Cerita Iftar semalam..
Kalau tahun lepas Konvoi iftar Burasak di Pontian, kalini jauh Konvoi Iftar di Rahim Ikan Bakar Panchor dan makan durian kampung..
Semoga silaturahim berpanjangan hendakNya..
Berkumpul di Petronas Highway Skudai jam 4:30 pm, jam 5 lebih baru gerak konvoi ke Muar. Estimate sampai Jam 7 malam, tapi rupa2nya awal setengah jam. Mana tak awal, masing2 rembat bawa 180km/j kat highway kan. Alhamdulillah, semua dipermudahkan.
Yeayy! Dah sampai Panchor. Tenang je suasana kampung disini. Dan mula2 sampai pekan Panchor ni akan nampak replika udang galah sebagai tanda mercu disini.
Ni lah kedai Rahim Ikan Bakar Panchor tu. Saya kalau tak kerana Konvoi ni memang takkan tahu tempat makan ni. Selalunya kalau ke Muar, makan ikan bakar di Sabak Awor je.
Yang bestnya pemandangan restoran kami adalah berhadapan dengan Sungai Muar. Nampak tenang dan sejuk je mata memandang.
Yuhuuuu.. Inilah geng-geng Konvoi tu..Seramai 14 drivers a.k.a 14 kereta yang turut serta dalam konvoi ni bersama family masing2. Jarang2 jumpa, tu yang setiap tahun buat majlis macam ni. Agar silaturahim berpanjangan. Kalau tak tot tet tot tet dalam whatapps je lah masing2 kan.
Ok, masa berbuka dah nak tiba. Kalau kat JB berbuka awal sikit dari Muar ni. Tu lah family kecik saya dihujung sana berbanding family orang lain.. Hihi
Kalau nak tahu, satu restoran ni ditempah khas oleh geng Konvoi kami. Tak cukup meja? Sampai ke luar ditambah meja.
Kalau nak tahu, kat sini specialnya adalah ikan bakar. Tak kisah ikan bakar apa, tapi sambal ikan bakar tu yang power. Fuhhh.. Dari jauh dah bau meresap ke dalam hidung..
Ok mereka berdua yang puasa penuh ni dah tak sabar nak makan. Walaupun masih ada 3 lauk lagi tak sampai masa ni, makan je lah apa yang ada dulu depan mata. Al-maklumlah.. Kalau dah ramai2 macam ni, pengurusan restoran pun mesti ada kelam kelibut sikit kan. Confirm ada makanan yang sampai lambat.
Baca doa ramai2. Dan alhamdulillah, nikmatnya dapat makan kurma dan fresh orange panas2 ni kan.
Nasi dah nak habis, baru ikan bakar lagi satu dan sayur kailan sampai. Masa ni sotong goreng tepung tak sampai lagi.
Jeng jeng.. Dah habis makan nasi, jom makan durian pula. Oh ya kalau nak solat, ada disediakan tempat di tingkat atas. Kalau nak lebih selesa, boleh ke Masjid besar yang berdekatan dengan restoran ni.
Menusuk sampai kalbu bau durian kampung ni. Semua isi kuning. Adalah beberapa je yang isi putih. Tapi as usual, durian kampung memang terbaik.
Durian lemak berkrim. Makan 2-3 ulas pun dah rasa kenyang dan muak. Alhamdulillah, durian kalini ditaja oleh salah seorang driver.
Senangnya kami makan kat sini adalah pilihan menu set. Senang untuk kapasiti ramai2 macam ni. Menu utama mestilah ikan bakar kan tidak kiralah set apa.
Memandangkan keluarga kami ni kecik sahaja, kami pilih set B. Jujurnya harga sangat reasonable dengan rasa sedap makanan disini. Recommended kalau peminat ikan bakar tu.
Dan kepada yang berminat nak ke sini, ni saya kongsikan peta ke sini. Semoga memberi manfaat kepada semua. Mana tahu one fine day nak singgah sini makan2 ikan bakar sambil menikmati keindahan sungai Muar kan.
Ok lah, Ramadan ke 10.. Baru first time berbuka kat luar ni. Kalau tak weekends masak dan makan kat rumah manakala weekedays pula berbuka bersama student-student saya di Centre saya sahaja.
Semoga Ramadan kalini membawa 1001 keberkatan dan kemuliaan kepada kita semua.
No comments:
Post a Comment