Wednesday, October 25, 2017

Suprise Birthday untuk Harijadi Aleesya yang ke 10 di Gambang

Lepas je kami loading barang dan stocks di PWTC, kami terus bergerak ke Gambang untuk Family Day bersama keluarga ayah damia pula. Kami tiba di homestay Gambang lebih kurang jam 6 petang.

Menjadi jugalah buat suprise birthday untuk Aleesya masa BBQ malam Deepavali tu walaupun hanya planning sehari sebelum pergi. Sebab plan awalnya nak celebrate kat KL. Tapi apa nak buat, kami pula delay ke KL kerana stocks tak sempat siap semua. Suka betul Aleesya dapat sambut birthday dengan sepupu sepapat dia.  

Kalau tak pun awal2 lagi dia dah redha tak celebrate,  janji dapat bercuti dengan sepupu2 nya. Alhamdulillah.. Simple celebration but we make it.  

Thanks to mak sedara and pak sedara yang tolong beli kek,  beli balloon,  beli tu ni and so on.  #damiaaleesya #10thbirthdaycelebration #familyday #suprisebirthday 


Kek indulgence yang ibu kirim kepada mak saudara Aleesya suruh beli di Kuantan. Kalau ibu/ayah beli awal2 lah pecah rahsia kan..


Eh eh ada budak lain pun ngaku haritu birthday dia juga.. Haha..


Macam-macam makanan ada selain dari BBQ..


Cream puff tu ibu yang bawa dari Johor.. Gigih bawa tau semua sekali 5 kotak..


Kami sambut di perkarangan homestay yang luas ni.. Tapi gelap ler sikit.. Hihi..


Meriah pabila ahli keluarga berkumpul ramai2..


Thanks to pak sedara Aleesya yang tolong tiup belon..


Jom makan!


Bakar bakar bakar.. Masa ni Aleesya ada dalam rumah je tak keluar2 dok main2 ngan sepupu2nya. Kira ok lah, dia keluar je rumah.. Terkejut tengok ada belon2 dan kek..


Daim pun pandai nak celebrate birthday kakak ya..


Happylah Daim dapat bersuka ria dengan sepupu2nya yang kecik..


Happy Birthday Kakak Aleesya..
Semoga menjadi anak yang cemerlang dunia & akhirat. Sentiasa doakan ibu dan ayah dalam solat dan hatimu ya nak! Aaamin..







Tuesday, October 24, 2017

Warna warni Karnival Usahawan Desa (KUD2017)

Alhamdulillah..

Another Job well done!
Thanks for all the 4 great days! (19/10-22/10)

Tahun ni adalah kali ke 3 CocoDamia menyertai KUD selepas tahun 2013 & 2015. Lain tempat, lain tahun, lain suasana, maka lainlah ragam dan kerenah pengunjung semua. Apa-apa pun yang pasti masih ramai raving fans CocoDamia yang setia dengan produk kami terutamanya Coklat IQ dan Krukk Krakk Energy Chocolate.

Setinggi ucapan terima kasih terutamanya kepada our awesome marketing team, production team, new customers, returning customers, ejen2 CocoDamia yang baru, rakan2 usahawan strategik serta pihak2 agensi sepanjang penglibatan bersama CocoDamia dalam KUD 2017 ni...

Kita jumpa lagi 2 tahun hadapan untuk event KUD ni...

Nota: Untuk repeatation order (selalunya memang ramailah kalau lepas balik dari mana2 events sebab customer faham, rasa dan dengar sendiri kebaikan Lubanah dalam Coklat IQ), paling senang boleh beli melalui 11 street atau nak lagi senang boleh whatsapp 010-6468383 utk ketahui ejen2 berdaftar kami. Nak datang terus galeri kami, lagi suka!

Percayalah,
CocoDamia,
Bukan sekadar coklat biasa

Jom kita tengok gambar warna-warni KUD 2017
-
-
-
-


Pabila business trip & holiday trip seiring...sorry adik botol2 tu asyik jatuh hempap2 adik...nasib ringan kan...


Antara yang terawal loading barang di PWTC pada hari rabu lepas (18/10)...daftar dulu kat sini..


Ok dah siap setup dan loading barang..
Tinggal untuk staffs pula buat jualan sementara kami sekeluarga terus ke Gambang untuk family day pula..


Besar-besaran promosinya ni hah..
TV, Radio, billboard, newspaper dan lain2..


Pagi esoknya staffs melaporkan diri masuk kerja..;-)






Bersama rakan sekelas masa sekolah menengah dulu, Zairee..
Sekarang dah jadi orang besar MARA..


Dengan Mama Fatihah again..


Dah boleh ganti ibu bahagian marketing Aleesya ni...
Memang suka betul dia bab2 marketing ni..
Ayyunie pula lebih suka jaga duit..
Ok bakal akauntan dah ada..



Owner Sham Batik, depan booth kami..
TRak sangka pakcik ni kenal lah mak dan ayah kepada ayah damia..
Al-maklumlah....sama2 dari PCB kan..





The last second day..
Memang sesak!


Pernilaian booth tercantik..tapi tak ada rezeki kami nak menang..


Guna kaedah Metafizik nak tahu energy Krukk Krakk Energy Coklat tu sejauh mana..
Memang terbukti besar energynya kata puan ni..


And finally...
Bye bye dari kami team CocoDamia..
Ada peluang dan rezeki kita jumpa lagi 2 tahun akan datang ya...
Aaaamin..


As usual, lepas mana2 event, wajiblah makan besar kan! Kalini kita makan di Di-Ban-Kok Restoran yang terletak di kampung baru, KL.. Makanan best semua makanan Thai.. Pulut mangga feveret staffs, meehoon celup ayah damia kata sedap, ikan siakap stim limau saya suka sangat! Next time boleh datang lagi!





Sunday, October 22, 2017

Last day di Karnival Usahawan Desa (KUD 2017)


Karnival Usahawan Desa (KUD) 2017
Booth no : 215
Level 2, Hall Mawar, PWTC

LAST DAY,  LAST DAY, LAST DAY

Jom serbu booth #cocodamia.  
Hari ni kami buat special diskaun untuk 

#coklatiq #krukkkrakk #energychocolate #oatchoco

Next week anak anak dah nak final exam dan exam spm dah dekat.  Berikan anak anak coklat iq untuk mudah ingat,  mudah fokus dan mudah hafal. 

Temui team CocoDamia hanya hari ni sahaja (22/10/17) dari 10am - 6pm.  Banyak penjimatan yang akan anda perolehi. 

Untuk yang nak sign up sebagai ejen,  inilah masanya,  jimat dan berbaloi... 

Temui anda semua di PTWC,  level 2, hall Mawar, booth no 215. #kud2017 #oleolecocodamia #gojbchocolate

Wednesday, October 18, 2017

Happy 10th Birthday Damia Aleesya


Kerana dia, selama 10 tahun saya bergelar seorang ibu.

Kerana dia, saya mempunyai pengalaman pertama sebagai seorang ibu.

Kerana dia, rezeki saya sebagai seorang ibu melimpah ruah.

Kerana dia, saya dan keluarga sering mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka.

Kerana dia, saya semakin dikenali.

Kerana dia, saya berpeluang menjadi celebriti.

Kerana dia, saya cuba menjadi ibu terbaik untuk dijadikan cermin diri saya pada masa hadapan.

Kerana dia, business-business kami semakin berkembang dan terus berkembang.

Kerana dia, amal ibadat saya semakin baik supaya Allah mendengar doa-doa saya agar dia sentiasa berada dibawah lindunganNya serta rahmatNya. 
SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE-10 DAMIA ALEESYA BT KHAIRUDDIN.

Semoga Aleesya memperoleh kejayaan dunia dan akhirat.

#happy10thbirthday #damiaaleesya #17oktober2007


Delay sehari wish sebab semalam betul2 sibuk sampai ke malam semua buat OT untuk persiapan bawa stok ke Karnival Usahawan Desa - KUD harini (tengah otw ni).. Mujur Aleesya faham.. Tak pe insyallah malam ni ada kejutan untuk Aleesya!

Monday, October 16, 2017

Himpunan Usahawan Terbesar di Johor


Alhamdulillah..
BAHTERA EDISI SELATAN dah melabuhkan tirainya semalam..
Memang betul2 tempat himpunan usahawan terbesar. 

Majoriti player dalam IKS dan juga agensi2 terlibat dapat team CocoDamia jumpa.

Seperti biasa, banyak peluang2 yang terhidang pabila terlibat sama dalam ekspo2 dan event2 sebegini. Tungga masa kita sahaja untuk scan dan evaluate mana peluang yang patut di-grab, mana peluang yang kena hold kan dulu, dan mana peluang perlu kita let go. Kerana tak semua peluang adalah bersesuaian dengan business kita.

Contohnya semalam, Pengarah MITI Johor cadangkan nak eksportkan produk Oat Choco kami yang boleh dikatakan berzikir sendiri. Katanya bukan sahaja sedap, tapi packaging nampak ekslusif dan catchy mata memandang. Boleh beat dengan coklat Oversea. Tapi kami hold dulu sebab halal nya masih dalam proses sebab ni produk paling baru.

Terima kasih rakan2 usahawan serta pihak2 agensi yang singgah di booth CocoDamia dan sempat wefie lagi. 

Insyallah lepas ni kita ramai2 jumpa di event KUD 2017 di PWTC pula dari 19-22 Oktober ni!

#kamisemuatengahpulunreadykanstokuntukKUDni
#sampaikenaOTsemuanya
#cocodamia #oleolecocodamia #gojbchocolate #bahtera2017 #bahteraedisiselatan #syukurselalu


Baru tahu, Fattah Amin ni ada produk Sup Diet rupanya. Dah rasa.. Bagi saya macam mushroom soup campur oat dan kentang gitu..


Bersama gegadis CocoDamia yang awesome! Nampak tak oat choco CocoDamia tu?


Bersama gegadis Technology Park Malaysia. Selalu saya kena naik KL kalau nak jumpa mereka. Pihak yang bertanggungjawab jaga duit saya ni!


Hingga ke titisan akhir jual ya! Nak habiskan stok yang sikittttt je lagi tu..


Boss besar Matrade Johor singgah wefie di booth CocoDamia, pastu whatsapp cakap "bagus bebudak ni keje"... Haha.. Alhamdulillah.. Memang sekarang saya dan big boss jarang sangat dah turun kat event... Turun pun samada hari pertama atau last day sebab banyak sangat keje kat office tu terutama melibatkan clients yang datang untuk jadi ejen dan juga discuss pasal Edu -Tour. 
Apa2 pun team Marketing CocoDamia memang awesome 😘


Terima kasih semua..


Eh eh macam kenal lah.. Pelakon yang diminati dari dulu lagi..


Rezeki jadi artis..
Kak @zarinazainuddin_ nak beli coklat CocoDamia, tapi customer kami yang beli sebelum tu bayarkan untuk Kak Zarina.. Terima kasih semua.. Sesungguhnya apa jua keadaan, rezeki tak pernah salah alamat..

P/s: Mode busy gilosss.. Nak siapkan stok2 KUD dan juga nak gi family day lagi. Ya Allah, moga dipermudahkan segala urusan..











Friday, October 13, 2017

Meraikan kemerdekaan PT3 2017

Petang semalam..
Together-gather bersama dengan pelajar2 PT3 Pusat Bahasa Pelangi..
Di Seoul Garden, Plaza Angsana..
Sempena???

Meraikan kemerdekaan habisnya exam PT3... Yeayyy Merdeka!

Anak2 sendiri both Damias pun dah habis final exam semalam.. Alhamdulillah... Yeayyy.. Super Duper Merdeka!

Jom tengok gambar2 semalam..









Pasni boleh standby mode untuk:

✔️ Hadiah + kek untuk birthday Aleesya
✔️ Readykan stocks untuk event Bahtera yang bermula esok dan KUD bermula 19-22 hb ni
✔️ Packing luggage untuk family day dan main air! Anak2 paling happy ni sebab dapat berseronok dengan cousins diaorg!

#Syukurselalu