Thursday, July 9, 2015

Request Payment Time..:-)


Sebelum Pihak CocoDamia bercuti panjang..
Sebelum pihak Maslee cuti dan sibuk sempena Aidilfitri..
Baik request payment siap-siap kan...
Terima kasih Ya Allah..

Uolss...
Boleh dapatkan Crunchy Flakes Cereal Cup CocoDamia di Pasaraya Maslee Cash & Carry dan juga Maslee Express ya. Kalau uolss tengok masih belum ada di rak cereal/breakfast dan sewaktu dengannya, masih belum display lah tu. Sebab nak-nak raya ni memang stock pun stuck ok. Masa saya hantar stok ke Maslee Outlet dalam minggu ni...fuhhh...bertindan2 stok masing2. Al-maklumlah nak raya kan..Tapi yang bestnya ada sales giler-giler punya. Jangan lupa beli Cereal Cup CocoDamia untuk bekalan masa travel atau balik kampung nanti. Jom...jom..


Sehubungan dengan itu juga, kami nak maklumkan yang urusan pengeposan produk-produk CocoDamia akan berakhir esok ya. Lepas tu akan disambung semula lepas raya. Tapi incase ada yang nak stok banyak duduk area2 Pantai Timur, insyallah saya boleh COD kan sendiri otw balik kampung saya nanti. 

Alhamdulillah, walaupun office hour CocoDamia hanya sampai jam 1 petang sahaja sempena bulan Ramadan ni, tapi kami team CocoDamia rasa macam masa tu cukup sangat2 untuk kejar production bulan Ramadan ni. Semoga keberkatan masa ini berpanjangan.

Terima kasih Allah.

No comments: