Thursday, September 24, 2015

Raya Aidiladha 2015 di Kelantan

Hampir 6-7 tahun rasanya tak beraya haji di Kelantan. Seusia lamanya umur Ayyunie. Tahun ini alhamdulillah diberi kesempatan untuk beraya di Kelantan. Kebetulan cuti raya kalini pun lama. 

Bertolak dari JB awal pagi rabu jam 4:30 pagi setelah selesai sahur, dan alhamdulillah jalan pun lancar dan tak banyak kereta, Syukur sampai di Kota Bharu jam 1 tengahari semalam.

Anak-anak memang happy tak terkata. Sebab boleh bermesra bersama sepupu sepapat mereka.


Lepas solat sunat aidiladha pagi tadi, terus semua berkumpul didepan rumah tok ma dan tok ayah untuk menyaksikan lembu dikorbankan. Both Damias dah pernah tgk lembu kena sembelih live tahun lepas masa kami berkorban di Johor. So tahun ni diaorg dah tak berapa excited sangat!



Semangat ayah damia!
Siap pakai baju "Malaysia" pemberian KFC lagi. Hihi..

Akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1436H daripada kami sekeluarga.

Semoga istilah "KORBAN" itu dapat dihayati dengan penuh kejiwaan oleh kita semua.

Post a Comment