Friday, May 13, 2016

Summer Luxury Camp @ Tanjung Sutera Resort II Volume 2

Pada 29 - 30 April 2016 yang lepas, tamat dan berjaya sudah Summer Luxury Camp yang dianjurkan oleh Pusat Bahasa Pelangi selama 2 hari 1 malam di Tanjung Sutera Resort. Kali ke 2 ni saya dan team Pusat Bahasa Pelangi buat camp kat sini. Kali pertama masa tahun 2013 lepas. Boleh refer sini untuk entry lepas.

Tanpa cakap panjang, kita tengok gambar-gambar ya lah baru lebih feel..


Seramai 44 peserta yang turut terlibat dalam Kem Jati diri ni.
First time ni saya ikuti kem tak naik bas sekali.
Kalau tak sebelum2 ni memang saya suka je naik bas bersama pelajar-pelajar.
Tapi kalini untuk keselamatan kandungan saya, saya dan ayah damia naik kereta.
Manakala both Damias, guru2 dan pelajar2 naik bas.


Ready to check-in dalam dorm pelajar-pelajar lelaki dan perempuan.
Manakala guru-guru dan keluarga saya duduk dalam chalet.
Dan semestinyalah chalet saya adalah yang paling dekat sekali dengan dewan aktiviti dan tempat makan. Hihi..



Saya bersama guru-guru dan sebahagian pelajar2 SPM.
Saya di usia kandungan 35 weeks..
Gigih demi pelajar-pelajar saya.




Sementara tunggu urusan check-in selesai, apa lagi...masa untuk bergambar lah.
Depan kolam renang wajib posing2 hokey..
Tak sabar ni diaorg nak terjun tiruk dalam kolam tu..


Bacaan ikrar oleh para pelajar yang diketuai oleh Cikgu Rahman


Aktiviti LDK 1 bermula selepas solat Jumaat di Kampung Sedili.
Oh ya Aleesya dan Ayyunie peserta termuda dalam kem ni.
Yang lain2 adalah pelajar UPSR, PT3 dan SPM.


Lepas asar pula ada aktiviti LDK dalam tasik.


Woww..aktiviti yang paling ditunggu2 oleh pelajar walaupun ada yang takut2 jatuh dalam tasik.


Haha...memang ada yang jatuh pun...


Dah selesai semua aktiviti dalam tasik, apa lagi...terjun tiruk lah semua..
Ya Allah, cantiknya pemandangan kan..
Hurmm...saya banyak berehat dalam bilik je kali ni..
Sekali sekala je keluar pantau aktiviti pelajar..


Lepas solat maghrib berjemaah, malam malam yokkk..
Menu pun sedap2..
Makan kat sini mana tak pernah sedap..


Lepas tu sesi cuci kolam jiwa dan perkongsian.
Ni saya yang handle.
Alhamdulillah, lepas sesi ni, banyak pelajar2 yang dah berubah ke arah positif..


Khusyuk masing2 dengar saya mengendalikan ceramah ni.


Jam 12 malam pula, ada campfire.
Fuhhh menjadi cantik je api tahun ni.
Al-maklumlah, semua disediakan oleh pihak resort.
Kalau tak sebelum ni susah sungguh nak hidupkan api tu.


Sesi cungkil bakat dalam campfire.
Alhamdulillah, tahun ni komitmen pelajar terbaik.
Sebelum2 ni jam 3-4 pagi baru selesai.
Ni jam 2 pagi dah selesai semua.
Syukur..
Moga2 pelajar2 belajar sesuatu yang bermakna dalam sesi campfire ni..


Keesokan paginya..
Sesi senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Nurul pula..


Lepas tu sambung LDK lagi..
Ni bermain bola menggunakan kain pelikat/batik.
Ada pengajarannya ni.
Oh ya sebelum tu ada LDK Spider Web ya..


Group Ayyunie...
Juara keseluruhan ni ok..


LDK paling mencabar..
Membina sampan menggunakan barang2 yang dipilih oleh kumpulan masing2..
Material adalah berbeza2 mengikut pilihan kumpulan masing2.
Masa ni lah konsep fizik dan sains diterapkan.


Fikir-fikir strategi


Ok..masa untuk menilai sampan siapa paling kalis air dan terbaik.


Caiyokkk caiyokk


Our Hero!
Selaku Pengetua Pusat Bahasa Pelangi..


Ada pertandingan kayak juga..


Lepas dah siap LDK semua, masing2 bersihkan diri dan turun makan lunch pula..
Tengoklah lauk2 yang menyelerakan tu..


Buah-buah dan air yang tak pernah putus hidangannya.


Acara penyampaian hadiah dan bergambar secara berkumpulan.


Bergambar dengan pelajar-pelajar SPM..


Yeahhh...tamat sudah dengan jayanya Kem Jati Diri 2016..


Cantik sangat pemandangan sini..
Macam kat Bali..


Alhamdulillah..
Ada ruang dan peluang, kita buat lagi..




























Wednesday, May 11, 2016

Berebut kasih sayang setelah 3 hari tak jumpa || Tahniah ayah damia..


Anak-anak berebut kasih sayang si ayah setelah 3 hari tak jumpa..
Haishhh....baby DM dalam perut pun bukan main aktif lagi dengar suara si ayah..
Pun dah pandai berebut kasih sayang juga tu...;-)


Tahniah ayah damia..
Mendapat sijil pertauliahan biskaunselor dari Agensi INSKEN...
Insyallah..lepas ni ada rezeki boleh upgrade jadi Coach pula ya..;-)


Business Facilitator Training Programme
Yang diadakan di Suria City Hotel, JB..
Dari 7 - 9 Mei 2016


Ayah damia bersama Coach Norlukmal Mat Ghani


Wahhh ini orang hebat..
Ayah damia bersama Coach Dr Tengku Naufal..

p/s: Sepanjang 3 hari ayah damia tak ada, bukan main lagi dok berdoa agar baby DM jangan keluar lagi..Hihi...



Monday, May 9, 2016

Organic & Natural Baby Bath/Wash Product

Siapa ada pengalaman guna Organic & Natural Baby Wash/ Bath Products?

Yang mana ok ya? Ok disini maksudnya yang sesuai digunakan oleh Newborn yang mempunyai kulit normal. Tak sensitif, tak ada Enczema atau apa2 penyakit kulit lain. Means untuk kegunaan harian from Top to toe.

Ntah kenapa pula untuk baby DM kalini nak gunakan produk2 mandian yang organic dan natural. Natural remedy lah katanya. Hihi.. Mungkin dulu kurang ilmu pasal ni, sekarang dah berilmu sikit..:-)

Aleesya dan Ayyunie pun membesar dengan produk2 Anakku je dulu. Carrie junior adalah sekali sekala. Alhamdulillah ok je. Cuma Ayyunie tu lah kulit sensitif sikit. Kena gigit nyamuk sikit je, tapi merebak2 merahnya. Kalau ada kudis sikit, pantang garu, berdarah pula. So Doktor suggest guna sabun Sebamed tu.

Sejak menang contest barangan Johnsons stok selama 2 tahun pula, hurmmm.. Memang dah jarang sangat beli product2 baby ni. Gunalah apa yang ada tu since both Damias pun dah besar. Sampai sekarang pun tak habis guna product2 yang menang tu. Siap kena buang 1 plastik sebab dah expired dated tau! Tu banyak yang dah sedekah dan jual. Masih banyak lagi kat rumah ni. Huhu..

Oklah, jom tengok Natural dan Organic baby product yang sempat saya kaji.. (Kajilah sangat.. Muahaha)


Berkenan products Joielle ni sebab cantiknya botol2 dia. Wangi pula tu. Haishh ni silap2 ibu ayah yang tumpang guna sekali ni..banyak jumpa kat kedai2 jual barangan baby sahaja product2 ni. Online pun ada macam Lazada dan website Joielle ni..
Product Buds ni pula banyak mendapat rekomen dari ahli2 Farmasi dan jurujual kat kedai2 jual barangan baby tu. Kata mereka products ni memang mendapat pengiktirafan Antarabangsa. Aritu saya masuk kat sebuah kedai jual barangan baby kat Taman U ni pun, jurujual tu suggest guna product ni. Dia kata memang berbaloi dan berkesan.


Saya tahu pasal product Tropika ni pun melalui pembacaan saya dalam Majalah2 bayi dan ibu. Tak silap saya Che Ta dutanya. Ramai kata yang Lavender tu best sangat baunya! Krim Telon dia pun ok. Tak panas sangat. Eh kat rumah saya dah banyak beli minyak telon ni. Semua dari Indonesia. Hihi..


Product Baby Organix ni pula saya tahu masa ternampak kat IG artis mana dah. Daphnieking tak silap (nanti kena check balik). Katanya memang sesuai sangat utk newborn ni. Tapi saya macam tak pernah jumpa pun kat mana2 kedai baby. Tak terperasan kot!


Pigeon Sakura pula saya tahu masa survey2 natural product kat Aeon je. Katanya sesuai untuk newborn. Yang penting bebas dari Paraben (banyak product baby ada Paraben). 

So ibu-ibu sekalian, yang mana pilihan kalian. Saya dalam dilema ni nak buat keputusan nak beli yang mana. Alaaaa, mesti uolss cakap sabun baby je kot. Tapi dia punya kusut nak beli yang mana, setiap malam termimpi2. Haha... Dasyat sungguh! 

Please advice me!

P/s: Untuk kegunaan saya sendiri saya guna Essential Oil Living Young, Virgin Coconut Oil Living Active dan set mandian Body Shop!




Sunday, May 8, 2016

Selamat Hari Ibu..... Mak dan Che...

Selamat Hari Ibu.....Makkk..
Selamat Hari Ibu.....Che (MIL)...

Walaupun mata berjauhan, tapi kita tetap dekat dihatikan..

Nak-nak Ayu tengah tunggu hari nak bersalin macam ni..
Mak dan Che telefon sokmo tanya
"Sakit perut doh ko? Nok beranok doh ko? Sakit perut royak selalu tuh, Mak ngan Che gi Johor selalu'..

Sob sob sob..terharunya..



Rindu nak ber-SPA dan shopping dengan mak..


Rindu nak holiday dan makan-makan dengan Che...

Ya Allah, ENGKAU panjangkanlah umur mereka dan ampunkanlah dosa-dosa mereka..
Aaaaminn..

Thursday, May 5, 2016

Penganjur Peraduan yang memahami..


Contest organizer yang sangat memahami. Kita nak hantar suami kita sebagai wakil ambil cek kemenangan masa Prize Giving Ceremony nanti, tapi pihak organizer volunteer nak bank in kan. Katanya special arrangement.

Alhamdulillah..
Allah memudahkan cara..
Jimat masa, jimat kos dan paling penting, tak ada risiko kelahiran di tengah highway Utara-Selatan.

Rezeki baby DM ni....
Syukur...

Wednesday, May 4, 2016

Check up 36 weeks



 Harini check up 36 weeks dah..
Kejap je masa berlalu..
Baby dalam perut pun Doktor cakap makin besar..
Dah 3.2kg...
Fuhh...nak tunggu sampai EDD, berapalah agaknya berat baby ni ya..

Doktor cakap tadi lagi 10 hari baby dah matang dan selamat kalau dilahirkan...
Next check up lagi 2 minggu..
Kalau berat baby lebih dari 3.7kg, doktor nak induce dan bersalin normal..
Bukan apa takut kalau tunggu sampai due date lagi 4 minggu, berat baby mencecah 4kg..

Apa-apa pun saya berserah bulat-bulat kepada Allah.
Saya selalu doakan agar saya bersalin normal dan secara semulajadi..
Aleesya dulu normal + semulajadi, Ayyunie pula normal + induce sebab dah lebih EDD..
So harapnya kalini Allah permudahkan saya bersalin normal dan semulajadi lah..
Dari buka 1 cm, alih2 dah nampak kepala baby keluar..
Ya Allah, permudahkankan lah... 
Kawan2 doakan saya juga ya..
Aaaamminn.




Warna-warna kegemaran sekarang...
Eh! Pink pun forever suka ok..
Mau tak suka...warna-warna kebahagiaan selama 9 tahun tu...hihi...

Tuesday, May 3, 2016

Peperiksaan Pertengahan Tahun dah bermula....

Syhhhhh..
Diam semua... Peperiksaan sedang dijalankan..

Semalam (Isnin - 2 Mei 2016) merupakan hari pertama Peperiksaan Pertengahan Tahun di Pusat Bahasa dan Tuisyen Pelangi.

Gigih sungguh ayah damia snap gambar masing2 nak bagi mak ayah tengok gelagat anak masing2 dalam group Whatapps. Mak ayah masing2 pula teruja hah tengok gaya anak masing2 jawab periksa. Macam first time ambil periksa pula kan..

Good luck untuk semua 90 pelajar malam tadi. 
Kita sambung jawab periksa petang dan malam ni pula ya.














Monday, May 2, 2016

Idea-idea dekorasi buaian berendoi

Wahhh...cantik-cantik semuanya dekorasi buaian berendoi ni..
Boleh bagi inspirasi dan juga idea-idea kepada siapa-siapa yang nak buat pilihan untuk majlis Akikah dan buaian berendoi nanti. Ni pun saya slow-slow saja-saja survey untuk Majlis Akikah nanti. Hihi..
Geram tengok semua comel-comel. Harga sewa buaian berendoi ni bermula dari RM350 hingga ribuan ringgit lah kebiasaanya. Tengok budget dan tengok apa yang kita nak.

Sumber gambar dari: Buaian Berendoi everythingSF