Thursday, July 30, 2015

Harga makanan di Restoran Kapal Terbang


Aritu masa balik raya di Kelantan, ternampak keunikan sebuah kapal terbang di atas tiang di sebuah Restoran ni. Masa tu otw kami nak beraya ke Besut. Rupa2nya nama restoran ni pun Restoran Kapal Terbang.

Then malam tu nya, saya mengajak ayah damia dan adik2 ipar saya untuk makan2  dan ngeteh kat restoran ni sebelum berangkat balik JB esok paginya.

Tapi malangnya restoran tu full house. Fuhhh dah lah lama juga menunggu parking, lepas tu dah dapat parking alih2 full house pula. See dalam gambar diatas yang saya snap malam tu, siap beratur bagai lagi org menunggu giliran nak makan kat restoran tu. 

Kami??? Tidaklah sanggup beratur begitu semata2 nak makan je kan. So kami pun ke restoran lain untuk makan nasi kukus pula.


Semalam saya ada ternampak info pasal Restoran Kapal Terbang ni dalam Facebook : The Kelat Daily. Wahhhh.. Kapal terbang kat restoran untuk diaplay sahaja pun dah cecah RM100K. Tapi itulah strategi orang business.


Ni lah kapal terbang yang dimaksudkan. Tapi tak lah besar mana pun.


Senarai harga minuman di restoran kapal terbang. Still reasonable.


Senarai harga makanan di restoran kapal terbang. Erkkk.. Boleh nilai sendiri..


Ni senarai harga menu special di restoran ni.

Kepada yang nak cuba makan2 dan ngeteh2 di restoran ni, bolehlah cuba. Dibuka 24 jam ya.



No comments: