Thursday, April 14, 2016

Zikir ringkas untuk cukupkan rezeki..


Based on real story..
Macam dah boleh agak je sapa tokey tu...;-)

Perkara yang baik, jom kita amalkan....
Lama-lama baca dah boleh hafal dimulut

Wednesday, April 13, 2016

Wordless Wednesday || Pregnancy shopping atau Baby shopping?


Selagi baby DM dalam perut ni tak keluar, selagi tu lah ada je kita nak shopping barang2nya. Yang shopping online tak yah cakaplah, dihujung jari je semuanya. Ni berderet-deret tunggu Q barang2 baby sampai. Al-maklumlah, kalini banyak shopping warna2 biru pula. Excited terlebih....:-)


Yang shopping baju2 maternity pun ada banyak helai juga. Apa nak buat? Pregnant kalini baju2 maternity yang lepas2 langsung tak muat. Hanya 1-2 helai je yang masih boleh muat. Fuhh.. Jauh beza sungguh pregnant kalini dengan 7 tahun lepas. 

Yang pasti, asalkan nama perempuan, tak kira apa jua keadaan, shopping adalah terapi yang paling best kan!

Tuesday, April 12, 2016

Urusniaga 2 negara II CocoDamia dan Singapura


Alhamdulillah.
Setelah 3 kali perjumpaan since awal March 2016.
Selesai sudah sesi tandatangan Perjanjian antara Pelangi Network Management Sdn Bhd (Malaysia) dan Nee Soon Transport & Trading (Singapore) selaku Sole Distributor eksklusif untuk produk CocoDamia (crunchy flakes cereal cup).

Target market utama sole distributor kalini adalah di tadika-tadika dan sekolah rendah di Singapore.
Semoga bermanfaat dan membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak.

Sedikit trivia bagaimana mereka boleh berminat dengan produk CocoDamia:
1. Salah seorang daripada board director mereka terjumpa produk CocoDamia di Pasaraya Maslee. Berminat lalu membeli beberapa unit utk cuba.
2. Sampai di rumah (Singapore), anak2 one of bord director suka sangat makan. Tak cukup 1, sampai 2-3 unit sekali makan.
3. Kemudian masuk Johor beli lagi di Pasaraya Maslee. Kalini dalam kuantiti puluhan unit  pula.
4. Anak2nya bawa pergi sekolah sebagai bekal. Kawan anak2 pula suka. Then tanya beli kat mana.
5. Lepas tu board director tersebut bawa produk CocoDamia untuk meeting bersama2 dgn ahli board director lain sambil mengkaji kebolehpasaran produk tersebut di Singapore dan juga keperluan produk tersebut.
6. Hasilnya, perbincangan pertama di premis CocoDamia telah diadakan pada awal Mac 2016 bersama seorang sahaja board director.
7. Seterusnya, perbincangan kali kedua di premis CocoDamia pada pertengahan Mac 2016 bersama ahli board director yang lain.
8. Then, perbincangan dan penambah baikan urusniaga hanya follow up melalui whatapps dan email.
9. Akhirnya pada 9 April 2016 termaktub sudah perjanjian urusniaga membekal dan memborong antara kedua2 pihak dan sebahagian stok telah pun diserahkan.
10. Terima kasih Ya Allah. Bukan mudah utk meyakinkan pihak kedua2 negara. Namun sikap profesional kedua2 pihak memainkan peranan dalam menjalin hubungan antara 2 negara.



Masa meeting kali kedua bersama dengan ahli board director yang lain dari Singapore pada pertengahan Mac 2016.


9 April 2016, termaktub sudah perjanjian antara kedua-dua pihak selaku pembekal dan pemborong di Singapore.


Kena baca agreement betul2..
Supaya tak datang masalah kemudian hari..


Close deal!
Alhamdulillah..
Semoga bertambah-tambah rezeki untuk CocoDamia..
Dan rezeki melimpah ruah yang tak disangka2 untuk anak2 saya dan juga my little khalifah dalam perut ni.


Sebarang pembelian produk2 CocoDamia, boleh whatapps ke 012-7507659 atau call 010-6468383.
Paling senang klik-klik je kat www.cocodamia.com.

Hapy shopping uolss..



Monday, April 11, 2016

Pregnancy Check Up II 33 Weeks



💟Sekejap je dah nak masuk 33 weeks.

💟Harini dah inject kancing gigi.

💟Alhamdulillah, baby sangat aktif dan sihat.

💟Scan 4D tadi, Subhanallah.. Indah sungguh ciptaan dalam perut ibu ni. Senyum sampai ke telinga ibu dan ayah.

💟Dr cakap pipi tembam, lagi tinggi pipi dari hidung dan berat pun dah 2.3kg.

💟Perut ibu pun asyik mengeras je. Golek sana salah, golek sini tak kena. Dr kata kalau tak baby aktif, ibu yang aktif 😉 (tak dapat disangkal lagi..hihi)

💟Macam biasa, ibu kena kurang makan yang berlemak dan manis 😁 (ni yang kalah ni).

💟Dah bincang juga dengan Dr pasal nak fully BF.

💟 Kat atas tu gambar Ayyunie. Sampai terlodeh pipi kena dukung ngan neneknya. Adakah baby DM bakal mengikut jejak kakaknya? 

💟Terima kasih Ya Allah atas nikmat ini.



Tak sabar ibu, ayah, kakak Aleesya, kakak Ayyunie dan yang lain-lain nak jumpa baby DM ni....
Insyallah hanya beberapa minggu lagi ya baby..
Semoga Allah permudahkan ibu untuk bersalinkan baby DM dan juga jangan dipersulitkan.
Aaaminn..

p/s: First entry penuh pasal 3rd pregnancy ni...semoga ia menjadi memori dan kenangan manis untuk masa-masa akan datang..

Thursday, April 7, 2016

Wordless Wednesday || Big Cup


Dah nak masuk jam 5 petang pun panas lit lit haihhh..
Ni saya minum sorang pun habis..
Big cup.. More topping..
RM 7 sahaja..
Senyum baby dalam perut sambil hisap jari noooo.. Hihi

Tuesday, April 5, 2016

Restoran konsep bridal


Cantiknya tempat makan....
Bridal punya konsep ni...
Siap ada pelamin lagi kat atas tu..

See, meja yang Aleesya tumpang posing ni..
Siap ada langsir lace bagai..
Ni kalau tumpang buat photoshoot feeling2 mood romantik pun ok juga kan..


Kat atas meja siap ada majalah pengantin lagi..
Boring2 sambil tunggu makanan sampai bolehlah belek2 kan..
Walaupun pengantinnya dah 13 tahun kahwin...ngeh ngeh..

See, kat belakang Aleesya tu...cantik2 deco-nya..


Setiap kerusi diikat dengan jambangan bunga ros putih ni..
Sweet sangat!
Nak makan pun feeling2 ya tak..


Memandangkan kami baru je balik makan malam dari Fulltank, Kilang Bateri, makanya kami order dessert dan makanan ringan2 aje..

Nama menu ni aiskrim terbalik..
Pastu order lah air juice..


Sambil2 makan sate, sambil2 mata memandang keindahan deco restoran ni..
Macam2 lagi menu ada jual sini..
Steambot, western, nasi lemak kukus, masakan thai dan lain2..


Tu alamat ada kat atas.
Masukkan aje alamat dalam Waze, insyallah sampailah ke destinasi..




Monday, April 4, 2016

Lunch di Nasi Kerabu Cikgu CT


Tujuan utama lunch disini adalah nak makan Pulut Mangga ni je.
Ye ye je lah semalam pergi pasar malam cari buah mangga yang gebu, ranum dan manis kengkonon nak buat pulut mangga sendiri malam tadi. Belilah 5 biji buah mangga yang gebus gebas.

Sekali sampai rumah, adusss...malasnya nak tanak pulut.

Sudahnya harini makan kat kedai lah lagi senang kan. Order, makan dan puas hati. Sedap pun sedap dengan santan lemak berkrim tu. Hihihi..Mangga kat rumah tu kita buat jus atau makan begitu sahaja je lah.


Lunch tadi saya makan nasi kerabu daging bakar. Sambal pauh tu perghhhh, sedap sangat sebab dia gaul sekali ngan ikan rebus. 
Ayah damia pula makan laksam kuah laksa penang. Hahaha...selera macam-macam sungguh..

Pastu bungkus 2 set pulut mangga.
Minum 2 teh o ais.
Total RM 32.


Macam2 nasi kerabu ada. Ada kambing bakar, ayam bakar, daging bakar, ketam celup tepung, udang celup tepung dan juga siakap bakar. Harga set Nasi kerabu dari RM8 hingga RM28. Boleh jengok-jengok kat IG dan FB Nasi kerabu Cikgu CT.

Oh ya, lokasi restoran ni di Taman Anggerik Emas 1. Masuk je dalam Waze, insyallah jumpalah restoran ni.



Sunday, April 3, 2016

Hujung minggu di Desaru dan Tanjung Sutera Beach Resort

Hujung minggu yang padat dengan aktiviti jalan-jalan....
Kita mulakan dengan hari jumaat di Desaru..

Sebenarnya cousin both Damias datang bercuti dan menghadiri kenduri kahwin di JB dari Kelantan..
Tu yang jadi adhoc punya planning cuti2 ni..


Semestinyalah kalau bercuti ke JB, Hotel Lotus Desaru menjadi pilihan orang ramai..
Bukan sahaja ada pantai, swimming pool dan lain2 fasiliti, tetapi ada water theme park sekali..
Itu yang budak2 paling suka kan..
See, happynya Aleesya dan Ayyunie main air bersama cousin mereka..
Dan juga Cik Chik dan Ayah Sal (ibu & ayah saudara) mereka..

Saya dan ayah damia hanya duduk santai2 ambil angin di kawasan sekitar je..
Lagipun saya hanya mampu tengok je walaupun baby dalam perut ni menendang2 macam nak join berenang sekali...hihi..

Gambar di Lotus Desaru tak banyak ya sebab ntah dah berapa kali kami dah stay dan sampai sini.
Tu yang malas nak snap banyak2. Lagipun saya nak relax2 je disini..


Lepas maghrib, ayah damia bawa kami semua makan di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly..
Ni entry last masa kami sekeluarga celebrated birthday dinner treat ayah damia di sini..
Kali ni bawa family adik ayah damia pula makan malam disini.


Kat sini semuanya makan dalam set.
Walaupun berdua, tetap kena makan set. Cuma kuantitinya sikit lah..
Ala-carte tak banyak pilihan. Sebab sini signaturenya memang makan seafood.
Tapi kami tak berani haihhh nak makan siput gonggong dan belangkas.
So kami order set ikan siakap, ketam, sotong, tomyam, kupang dan sayur.
Dan juga set buah.
Makanan biasa2 je rasanya. Tapi suasana tu yang mahal.

Kalau nak naik boat tengok firefly pun syokk juga kan. Tapi kami tak naik lah sebab anak semua penakut.
Lagipun saya pun tak berani juga sebab ada baby dalam perut kan. Beringat org tua2 kata.
Ya lah gelap gelita tu naik boat tgk firefly dan berhenti tengah2 muara sana.
Bayaran utk dewasa RM20, kanak-kanak RM15.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari sabtu pula kami mulakan perjalanan kami ke kenduri kahwin di Dewan Raya Ulu Tiram..


Sampai bertambah-tambah saya makan menu istimewanya iaitu bubur kacang durian.
Kempunan nak makan durian agaknya saya ni. Haha..
Ayah damia sampai ngeleng2 kepala tengok saya bertambah2 makan bubur tu.
Akibatnya tahanlah sendiri ya kesesakan nafas didada tu..huhu..


Lepas tu kami Site Visit ke Tanjung Sutera Beach Resort di Sedili Besar pula..
Walaupun kami dah pernah datang ke sini untuk Honeymoon + Babymoon dan juga bawa 2 bas students untuk Program Kem Jati Diri disini, tapi tetap kena Site Visit lagi sebab last datang sini tahun 2013.

Adalah beberapa pembaharuan kat sini..
Tu kat belakang kami dah ada pool untuk budak2..
Barulah lebih selamatkan..


Pantainya tetap sama tak berubah..
Chalet hillview dan seaview tu pun masih ada lagi....


Hah, yang kat sini memang totally berbeza dah....
Dulu air tu air kumbahan. Warna pun keruh je. Patutlah teratai segar bugar hidup dalam air tu dulu.

Kini air tu dah jadi air bersih. Warna pun dah hijau. Teratai2 semua dah tak ada. Siap ada pelantar lagi untuk terjun tiruk! Boleh main kayak dah. Dulu tak boleh. Dan macam-macam aktiviti air lagi boleh buat kat sini.



Tenang je pemandangan..
Oh ya..chalet atas pond kat depan tu semua dah kena roboh. Sobss..cantik tau chalet2 tu.
Kata pekerja kat situ sebab nak buat pusat rekreasi sepenuhnya...


Both Damias yang tak sabar2 nak main2 air kat sini lagi..
Kaki Ayyunie tu bukan main lagi nak merentas tali tu..haha..
Sabar ya anak-anak..tak lama lagi kita datang semula kat sini..

Begitulah hujung minggu kami yang penuh dengan aktiviti..

Peringatan:
Guys Pusat Bahasa Pelangi terutama students UPSR, PT3 dan SPM, mesti kalian dah tak sabar-sabar kan nak ke Luxury Campsite ni. Cepat2 buat bayaran uolsss.. Bagi saiz baju dan booked nama ok. Seat bas penuh tak tahu..







Thursday, March 31, 2016

It's Ayyunie's 7th Birthday Party


30 Mac 2016

Alhamdulillah..
Berjaya juga planning her suprise party..
Thank you kepada staffs dan students yang terlibat malam tadi..

Kebetulan Ayyunie tengah berdiri dalam kelas menjawab soalan, kami pun terjah masuk kelas ramai-ramai nyanyi lagu birthday untuk dia. Tersipu2 malu dia...

Selamat Ulangtahun yang ke-7 untuk Damia Ayyunie Bt Khairuddin..
Semoga menjadi anak yang cerdik pandai, solehah, patuh, sihat dan berjaya dunia akhirat.

Eh, dan kakak yang baik juga...;-)


Ayyunie cakap tak sempat baca apa yang tertulis atas kek, nak baca dik!


The little crown for the little birthday girl.


Order Dominos Pizza je untuk kanak-kanak ribena....senang..


Kesemua perasa pizza ada..;-)


Masa ni kat luar kelas tengah prepared nak terjah Ayyunie dalam kelas.


Ayah yang sweet.
Siap guna mic lagi nyanyi lagu birthday ramai2 untuk Ayyunie..


Tersipu2 malu dia..


Crown lip lap lip lap uolsss..
Menjadi perhatian pula crown ni malam tadi..


The birthday girl..
Dah besar dah..
Lagi beberapa minggu je lagi nak jadi kakak..


Nyanyi lagu birthday ramai2 sekali lagi..


Tiup lilin..


Potong kek..


Alololo....my cutie pie..


Semoga Ayyunie happy sambut birthday dengan kawan2nya..


Bagi chance ibu pun nak enterframe..


Beratur ambil makanan..


Masing2 sibuk served makanan..


Eh eh...;-)


Students pun happy dapat makan kek dan pizza..


Happy family..
Opsss..ada pula yang photobomb kat belakang tu..


Bergambar dengan kanak-kanak ribena
Kawan Ayyunie yang pakai tudung hitam+merah tu pun sama tarikh birthday ngan Ayyunie semalam..
So celebrated sekali..


Alamak..
Kakak2 dan abang2 pun nak enterframe juga....


Tq Kak Dina bagi hadiah...



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::