Wednesday, September 2, 2015

Resepi Daging Masak Kicap Untaian Kasih Mahsuri


Menu masa Ramadan lepas.

Mana tak nama 'Untaian Kasih"?
Jenuh jalinkan kacang panjang tu supaya dapat beruntai macam tu hah!

Bahan-bahannya:

1/2 kilo daging batang pinang
3 ulas bawang putih diketuk kasar
1 biji bawang besar dihiris nipis
2 inci halia diketuk
3 sudu cili giling
1/2 cawan air
1 batang kayu manis
1 sudu kecil ketumbar
2 sudu besar sos tiram Mahsuri
2 sudu besar kicap pedas Mahsuri
1 sudu besar kicap manis Mahsuri
2 sudu sos tomato
1/2 batang lobak dipotong sederhana besar
2 biji cili besar dihiris halus

Cara-cara membuatnya:

1. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia
2. Masukkan kayu manis dan ketumbar. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan sedikit cili giling dan air. Nak banyak kuah boleh tambah air.
4. Masukkan daging. Tunggu sehingga daging empuk.
5. Masukkan sos tiram, kicap pedas, kicap manis dan sos tomato.
6. Bila dah mendidih, masukkan lobak dan cili besar.
7. Goreng seketika dan terus boleh dihidangkan.
8. Hiaskan dalam mangkuk bersama kacang panjang Untaian Kasih yang telah dijalinkan.

* Menu ini tidak perlukan garam dan perasa lagi kerana kombinasi sos dan kicap Mahsuri sudah secukup rasa.

p/s: Menu ini telah menang dalam Peraduan MyMahsuri dan memenangi wang tunai RM500 serta 5 pas berbuka puasa bersama Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari Shah Alam.




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: