Sunday, September 6, 2015

Resepi Ikan Bilis Goreng Berkicap


Tu dia haihhhhh...
Resepi bukan main senang yang amat..
Tapi nak siapkan deco tu yang berpeluh sakan.
Ubah sini tak jadi..
Ubah situ tak cantik..
Mujurlah ikan bilisnya sedap dimakan bersama nasi panas-panas..
Agak2 kalau dah penat sangat nak memasak atau malas sangat nak memasak, boleh lah cuba resepi ringkas ni. Jangan main-main, resepi cenggini pun boleh tambah nasi 2 pinggan. Kena pula ada telur mata bubuh kicap...perghhh..

Bahan-bahannya:

Segenggam ikan bilis saiz sederhana yang direndam seketika dan dibersihkan.
1 labu bawang besar holland
2 biji cili padi diketuk
2 biji cili besar dihiris 
2 sudu besar kicap manis Mahsuri
1 biji limau kasturi dipotong 2

Cara-cara membuatnya:

1. Sejatkan ikan bilis, kemudian goreng dalam minyak sehingga garing.
2. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Dalam kuali yang sama, goreng pula bawang besar, cili padi dan cili besar tadi.
4. Kemudian masukkan semua ikan bilis yang digoreng tadi dan gaul rata bersama bahan2 lain dalam kuali.
5. Tutup api dan masukkan dalam bekas.
6. Masukkan kicap dan perah limau kasturi tadi.
7. Gaul rata dan siap dihidangkan.

Selamat mencuba!





:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Post a Comment