Tuesday, June 16, 2015

BFF di Brunei


Tahun lepas masa Ayyunie ikut saya ke Brunei, mereka baru berkenalan dan baru cuit sana cuit sini.

Tahun ni mereka dah jadi BFF rupanya. Ke hulu ke hilir berdua je. Langsung tak lekat di booth dan tak hiraukan saya. 

Sampaikan instinct BFF tu kuat, ko termuntah atas aku, aku termuntah atas ko gitu.. Gara-gara terlebih makan lepas tu lari sana lari sini main. Memang ngam lah tu.


Saat-saat akhir di Brunei pun, sempat BFF Ayyunie tu ajak atok dan nenek dia datang tengok Ayyunie sebelum boarding time.


Berpeluk2 mereka berdua ni. Jalan pun siap pegang tangan bagai. BFF Ayyunie ni ada ajak Ayyunie tidur rumahnya. Ehem.. Tak mungkinlah saya bagi kan...


Sempat makan dan main lagi di airport Brunei. 


Insyallah Ummi Nazira Wahida, cuti sekolah nanti auntie bawa Ayyunie  ke Brunei lagi ya untuk berjumpa dengan kamu.

Oh ya Ummi ni sama umur dengan Ayyunie, tapi di Brunei umur 6 tahun dah masuk darjah 1. 

P/s: Alhamdulillah. Sampai JB jam 12:30 tengah malam tadi. Sempat singgah Seremban kejap untuk makan malam.


Post a Comment