Alhamdulillah.
Saya dan keluarga selamat tiba di Cyberjaya dari Pasir Mas kampung saya jam 6 pagi tadi. Tapi agak mencabar juga perjalanan kalini. Sebab jammed agak teruk di jalan Machang-Kuala Krai.
Bayangkan saya bertolak dari Pasir Mas jam 8 malam, jam 1:30 am baru sampai Gua Musang. Lepas tu alhamdulillah jalan clean and clear walaupun hujan renyai2 menyulami malam kami tadi. Dah macam balik dari Kota Bharu ke JB pula perjalanan sampai 10 jam ke KL.
Sampai je Cyberjaya, kami check-in dulu di hotel untuk ayah damia melepaskan penat dan juga berehat tidur dulu. Kami walk-in sahaja. Tak tempah pun.
Lepas solat subuh dalam bilik hotel, saya dan ayah damia memang tidur sampai tak khabar apa dah. Tinggal both Damias je buat latihan dalam buku yang saya beli khas untuk cuti sekolah dan melayan TV. Ya lah mereka dah cukup tidur dalam kereta kan.
Kul 11:30 pagi tadi kami dah check-out. Ayah damia dan anak2 akan menghantar saya ke Hotel lain pula sebab saya kena outstation di Cyberjaya selama 7 hari. Huaaaaa... Mesti rindu saya ngan anak2 dan ayah damia kan. Semoga pengorbanan ini diberkati oleh Allah.
Sebelum tu, kami sibuk mencari dobi layan diri atau dobi 24 hours area Cyberjaya ni. Jenuh mencari haihh. Tanya receiptionist hotel, tanya org tu, tanya orang ni semua cakap tak ada. Ada yang call saya bagitau kat sekian2 tempat ada, saya cari tak ada pun. Pusing2 sampai 4-5 kali cari memang tak ada.
Last2 saya minta pertolongan WAZE. WAZE recommend pergi ke Dobi 4U di Presint 11, Putrajaya. Kami pun ikutlah. Alih2 sampai eh bukan dobi layan dirilah. Frust sangat!
Tekad balik semula ke Cyberjaya dan cari lagi. Eh eh tak sampai 5 minit kemudian, jumpa pula promosi banner Dobi Layan diri kat blok lain pula.
Alhamdulillah. Finally jumpa juga Dobi layan diri. Bersungguh saya cari dobi ni sebab nak cuci semua baju2 yang beraya kat kampung, so boleh recyle guna kat Cyberjaya selama 7 harini. Disamping dapat meringankan beban ayah damia sepanjang ketiadaan saya nanti. Tu yang bersungguh cari Dobi. Nak basuh kat kampung, tiap2 petang hujanlah. Lepas tu sibuk ke sana ke mari lagi. Cuti dah lah singkat.
Kat Pasir Mas dan Tanah Merah pun tak ada dobi layan diri juga. Merata cari petang semalam. Huhuhu..
Ok lah kejap lagi je dah nak siap dryer baju ni. Pastu gi makan dan bye-bye anak-anakku dan husband. Doakan kejayaan besar ibu di Cyberjaya ni ya.
Sekian bebelan saya harini sambil2 tunggu basuh baju dan keringkan baju...:-)
No comments:
Post a Comment