Wednesday, July 1, 2015

Resepi Pizza Mini paling senang dan cepat


Tak tahu nak makan apa masa moreh lepas tarawikh?
Atau pun dah boring masa sahur asyik makan nasi je?
Meh saya kongsikan Resepi Pizza Mini semudah ABC.
Paling cepat, paling senang semudah one two three.


Bahan-bahan yang diperlukan:

Roti Baguette (Roti Perancis) - dipotong serong
Hotdog - dipotong kecil
Capsicum - dipotong dadu
Nenas (Dalam tin) - dipotong dadu
Sos Bolognese (dalam tin)
Mozarelle Cheese - kuantiti ikut suka

Cara-caranya:

1. Letakkan sos bolognese keatas kepingan roti yang dipotong, kemudian tabur hotdog, potongan capsicum, potongan nenas dan akhir sekali mozarelle cheese.
2. Bakar selama 3 minit pada suhu 170'c.
3. Siap dihidangkan panas-panas bersama sos cili atau pun mayonese.


Roti Pizza Mini saya yang sedang dibakar dalam halogen oven.
Senang je kan. Sambil buat kerja lain ataupun masak benda lain pun boleh buat menu ni.
Tak sampai 5 minit dah siap.

Selamat mencuba.

p/s: Ni kalau Hari Raya tiba-tiba ada tetamu datang rumah, boleh juga buat menu ni kan.
Tak adalah makan biskut raya dan kerepek je. Hihi..







:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Post a Comment