3 ni..


Mujur ada anak2 yang rajin menolong ayah mereka.
Nak harapkan saya, tangan ni banyak pegang perut dan pinggang belakang je...kiki..
Sarat2 pun jalan tetap ON ya..


Ini paling win!
Dah penat tawaf kat Nilai 3 tu, singgah makan lunch Sup Power kat area2 situ gak. Bayangkan walaupun panas terik, tapi punyalah ramai manusia makan Sup Power ni... Perghhhhhh dah lah cuaca panas, sup pun panas....Sampaikan peluh Ayyunie menitik2 masuk dalam sup dan air kelapa dia pun tak sedar. Yang kami ni dok terkekek-kekek ketawakan dia. Haha...pastu boleh pula tu Ayyunie tanya
"kenapa air kelapa adik masin erkkk....kikikiki"..

p/s: Ada yang tanya saya pasal contact number baiya pakistan tu... maaflah..tak terfikir pula saya nak ambil contact number tu. Ada pula tanya apa landmark kedai baiya pakistan tu...alamak...sungguh saya tak ingat langsung apa landmarknya. Yang boleh saya sharing adalah kedainnya ni terletak di area2 belakang. Kedai biasa sangat2. Depan kedai ada banyak cadar patchwork dan adalah buaian cam ni display 2 buah. Lepas tu memang deretan tu baiya2 pakistan ni yang menjual. Simple dan humble je kedainya..Tak ada signboard bagai pun..





Post a Comment