Monday, July 27, 2015

Kemana duit raya anak-anak?


Kemana lagi?
Ke dalam bank lah kan..

Tak sabar betul both Damias nak mengira duit raya mereka dan bersemangat sungguh mereka nak simpan duit-duit raya mereka dalam bank sendiri.

Hari-hari lah mereka dok bertanya "bila nak gi bank, bila nak gi bank"..

Sebelum2 ni saya pergi simpan sendiri ngan ayah damia sahaja. Demi tak nak menghampakan mereka, harini saya angkut sekali mereka simpan duit sendiri. Sejam lebih menunggu giliran dan selesaikan semua urusan penyimpanan. Sampaikan lewat setengah jam Ayyunie masuk sekolah dan Aleesya ngam2 sampai time org beratur nak masuk kelas dah. 

Barulah muka mereka berdua happy sebab nak sangat merasa simpan duit raya sendiri dalam bank. Kat kaunter bank bukan main lagi bertelagah adik beradik "duit kakak lagi banyak"... "Bukan duit adik lagi banyak"..hihi..

Semoga anak2 ibu pandai menguruskan dana kewangan dan jimat berbelanja untuk masa akan datang.

Duit anak2 raya uols buat apa dan simpan kat mana?

P/s: Dah lama pula tak menyimpan dalam akaun SSPN sejak hilang kad SSPN aritu.

No comments: