Tuesday, September 22, 2015

Day 1 - Shooting dari RTM untuk Rancangan "Agro Jurnal"


Alhamdulillah.
Selesai sudah shooting 3 hari bersama pihak RTM dari 18 hingga 20 September lepas.
Nama je shooting 3 hari. Tapi persediaan rasanya berhari-hari juga perlu dibuat.
Dah lah kami hanya dapat panggilan daripada pihak RTM awal pagi Isnin lepas, terus je kelam kabut dan huru hara sikit meeting dengan orang tu, jumpa dengan agensi ni, bincang dengan pihak tu dan macam2 lagi. 

Namun semuanya berjalan dengan lancar hasil dari kerjasama dan sokongan pelbagai pihak.
Ya lah shooting ni berbeza2 di setiap lokasi pada setiap hari. Semestinya macam2 pihak perlu terlibat sama.

Oh ya berdasarkan jadual diatas tu, ada perubahan tentatif sikit. Iaitu tentatif pada 18hb bertukar dengan tentatif 19hb. Ini kerana pihak Lembaga Koko Malaysia dari Nilai hanya boleh turun ke premis CocoDamia pada tarikh tersebut sahaja. Namun ia langsung tidak menjadi masalah kepada kami.

Satu penganugerahan besar juga tajuk "Usahawan Berjaya dalam Industri Koko Negara" kepada kami. Namun saya percaya pasti ada hikmah kenapa Allah telah mendetikkan pihak RTM memilih kami CocoDamia.

Jom tengok gambar2 dibawah!



Day 1 - 18/9/2015

Task: Rakaman dari RTM Angkasapuri untuk Rancangan "Agro Jurnal" setiap ahad di TV1

Venue: Pasaraya Maslee Taman Teratai dan Kedai Sahabat Roselle Marketing (SRM) Taman Impian Emas

Masa: 10 pagi hingga 4:30 petang

Skop Interview: Pasaran CocoDamia dari mula2 berniaga hingga perkembangan terkini

Pihak2 terlibat: Branch Manager Pasaraya Maslee dan juga para staff lain, Pegawai FAMA Negeri Johor, Pengurus kedai SRM, regular customer CocoDamia, promoter CocoDamia dan pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih semua atas komitmen yang diberikan.


Untunglah staff Maslee pun boleh masuk TV..


Branch Manager Maslee Tmn Teratai


Regular Customer CocoDamia


Regular customer kena intervie juga


Hah! Dah start part saya kena shooting bersama pegawai FAMA


Belek2 sambil bual2..


Lam pula scene saya..


Macam2 saya terangkan...


Pegawai FAMA kena interview


Crowds yang ramai uji rasa Crunchy Flakes Cereal Cup CocoDamia


Scene saya lagi


Lebih menceritakan pasaran saya sekarang


Ramai pula yang tengok.
Mujur saya dah biasa.
Penerbit RTM cakap saya macam dah biasa kena interview dan berlakon. Hihi..


Sebelum solat jumaat, saya membawa krew RTM makan dulu


Restoran pilihan saya kalini adalah di Asam Pedas Bugis.


Jam 2:30 petang kami sambung shooting di kedai stokis kami iaitu SRM.


Berlakon bang, jangan tak berlakon


Kat SRM ni pun ramai crowd yang datang tgk kami shooting


En Yusof selaku pengurus SRM sedang ditemuramah


Regular customer Coklat IQ di SRM, Puan Sarina


Bergambar kenang-kenangan.


Kepada sekitar penduduk Johor Bahru, boleh dapatkan Crunchy Flakes Cereal Cup ni di semua outlet2 (12) Pasaraya Maslee ya kecuali di Simpang Renggam tiada.

Ok, sambung shooting lagi keesokannya.





















No comments: