Yuhuuuuuu!!! Finally it's a wrap!!!
Lepas sudah beban separuh jiwaku setelah 4 bulan membuat perancangan.
Jam 9:15 pm malam tadi telah selesai semuanya berakhir di Gelang Patah.
Selebihnya, kepada Allah aku berserah.
Sementara menunggu para penilai dan juri dari Sekretariat RBC datang, sempat posing2 dulu.
Hidangan utama untuk para sekretariat.
Sambil dengar presentation saya, boleh rasa coklat-coklat keluaran CocoDamia.
Cenderahati untuk para sekretariat
Sedikit hidangan sate untuk Sekretariat
Tapi tak makan sangat pun mereka, coklat saya juga yang luak. Hihi..
Masing2 khusyuk menilai saya tu.
Sekretariat tiba lewat lah pula.
Sebab mereka sebenarnya dari Felda Taib Andak menilai seorang usahawan lain.
Tapi terpaksa patah balik sebab tertinggal beg.
So kita wefie dulu bagi hati tenang dan ceria. Ngeh ngeh ngeh..
Tepat jam 5 petang, mereka pun sampai.
3 wakil dari Sekretariat RBC, seorang dari MARA Johor dan Seorang dari Kejora.
Oh ya, sebelum presentation bermula, saya bawa mereka melihat sendiri di line production dulu.
Kemudian di line packaging pula.
Maka sesi soal menyoal pun bermula.
Sebelum ke lawatan tapak pengembangan perniagaan CocoDamia, sedikit cenderahati disampaikan sebagai tanda kenang-kenangan. En Is selaku ketua sekretariat.
Puan Farah
En Zuhairi
En Rahmat
Opss...nampak sangat gambar ni kami berdua tak bersedia lagi..
Bergambar ramai-ramai sebagai kenangan.
Insyallah kalau terpilih ke final stage iaitu stage 5, kita berjumpa lagi.
Kemudian mereka follow kereta saya untuk ke Lawatan Tapak pula.
Jam 7:30 malam baru sampai.
Sampai senja penilaian dan lawatan tapak disini.
Cantik pula pemandangan senja tu.
Walaupun malam, mereka tetap gigih memikul amanah untuk tugasan mereka.
Bukan senang nak bagi orang hadiah RM 2 Juta kan.
Segala2nya perlu diteliti dan dihalusi.
Memandangkan alang2 kami dah berada di Gelang Patah ni, saya pun mengajak mereka untuk dinner di Restoran Terapung Kg Pendas. Sebelum tu sempat kami singgah di masjid berdekatan untuk solat maghrib. Asam Pedas Kaw dan Udang Lipan blackpepper tu memang sedap. Insyallah boleh repeat lagi. Aritu saya datang makan menu lain i.e siakap 3 rasa dan lain2.
Sesunggunya saya telah berusaha, dan selebihnya kuasa Allah yang menentukan segalanya.
Ini tahun kedua saya menyertai RBC. Tahun lepas saya sampai peringkat stage 4 iaitu lawatan tapak sahaja.
Tapi saya tak putus asa, tahun ni saya sertai lagi. Semoga tahun ni saya merupakan salah seorang pemenangnya.
Bukan senang juga nak sampai stage 4 ni. Dari 777 penyertaan, hanya 70 yang terpilih untuk stage 4 iaitu lawatan tapak. Kemudian akan dipilih pula 30 (lebih kurang) untuk peringkat final iaitu stage 5 dan seterusnya 20 pemenang akan diumumkan. Insyallah. Kun fa ya kun. Allah No 1.
Man Jadda Wa Jada..
Siapa yang berusaha pasti akan nampak hasilnya.
Doakan kejayaan saya dan CocoDamia ya para pembaca semua.
Sesungguhnya Nawaitu saya untuk menambah nilai kepada komuniti setempat hanya Allah jua yang lebih tahu.
Aaaaminn..
_Percayalah_
CocoDamia,
Bukan sekadar coklat biasa.
p/s: Profil pengembangan projek saya tahun ini agak berbeza sedikit dengan projek tahun lepas. Insyallah kalau menang, nanti saya reveal ya projek apa.
No comments:
Post a Comment