Monday, September 14, 2015

Restoran Kari Kambing 40 hari


Cerita cuti-cuti Anniversary kami.
Otw ke KL, kami sempat singgah di restoran yang menjadi viral di FB ni.
Dah banyak kali nampak restoran ni, tapi ni baru tergerak hati nak singgah dan makan disini.
Hebat betul kuasa viralkan.
Semuanya nak cuba.

Dari JB, exit tol Pagoh. 
Dan restoran ni pun betul2 sebelah highway utara selatan je.
Memang mudah untuk dicari.
Dalam Waze pun ada lokasi restoran ni.

Kami sampai jam 10:30 pagi.
Guess What?
Haha. Orang dah ramai.
Makin ke tengahari makin ramai orangnya.


Saya order nasi arab ayam.


Ayah damia order nasi arab kambing.
Semestinya kena rasa signature food di restoran ini kan.


Both Damias pula order roti canai kosong dan roti canai telur bersama kari kambing.

Jujurnya kari kambing disini memang terbaik!
Tak rasa dan bau kambing langsung.
Kari pula memang kaw-kaw.
Perghhh memang terbaik sangat.
Tapi nasi dia biasa2 je.

Total menu diatas yang kami order termasuk minuman panas dan sejuk untuk 3 orang adalah RM38.00.


Tempat pun memang luas.
Nampak macam rumah owner/pekerja memang atteched sekali dengan tempat makan ni.


Selain itu, ada juga tempat untuk makan duduk bersila dan juga makan dalam dulang.
Pun agak luas tempatnya.
Tapi semua layan diri ya.
Kecuali air akan ada org ambil order.

Kepada yang nak cuba keenakan kari kambing kaw ini, boleh lah cuba di restoran ni.

Kata virals, kalau pergi jam 1 tengahari ke atas makanan dah tinggal sikit dan by 3 pm semuanya habis.
So sila pergi awal2 sikit ya.


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: