Terlambat pula nak wish birthday Ayyunie tahun ni dalam blog. Ibu sibuk ke hulu ke hilir settlekan beberapa kerja harini. Tak pe pagi tadi awal2 dah wish dan sebelum pergi sekolah tadi pun dah wish lagi.
Gambar kat atas throwback masa Celebrate Birthday Ayyunie umur 1 tahun.
Harini genap dah 7 tahun...
Ya Allah..cepat sungguh masa berlalu...
SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE-7 UNTUK DAMIA AYYUNIE BT KHAIRUDDIN.
Semoga menjadi anak yang cerdik, pandai, solehah, patuh, sihat dan berjaya dunia akhirat.
Ibu, ayah dan kakak Aleesya serta baby dalam perut sayang sangat dekat adik tau. Walaupun adik selalu buli2 kakak, tapi adik bertuah sebab kakak selalu mengalah.
Walaupun ibu selalu bebel2 kat adik, adil bertuah sebab apa yang adik nak makan, mesti ibu masak atau beli.
Dan walaupun ayah selalu tegas dan suka gomol2 adik, adik bertuah sebab apa yang adik minta, mesti ayah beli dan tunaikan.
Dan adiklah jantung hati kami semua! Terima kasih Ya Allah kerana pinjamkan Damia Ayyunie kepada keluarga kami.
Semoga Allah senantiasa melindungi Damia Ayyunie Bt Khairuddin.
Muahh.. Happy Birthday sayang!
No comments:
Post a Comment