Thursday, September 3, 2015

Resepi Nasi Goreng Nenas Pedas Pulau Mahsuri


Sekali sekala kalau kekeringan idea nak masak apa kat rumah, boleh juga mencuba menu ringkas Nasi Goreng Nenas ni kan. Cara penyediaan pun tak rumit dan cepat. Cuma kalau nak hiaskan nasi goreng tersebut dalam kulit nenas, memang jenuh jugalah nak korek2 isi nenas bagi cantik dan kemas nasi goreng kita tadi.

Bahan-bahannya:

2 cawan nasi yang telah disejukkan.
2 ulas bawang putih yang diketuk
1 ulas bawang merah yang dihiris halus
1 biji cili merah dihiris
6 ekor udang yang telah dibuang kulit dan dicuci
2 ekor sotong yang potong sederhana
1 sudu besar kicap manis Mahsuri
3 sudu besar kicap pedas Mahsuri
1 sudu kecil sos ikan
Nenas yang dipotong kiub (anggaran 2 sudu besar)
Lobak yang dipotong kiub (anggaran 1 sudu besar)
Mix vegetable yang fozen (anggaran 1/2 sudu besar)


Cara membuatnya:

1. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan sotong. Kacau separuh masak.
3. Tambahkan sos ikan, kicap manis dan kicap pedas Mahsuri.
4. Kemudian masukkan nenas, lobak dan mix vegetable tadi.
5. Masukkan nasi yang telah dilerai dan kacau rata.
6. Tutup api.
7. Jika rajin, bolehlah belas nenas, keluarkan isi nenas dan buat ala-ala mangkuk.

Yummy makan time panas-panas!
Selamat mencuba!





:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Post a Comment