Sunday, June 21, 2015

Lawak Ayyunie bersama Dato' pagi tadi


On call punya order, time tu call time tu nak. Dah lah semalam saya dan staffs CocoDamia semua tak kerja, mujur boleh delay sehari harini.

Terima kasih Dato' Noraini, Pengarah Matrade kerana borong CocoDamia. Next time boleh borong lagi.


May be Dato' borong untuk sumbangan Ramadan kot. Diberi bersama dalam goodies beg untuk Parlimen Parit Sulong.


Yang bestnya tu, pagi tadi Ayyunie tanya soalan lawak lagi..

..."ibu..ibu..kenapa kita panggil dia datok? Bukan datok tu untuk orang tua ke, tu muda lagi"...

Hahaha, maafkanlah anakanda saya yang berusia 6 tahun tu ya Dato'. Dia memang jujur dan suka terus terang orangnya.

Btw perjumpaan singkat tadi di Matrade Wilayah Selatan, mencetuskan 1001 inspirasi. Keep in touch ya Dato' dan terima kasih sekali lagi borong CocoDamia.

P/s: Abaikan muka saya yang pucat tu. Bulan Ramadan ni, lepas bangun sahur siap semua, terus masuk kilang CocoDamia. Tapi kerja sampai jam 1 tengahari je semua bulan puasa ni. Ikut Brunei kerja 6 jam je bulan Puasa :-)


No comments: