Tuesday, March 29, 2016

Dinner di Fulltank, Kilang Bateri


Dinner here gave us different view...
Makan atas bumbung, dalam kontena dan berkaca...
Kalau kontena berkaca maksudnya ada air-cond...
Kalau tak, suasana biasa-biasa sahaja..

Dan disyorkan makan pada waktu malam lebih meriah dan havoc..
Sebab sekeliling meriah dengan cahaya-cahaya lampu neon ..


Sambil makan di atas, sambil boleh melihat gelagat orang dibawah sana.
Yang pasti banyak lagi cafe-cafe hipster dibawah sana.
Macam2 menu ada dari set ayam penyet hinggalah ke western food.


Suka betul both Damias dapat makan kat sini..
Dapat duduk kat sofa empuk pulak tu..
Dan lebih privacy kat dalam tu..
Kebetulan masa kami makan tu, hanya ada kami sekeluarga dan satu pasangan sahaja..
Lagipun ruang kat dalam ni agak terhad.


Yeay.. makanan dah sampai..
Air buah kat sini kaw-kaw..
Gelas besar pula tu. Harga dalam RM7. 
Memang berbaloi..


Ayah Damia order Laksa Penang.
Pun sedap.
Kaw-kaw dan pedas-pedas manja gitu.
Tak silap harga dalam RM 9 - RM 12.


Aleesya pula order chicken chop.
Not bad sos black peppernya.
Kami kalau makan lamb chop ke, chicken chop ke atau beef steak, memang kena sos black pepper yang kaw. Baru ada ummphh kan.
Harga dalam RM15


Ayyunie pula order Nasi lemak ayam berempah.
Sharing je ngan saya.
Kata sama-sama nak diet kan. Muahahaha..
Harga RM12.
So-so je lah rasa nasi lemak ni.

So far, kalau nak lepak2 makan ngan family waktu malam sambil menikmati keindahan cahaya neon disekitar, boleh lah makan2 di Fulltank ni.
Lagipun masa kami nak balik tu dalam jam 9:30 malam, ada band baru nak setup alat muzik untuk buat persembahan.

p/s: Lepas balik je dari Fulltank ni, kami singgah makan dessert dan sate pula di sebuah kedai yang tengah viral juga di JB ni. Nanti saya share ya..;-)
(Adoiii....makan lagi...haha)





No comments: