Bersiaran dari Cyberjaya...
Sementara tunggu Ayyunie mandi pool ni sempatlah nak update blog kesayangan ni. Kalau tak berhari2 dibiarkan angin bayu berlalu pergi tanpa entry. Hihi..
Dah lama tak wefie bersama anak-anak. Ni masa tengah tunggu ayah damia top up touch and go kat Skudai otw nak ke KL rabu lepas.
Kami sampai di IOI Mall Putrajaya jam 12:30 tengahari. Singgah nak makan tengahari, beli barang2 rumah kat Index Living Mall (memang wajib singgah kalau datang sini) dan juga cari barang2 lain. Pendek kata makan sambil shopping lah ni kat sini. Hampir 3 jam kami tawaf kat sini. Sampai naik kejang perut saya. Hihi..
Dalam jam 3:30 petang, kami pun check-in kat Shaftsbury Serviced Suites yang terletak di Cyberjaya. Hotel ni dipilih kerana konsepnya yang bersifat serviced apartment. Lebih luas dan lengkap dengan fasiliti dalam bilik. Lagi satu sebab dekat dengan Bukit Jalil sebab keesokan harinya seharian saya ada program di Technology Park Malaysia. Nanti saya update ya pasal program apa.
Exactly inilah bilik kami. Memang luas lah. Saya pun ada bawa extra bed siap2 utk anak2. Tapi both Damias tidur atas sofa bed yang disediakan sahaja.
Pandangan dari dapur mini bilik kami.
Mula-mula buka pintu bilik yang besar tu, kami disambut dengan rak-rak yang banyak compartment ni. Sudahnya tempat buat susun kasut dan selipar kami sahaja. Haha...
Banyak sungguh compartment untuk setiap rak-rak yang disediakan.
Aleesya dah jumpa tempat port dia untuk tidur dan baca buku tu. Manakala ayah Damia pula cari channel TV yang disediakan.
Happylah 2 beradik ni dapat port macam tempat bilik sendiri. Hihi...
Masing2 dok check apa lah yang ada dalam kitchen cabinet tu. Buka2 je macam2 peralatan dapur ada. Periuk, pan, pinggan mangkuk, gelas, cawan, sudip, sudu dan lain2.
Bukan itu sahaja, rice cooker pun ada, toaster, microwave, jug kettle dan peti ais bukan main besar pun ada. Selalunya mini fridge je kan kat bawa rak TV tu. Kata serviced apartment kan. Hihi..
Dah lepas asar, apa lagi.. Anak-anak minta main pool lah ya.
Mainlah air puas-puas ye anak-anak. Kat rumah berendam dalam bath tub tak puas nak berenang sana sini. Hihi...
Lama betul melayan both Damias main pool. Sampai ibu dan ayah sempat menyaksikan matahari terbenam perlahan-lahan ke ufuk barat.
Kat betul2 tepi pool ni, ada pusat reflexsologi dan spa. Ingat nak juga gi urut kaki manja2 kat sini, tapi full house uolss. Penuh dengan foreigner kat sini.
Dan pagi ni, day 3... Pool side breakfast bersama ayah damia. Breakfast kat sini ok ok je. Kiranya basic breakfastlah macam nasi goreng, mee goreng, eggs section, toast bread section, cereal section, dessert section dan juga air panas dan air sejuk. Ok je utk alas perut. Staffs cafe pun friendly.
Dah lepas breakfast, saya temankan Ayyunie mandi pool pula (hantu air sungguh budak ni). Ni yang tengah taip entry ni. Aleesya tak nak mandi, ayah damia pula sambung tidur kat atas. Kejap lagi nak kemas2 check-out pula. Ok lah tamat sudah entry saya pada hari ni. Hihi..
Happy reading uolss..
Kejap je masa cuti sekolah berlalu kan...
No comments:
Post a Comment