Tuesday, July 14, 2015

Buffet durian lagi!

Kalini gerai lain pula.. Harga Buffet RM10 per person. Kanak2 RM5 sahaja per person.

Btw kami dah pergi ke kedai yang buffet durian sebelum ni. Yang RM8 per person tu. Tapi durian semua dah habis pula. Gerai pun tengah kemas2 nak tutup.

So nak tak nak sebab nak belanja org makan durian, kami pilih gerai yang di depan tu. Tapi services agak tak best. Berbeza dengan buffet durian yang kami makan sebelum ni.


Kena angkut sendiri durian. Tak boleh pilih. Lepas tu musim durian pun dah nak habis agaknya. Terhad je durian yang diberi. Kalau tak sebelum ni memang makan sampai puas dan org dia yang akan served kopek durian depan kita.


Durian dah cantik2 isinya. Tapi banyak yang masih keras. Makan je lah ya tak? Rezeki kami malam tu. Jangan banyak songeh! Lagipun kami pergi pun dah lewat. Lepas solat terawikh baru pergi. Kami antara yang last sampai. Ngeh ngeh..


Nak belanja 2 org buddies ni. Ex-students saya. Balik cuti sem dan raya. Zaman diaorg jadi students saya selalu keluar makan2 minum.. Sampai sekarang pun diaorg kalau balik JB akan tetap sama2 keluar minum2 kalau masing2 ada masa.

Ok.. Nak kemas barang balik kampung pula!


No comments: