Monday, March 14, 2016

Buy one free one || Subway

Cerita balik dari Legoland 2 hari lepas.

Keluar je dari Legoland, terus singgah makan kat area Mydin Nusajaya tu. Cari-cari kedai makan, makan kat Subway je lah paling senang parking dan paling dekat.


Alahai, comelnya staff Subway tulis nama kami sekeluarga. Ayyunie lah tu suruh tulis cam tu sebab dia yang beratur order ngan ayahnya.

Staff tu tanya nama apa, dia jawab "yang tu ayah punya, yang banyak sayur ibu punya, yang ni adik, yang ni kakak punya".. Haha.. Sweet betul Ayyunie bagi arahan.


Oh ya, masa tu barulah saya tahu yang Subway ada buat promosi buy one free one (gambar promo kat atas tu saya snap masa kat Aeon Bukit Indah semalam, kat Nusajaya tak sempat nak snap kerana keletihan dah haihh) Memang berbaloi! Beli 1 set 6 inci Subway bersama dengan air, dapat percuma lagi 6 inci Subway.

Btw saya ingat nak guna voucher Subway je masa tu, sekali tengok buy one free one lagi berbaloi. So voucher kita simpan tunggu redeem next time ya!

Terhad untuk setengah2 outlet Subway sahaja! Bagi peminat Subway macam ayah Damia dan Ayyunie, cepat2 lah serbu!


Post a Comment