Wednesday, October 11, 2017

CocoDamia @ Ekspo Johor Berkemajuan 2017


Alhamdulillah.. 

8/10/2017 ( Ahad)
Perasmian Top 20 Johor Brand oleh Menteri Besar Johor di Ekspo Johor Berkemajuan 2017.

10/10/2017 (Selasa)
Tamat sudah jualan pelbagai coklat CocoDamia di Pavillion Keusahawanan di Ekspo Johor Berkemajuan 2017. 

Walaupun dah tamat, tapi tak putus2 whatsapp tanya mana pergi booth kami nak repeat order dan ramai cikgu2 yang nak submit borang Edu Tour ni. Boleh terus datang ke galeri kami di Taman Teratai Skudai atau email je pada kami.

Terima kasih kepada semua rakyat Johor yang sporting lagi peramah dan tak henti2 support produk2 CocoDamia. Kamu semua memang awesome! 

Berbaloi2 beli Coklat IQ bila dah tahu kelebihan Lubanah/frankincese dalamnya kan. Produk oat Choco pula promosi berzikir sendiri pabila rasa je, wajib customer beli. Sampaikan stock kat kilang pun SOLD OUT semua. Tapi harini kami dah restock semula.

Terima kasih sekali lagi semua!
Jumpa team kami di event BAHTERA pula pada 14-15 hb ni di Persada Johor!

Back to back event! Tapi kami seronok dapat jumpa kalian semua! Muahhhh.. #johorbrand #cocodamia #oleolecocodamia #gojbchocolate #ekspojohorberkemajuan2017

Nota: Ramai yang nak jumpa saya masa di Ekspo, tapi sorry... Saya hanya ada pada 7/10 (sabtu) je masa Perasmian dari Perdana Menteri.. Hari ni pun kena tolak jemputan bagi Talk Session kat Ekspo.. So busyy kat kilang.. Insyallah next time kita jumpa lagi..
















Ekspo Johor Berkemajuan 2017 masih berlangsung sehingga 14hb ni ya. Ayuh ramai-ramai kita meriahkan! Pelbagai aktiviti dan voucher ada weiii...

P/s: Temui kami juga di event KUD pada 19-22hb ni ya.. Tq uolsss..











Tuesday, October 10, 2017

Buku teks dan buku sumber dalam tab Edu-Point

Ulangkaji dan buat soalan2 dengan menggunakan tab Edu-Point... 
100% ikut silibus buku teks sekolah dan buku sumber sekolah. Silibus dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dan silibus dari luar negara pun ada (lebih susah).

Beli ni pun on the spot masa amik result peperiksaan pertengahan tahun Julai lepas. Ingat lagi masa tu bulan Syawal. Beli kat org jual booth2 kat sekolah tu. 

Aleesya selalu dapat no 2 dalam kelas susah nak bolos no 1 tu sebab subjek bahasa cina susah nak dapat A. 

Sama juga dengan Ayyunie, selalu dapat 6A daripada 8A dan top 5 kat kelas. Sebab yang sama subjek Bahasa Cina susah nak dapat A.

Faktor utama beli ni sebab senang sikit nak translate soalan2 dalam bahasa cina ke bahasa melayu. Just highligh guna jari je dan terus keluar maksud dalan bahasa melayu/bahasa inggeris. Dan pastu saya akan suruh anak2 perkataan yang keluar maksud tu tulis balik dalam buku kosong khas utk vocab bahasa cina je. 

Dan alhamdulillah, keputusan Aleesya meningkat dapat no 1 dalam kelas masa exam penggal 3 aritu. Ayyunie pun meningkat markah dalam subjek bahasa cina dan masih kekal top 5. 

So ni salah satu alternatif membantu juga lah selain tuisyen di pusat tuisyen cina, ayahnya yang tegas bab pelajaran dan ibunya macam singa kalau mengajar dan membebel bab solat. Bukan senang nak mengajar anak2 dalam silibus cina ni.

Hopefully anak2 dapat kekalkan dan tingkatkan momentum lagi... 

Nota 1: Tak payah guna internet. Cuma kena update dari masa ke semasa untuk update silibus. Kalau on internet, tab tu boleh je berfungsi macam tab biasa, snap gambar dan lain2 lagi. Harga sebenar RM3000 termasuk GST, masa beli dapat diskaun school less so bayar RM2776 termasuk GST.. 

Nota 2: Mereka juga makan lubanah/frankincese samada dalam Coklat IQ, dalam bentuk gummy, makan begitu sahaja dan menggunakan frankincese essential oil.. Pun membantu juga ni untuk mudah ingat mudah hafal mudah fokus..insyallah..


Sama macam silibus sekolah..


Nak travel senang, tak payah bawa buku teks dan buku sumber untuk ulangkaji.. Dalam kereta tanpa internet pun boleh siap beberapa set soalan. Yang paling penting kamus All In 1... Tak yah bawa berat2 dah..


Just highlight guna jari ayat yang kita tak faham.. Nanti keluar translatenya..


Ni gambar masa beli bulan Julai aritu.. Memikirkan macam mana nak tingkatkan subjek bahasa cina ni, terus beli. Tapi selepas tanya 1001 soalan kepada penjual tu lah.. Haha.. Well saya very details orangnya.. 


Tengah ajar cara2 nak guna Tab Edu-Points ni.. Btw satu je pemerhatian saya, orang2 cina ni takkan berkira habis duit untuk pelajaran anak2 mereka..


Semoga memberi manfaat kepada anak-anak. Boleh guna sampai SPM nanti (kalau masih relevan).. Good luck untuk exam ya Aleesya dan Ayyunie.. Juga pelajar2 Pusat Bahasa Pelangi khususnya..

#sharingisjariah



Saturday, October 7, 2017

Top 20 Johor Brand Showcase @ Ekspo Johor Berkemajuan 2017


Harini saya ada kat #ekspojohorberkemajuan2017 
Baru nampak depan mata gambar besar ni kat Showcase Top 20 Johor Brand. Alhamdulillah.. Satu kepuasan melihat mercu brand sendiri di tengah2 Pavillion Keusahawan ni dan disaksi sendiri oleh rakyat Johor.

Btw kat showcase ni tak ada jualan ya. Booth jualan CocoDamia hanya ada di Pavillion Keusahawan SDSI (signboard Johor Bharu) sahaja. Boleh dapatkan Coklat2 CocoDamia disana. Macam2 promosi ada terutamanya Coklat IQ untuk persediaan peperiksaan tak lama lagi.

Betul2 depan booth CocoDamia adalah booth Angah Raja Lawak, sebelah booth pula booth Pizza Atul anak Mok Cun, belakang pula booth Kak Ogy, Lisdawati, Shila Amin dan ramai lagilah artis yang berniaga. Jangan lupa singgah di booth CocoDamia sudah 😀. Ok jumpa semua disini!

#cocodamia #oleolecocodamia #gojbchocolate #johorbrand #chocolate #produkmuslim











Ayuh! Jom ramai-ramai semua ke Ekspo Johor Berkemajuan 2017 yang diadakan sehingga 14 Oktober ni dari jam 10 pagi hingga 10 malam.








Thursday, October 5, 2017

Jom EduTour dan lawatan ke GO-JB Chocolate


Makkkkk nak coklat!!

Mak! Cikgu cakap dekat Taman Teratai Skudai ada kilang coklat. Boleh buat lawatan dan buat coklat sendiri makkkk. 

Kawan-kawan adik yang dah pernah pergi semua cakap best! Dapat apron, dapat hadiah coklat, dan paling best adik boleh buat sendiri coklat dan bawa balik bagi mak rasa. Chef-chef pun baik kat sana. 

Hah! Apa lagi????

Hujung2 tahun ni tak tahu nak bawa pelajar-pelajar kemana untuk aktiviti sekolah? Jom datang ke GO-JB CHOCOLATE untuk EDU TOUR. Kami terapkan kemahiran rasa, lihat, dengar dan sentuh dalam EDU TOUR ini. Berikan pengalaman yang berbeza untuk pelajar-pelajar dan anak-anak anda!

Boleh booking slot ke cocodamia@yahoo.com atau terus berjumpa admin kami di 

GO-JB CHOCOLATE
52, Jalan Enau 15, 
Taman Teratai, Skudai

Siapa cepat dia dapat.. Schedule EduTour makin penuh hingga ke bulan November ni..

Jom layan gambar2 dibawah.. Untuk tengok lebih banyakkkkkkkkkk gambar, boleh lah LIKE fanpage: Ole Ole CocoDamia dan selamat scrolling melihat keletah pelajar2 dari pelbagai sekolah dan tadika. Lawatan dari agensi-agensi dan company berkaitan pun ada.









Psssttt.. Jangan lupa bawa sedikit wang saku untuk shopping pelbagai coklat di GO JB CHOLATE nanti.. Macam-macam adaaaaaaaa....






Wednesday, October 4, 2017

CocoDamia || Top 20 brand terbaik Johor



Selesai meeting semalam.. 

Alhamdulillah Cocodamia terpilih antara 20 brand terbaik di Johor yg terlibat utk SHOWCASE BRAND Negeri Johor utk event Ekspo Johor Berkemajuan 2017 di Kota Iskandar pada 6hb-14hb Okt 2017

Bangsa Johor jangan lupa intai, selfie dan hashtag #cocodamia pada kami ye nanti.  Rasa kembang kempis kejap...mana taknya,  antara 20 syarikat yang tersenarai ialah:

- Kicap Jalen 
- Sos Bumi Hijau
- Al Ikhsan Sports & Attire
- Kerepek2 Azhar Food
- Fast Food Marybrown
- Kopi Al Jannah Mahkota Dewa
. Dan lain2 brand hebat dari Johor
.
.

Dan terselit Cocodamia dalam senarai 20 tersebut... Fuhh satu penghargaan dan penghormatan untuk jenama Cocodamia. 

Bukan mudah menyusun tangga ke angkasa..
Bukan mudah mengapai bintang dilangit.. 
Man Jadda Wajadda..
Kita hanya usaha, selebihnya semua kepunyaan yang Maha Esa.. 

#cocodamia #oleolecocodamia #gojbchocolate #chocolate #johorberkemajuan 

Ayuh ramai-ramai kita ke #ekspojohorberkemajuan2017

Tuesday, October 3, 2017

Good Bye HPPNK 2017


Alhamdulillah..
Another Job well done!
Thanks for all the 4 great days! 
From 28/9 to 1/10/17..

Terutamanya kepada my awesome marketing team, production team, new customers, returning customers, ejen2 CocoDamia yang baru, rakan2 usahawan strategik serta pihak2 agensi sepanjang penglibatan bersama CocoDamia dalam HPPNK 2017.

Kita jumpa lagi tahun hadapan.

Insyallah next event adalah "Expo Johor Berkemajuan" yang akan diadakan di Iskandar Nusajaya dari 6 - 10 Oktober ni.

Johorians! Rugi lah tak datang. CocoDamia bawa brand Johor ni! Jom support!

Nota: Untuk repeatation order (selalunya memang ramailah kalau lepas balik dari mana2 events sebab customer faham, rasa dan dengar sendiri kebaikan Luban dalam Coklat IQ), paling senang boleh beli melalui 11 street atau nak lagi senang boleh whatsapp 010-6468383 utk ketahui ejen2 berdaftar kami. Nak datang terus galeri kami, lagi suka!

Percayalah,
CocoDamia,
Bukan sekadar coklat biasa

#hppnk2017 #cocodamia #oleolecocodamia #gojbchocolate #coklatiq #krukkkrakk #energybar


Kat HPPNK 2017, memang meratalah artis sana sini.. Cuma you rajin ke tak je ajak diaorg bergambar..


Sporting habis Saerah adik Siti Nurhaliza ni..


Bersama Timbalan Ketua Pengarah LPP dan orang kuat MOA ni.. (Ampunnn.. Dah lupa namanya).. Terima kasih beli Coklat IQ..


Dengan gegadis CocoDamia..


Macam2 dah produk CocoDamia ni.. Tapi killer produk still Coklat IQ dan Krukk Krakk Energy Bar..


Wahhh.. Kami dah jumpa rakan niaga strategik... Sebab produk yang dihasilkan turut menggunakan lubanah..


Ingatkan Daim takut.. Rupanya takkk.. Siap usik mulut dan tangan maskot lagi..


Dengan Mama Fatihah.. 
Selalu berkampung kat Brunei sama2 time ada Asean Fair kat Brunei.. Roti Pratha Fatihah memang 5 bintang saya bagi.. Dan Mama penuh dengan cerita2 inspirasi..



Wahhh.. Ada Didi & friends lah..


Sukalah Daim jumpa Didi, Jojo & Nana ya.. Bertepuk tangan bagai..


Eh ada Pak Aji ketuk pintu belakang lah..


Taktik customer paling unik masa #hppnk2017

4 kali datang minta diskaun nak beli #coklatiq..siap ketuk pintu belakang lagi ni.. 

Katanya selalu kalau Warga Emas dapat special Diskaun.. Takkan beli Coklat IQ diskaun sama dengan orang lain.. Haha.. 

Tengah borak borak borak ngan pakcik ni, datang kenalan dia tegur.. Siap cakap "tokey emas beli apa ni".. Hah? Tokey emas rupanya ni.. Tapi minta diskaun yang ampunnnn.. 

Kata pakcik "dalam berniaga ada proses tawar menawar, kalau dapat, rezeki, kalau tak dapat, tak pe.." Tapi tak pe lah pakcik, sebab pakcik buat saya ketawa besar, saya bagilah pakcik special diskaun..😀



Sempat lagi selfie..


Finally dapat pun makan kat Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock yang famous ni.. Selalu nampak orang siap beratur nak beli, this time pun sama beratur juga.. Padahal ayam goreng kunyit je tu 😀..


Bukan peminat mee udang, tapi sekali sekala cuba not bad!


And finally it's a wrap.. Macam biasa hari last event sure ada makan2 bersama my awesome team sambil2 post mortem apa kelemahan dan kekuatan kita sepanjang event tu..


Ok aktiviti penutup untuk HPPNK 2017.. Dari haritu ayah damia nak makan sup gearbox kat Bangi ni.. Tapi this time kurang kick lah supnya.. Gearbox pun langsung tak ada daging. Tak pe, rezeki utk kami haritu...

Yeayyy! Jumpa kami di next event hujung minggu ni pula ya.. Aaamin..














Saturday, September 30, 2017

Jom ke HPPNK 2017


Alhamdulillah..

Hari Rabu lepas, Team CocoDamia dah selamat loading barang2 dan stoks untuk event HPPNK di Maeps Serdang.

Kata team CocoDamia, dah macam Mini MAHA event ni.. Kalau siapa pernah pergi MAHA tahulah kebanjiran pelbagai usahawan dari serata negeri dan ribuan produk yang boleh dipilih.

Dah sampai sana tu, jangan lupa jengok2 gegadis manis CocoDamia di Hall A, bawah Pavillion Johor ya. Eh bukan jengok2 je, beli lah sekali terutama Coklat IQ dan Krukk Krakk Energy Bar tu. Kalini special kami bawa oat choco Durian (hot selling kat galeri ni) sekali.

Ok temui kami dari 28hb hingga 1 Oktober di sana ya! 10 pagi hingga 10 malam. 

CocoDamia~ Bukan sekadar coklar biasa



Dijangka harini makin ramai dan lebih padat ke #hppnk2017 yang sedang berlangsung di Maeps Serdang. 

Pelbagai produk2 peladang, ternakan, perikanan dan juga pertanian yang dijual serta dipamerkan.

Jangan lupa ke Hall A, Pavillion Johor untuk rasa dan cuba produk2 dari #cocodamia dan #oleolecocodamia ya. Dah rasa, bolehlah beli dan shopping sekali kan. 

Ada Coklat IQ, Energy Bar, Chocotart dan paling hot Oat Choco Durian tau!

Happy shopping semua!

Nota: Kami sekeluarga baru bertolak dari JB kul 12 tengahari tadi.. Jenuh fikir nak pergi ke tak nak pergi ke tak sebab esok anak2 kan sekolah dan jadual Edu Tour serta event pun padat bulan ni. Last2 pergi juga. Jumpa kalian disana...