Sunday, July 26, 2015

Apps "whoscall" untuk trace nombor yang tidak dikenali


Wahhh... Saya baru tahu ni ada apps ni dalam mobile apps. Selalunya kalau ada no yang tak dikenali tertera dalam phone saya, saya akan trace melalui website "who calls from this number xxxxxxxxx"..

Ni dah ada apps ni lagi mudah! Sepantas kilat dah dapat jawapannya. Tapi ada juga no tel yang "no information". Contohnya pejabat-pejabat kerajaan dan kementerian. Hurmm may be apps ni trace no yang agressive dan aktif menelefon org kot..:-). Contohnya bank, ejen insurans atau agensi pengutip hutang.


Senang je nak trace no yang tak dikenali tu. Hanya masukkan no tel dalam "search".



Untuk quick search pun boleh. Just copy je no tu, masukkan dalam search dan panggilan dari siapa terus kita tahu.



Bukan setakat siapa je kita tahu, details organisasi pun boleh trace juga. Siap alamat dan webpages lagi tau!



Yang bestnya tu saya saja try masukkan no phone saya semalam. Katanya "no information".

Lepas tu masukkan no tel business saya, terus dia link kan dengan websites dan pages business saya.

Yang paling-paling best, masuk je no phone ayah damia, wahhh terbeliak mata saya tgk tittle "jutawan" tu... Aaminn aaaminn.. Siapalah yang letak tittle tu ya. Bahaya ni.. Kih kih..

Apa-apa pun dengan dunia dihujung jari sekarang, kadang2 maklumat diri memang boleh bolos dan bocor. Kita ingat org tak kenal kita, rupa2nya orang kenal dan sedang memerhati kita. 

Semoga kita semua dibawah lindungan rahmat Allah dan dijauhkan dari sebarang  bencana dan mala petaka. Nauzubillahiminzalik..




No comments: