Wednesday, March 4, 2015

Seminar Celik Minda Usahawan Wanita -U Boleh di Johor

Alhamdulillah.
Seminar Celik Minda Usahawan Wanita - U Boleh di Johor berakhir dengan jayanya semalam.
Saya pun sehabis baik berkongsi akan tips2 business yang saya mampu dan tahu melalui pengalaman2 yang saya dapat sepanjang terlibat dalam business ni.

Ok lah, jok kita tengok gambar sambil bercerita ya.


Dari jauh lagi dah nampak gambar muka saya dibanner.
Sampaikan anak2 saya teruja siap cakap dalam kereta 
"ibu, ibu tu kan ibu, kenapa ibu ada kat situ, pelik kan"... 
...hihi.. 
Tapi sekejap je mereka bersama saya disitu, lepas tu staff saya pula datang ambil mereka bawa main2 di Mc'D dan terus ke sekolah masing2. Sokongan daripada anak2 ni membuatkan saya lebih kuat untuk sharing bersama peserta2 semua.


Banner yang digantung di luar bangunan EDC, Johor.


Saya yang menunggu diluar sementara menunggu slot saya untuk memberi ceramah.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dan maka sesi sharing saya pun bermula.


Alhamdulillah..feed back dari reaksi muka peserta nampaknya semakin berminat dengan cerita2 saya.


Bukan sekadar cerita, tapi ada tips juga.


Bila dah dapat tips, kalian kena bertindak segera.


Agar ilmu yang dapat tersemat didada dan tidak sia-sia.


Semoga sharing saya dapat menjadi pencetus inspirasi kepada semua.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Dan jom pula kita tengok wajah-wajah usahawanita dan bakal2 usahawanita yang bersemangat waja dalam bidang business pula.


Pelbagai peringkat usia ada.


Ada antara mereka yang saya kenal sebab pernah jumpa mana2, ada antara mereka sahabat FB saya dan ada antara mereka pelanggan CocoDamia sendiri.


SYUKUR kerana Allah menganugerahkan Ilmu dan Pengalaman kepada saya untuk berkongsi dengan orang lain pula.

Sampai masanya tamat sudah sharing saya.
Tapi ada dengar peserta kata
"kalau dengar talk macam ni, sampai pukul 4 pun tak pe".
Alhamdulillah.. at least saya tau sharing saya berjaya memikat hati peserta walaupun mungkin tak semua.
Ramai yang teruja nak tahu macam mana nak eksport produk ke luar negara sebenarnya.


Bersedia untuk Majlis Perasmian Penutup pula oleh wakil Jabatan Pembangunan Wanita.
Yang hujung sekali adalah Puan Nurul dari EDC sendiri.


Majlis Perasmian Penutup


Terima kasih Jabatan Pembangunan Wanita yang bagi saya hadiah yang lembut bak sutera ;-)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dan diakhir program...
Serius! Ini memang Serius..
Umpama celebriti sudaaaaa..
Sana sini datang meminta mengambil gambar bersama saya.
Tak putus-putus..
Rata2 katanya nak ambil aura saya.


 Ya Allah, jika benar auraku ini adalah untuk dikongsi bersama mereka2 yang memang berhajat dan beriltizam untuk menjadi lebih berjaya dari saya, Engkau permudahkanlah usaha mereka. Sesungguhnya kekuasaanMU tiada had batasnya. Terima Kasih Ya Allah.


Ada tu dari tempat saya sendiri, Taman Universiti.


Ada yang datang dari jauh.


Ada tu siap sampaikan salam kawan2 yang tak dapat. Allahurabbi...


Dan yang pasti, Allah juga yang berhak ke atas ilmu, pengalaman serta tutur kata saya pada hari itu.
Tanpa izinNya tak mungkin semua berjalan lancar.
Yang baik dari Allah
Yang lemah itu dari saya sendiri.


Dan macam biasa, wajib ada makan-makan kan.
Alhamdulillah... best Nasi Beriani ni.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dan saya turut meminta feedback dari yang mendengar sharing saya.
Agar saya tidak tersasar dari objektif program.
Serta dapat memperbaiki lagi kelemahan saya akan datang.


Feedback dari JPW Johor.
Alhamdulillah.


Feedback dari kenalan FB dan pernah beberapa kali membeli Coklat IQ CocoDamia.
Syukur Alhamdulillah.
Tak sangka sampai 20 tips tu..


Dan feedback dari usahawan yang saya tidak kenal walaupun berada dalam 1 group whatapps.
Alhamdulillah.

Insyaallah, next time kita sharing lagi ya.

Terima Kasih Ya Allah.

P/s: Tahniah pelajar2 SPM batch 97 terutama yang pernah belajar di Pusat Bahasa Pelangi. 










:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, March 3, 2015

Hari ini saya sebagai Ikon dan Penceramah Seminar...


Seminar apa?
Seminar Celik Minda Usahawan Wanita - U Boleh 2015!
Saya kongsikan poster yang telah diwar-warkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita Johor ini sejak kelmarin.


Minggu lepas, masa saya dapat panggilan yang saya shorlisted sebagai Penceramah Seminar ni, saya boleh sebolehnya bagitau mungkin ada usahawan wanita lain yang lebih layak berbanding saya. Tapi pihak JPW kata saya hanya shorlisted sahaja dan akan dibuat tapisan lagi. Sekali lagi saya menerima panggilan yang kalini confirm Saya dijemput sebagai Penceramah Seminar dan akan dijemput secara rasmi melalui email. Allahurabbi..

Lepas dah baca email tu, Subhanallah...takutnya saya dengan gelaran "Ikon" tu. Saya ni masih tak layak sebenarnya dan masih berusaha ke arah itu. Ramai lagi usahanita lain yang lebih layak, lebih senior dan lebih berani daripada saya.

Sebab saya ni masih ikan bilis lagi. Bukan ikan jerung pun dalam business2 ni. Masih banyak yang perlu saya timba pengalaman dan juga belajar agar setanding dengan mereka yang layak diluar sana.

Namun, ada sebab mengapa Allah telah memilih saya melalui JPW. Maka akan saya cuba pikul amanah ini dan berkongsi sebaik mungkin sesi ini.

Kalau sebelum ini saya lebih sharing ilmu business bersama pelajar2 U, pelajar2 kolej dan ibu2 tunggal, tapi kalini lebih mencabar kerana dapat sharing ilmu dengan usahawanita2 dan bakal2 usahawanita2.

" Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir birohmatikaya arhamarrohimim"

" Ya Allah permudahkanlah, jangan dipersulitkan dan Engkau akhirkan dengan kebaikan"

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita pada harinin, keesokan hari dan hari2 yang seterusnya serta menjadikan kita hambaNya yang sentiasa bersyukur dan bermuhasabah.


Ni saya dapat info bahawa Seminar yang sama iaitu Seminar Celik Minda Usahawan Wanita - U Boleh 2015 di Selangor, penceramah seminarnya ialah Dato Seri Vida.


Saya kena ambil aura keyakinan dan kebolehan Dato Seri Vida ni.


Ni pula seminar yang sama U Boleh 2015 di Kedah. Puan Rozita pengasas Sendayu Tinggi sebagai penceramah seminarnya. 

Allahurabbi.. Hebat2 mereka ni. Terasa kerdilnya saya...:-)

Insyallah, semoga sharing yang akan saya sampaikan hari ini dapat menambah nilai dan berkongsi manfaat kepada para pendengar semua. 












Monday, March 2, 2015

Makan ais krim nyor dan ais krim pauh di Wakaf Bharu


Lepas balik dari makan besar disini, adik ipar saya terus membawa kami konvoi ke Wakaf Bharu pula untuk menikmati dessert yang tengah trending sekarang ni. Walaupun perut dah kenyang amat sebenarnya, namun bila difikirkan semula, bukannya selalu semua dapat berkumpul macam ni kan. So semua sekali konvoi ramai2 pergi.


Menu istimewa disini adalah ais krim Nyor iaitu ais krim kelapa.
Sebelum ni saya pernah makan ais krim kelapa di Krabi, tapi tak lah sehavoc sebegini deconya.
Dan saya pun pernah nampak di Bazar Karat JB, tapi ntah kenapa masa tu tak terliur pun nak makan.
Mungkin kadang-kadang faktor mendeco makanan tu boleh mempengaruhi kita nak makan ke tak kan.

Dekat bawah ais krim tu ada pulut dan isi kelapa. Tak sangka kombinasi sebegitu sedap rupanya.
Harus cuba kat rumah ni kan.
Haha..

Oh ya harga RM5.00 untuk sebiji macam ni.



Ni pula ais krim pauh.
Ais krim mangga lah tu.
Simple je cara penyediaanya.
Tapi sebab jarang2 jumpa, so weols try lah juga.
Mmmmmmmmm.... mangga masam.
Mujur ais krim mangga tu manis boleh cover kemasaman buah mangga tu.
Ni pun harga RM5.00 semangkuk.


Ni pula mee cambo.
Ni macam mee celup rasanya, cuma ada macam2 lauk moden seperti hot dog, crab stick dan lain-lain.
Saya tak makan ni, tapi ayah damia cakap sedap lah juga.
Harga tak pasti pula berapa sebab makan2 dessert kalini adik ipar saya yang belanja.


Ni semua adik2 ipar saya hokey.
Kecuali yang hujung tu anak sedara.
Havoc kami makan semeja.
Kiki..


Awwww, nampak sado pula lengan saya tu ya.
Saya kurus hokeyy..kurus..
Sila jangan mudah terpengaruh dengan baju yang saya pakai dan juga angle kamera yang ntah apa2 ni.
Kikikiki...


Disebabkan kami semua dah kekenyangan, tidak lah kami order sorang satu ais krim ni.
Kami share-share le.
Aleesya share dengan saya dan ayah damia.
1 Ais krim nyor, 1 ais krim pauh.
Pun tak habis juga.
Aleesya awal2 lagi dah sound dalam kereta 'kakak dah kenyang lah ibu, esok2 lah kita makan ais krim"..kiki
Agak2 ada org kisah? Haha


Tu bapa mertua saya makan bersama adik ipar dan biras saya. 
Ayyunie makan sebelah adik ipar saya.
Bestlah Ayyunie, ramai yang melayannya.
Adik ipar saya ni lah yang belanja kami semua dessert.
Tq Ilah, semoga dipermudahkan rezeki lagi.
Tahniah juga sebab dah naik rumah baru raya cina ni.


Sebelum pulang, bergambar beramai-ramai.

Insyallah, ada peluang dan rezeki next time, kita reunion lagi.







Sunday, March 1, 2015

Menunggang kuda di UTM

Dari minggu ke minggu tunda nak bawa both Damias naik kuda, tapi asyik delay je. Alhamdulillah, petang semalam akhirnya dapat juga Ayyunie naik kuda.

Ntah tengok cerita apa ada suatu hari tu, tetiba Ayyunie tanya saya, "ibu, budak kecik boleh naik kuda ke?".. Tu yang bersungguh Ayyunie nak naik kuda.

Aleesya mula2 excited juga nak naik kuda, tapi pabila kuda dah depan mata, dia takut pula dah. Alahai Aleesya..

Kami pilih Equestrian Club UTM untuk bawa Ayyunie naik kuda.


Jenuhnya pakcik tu nak mengangkat Ayyunie ke tempat duduk kuda tu.


Dari mimim muda pakcik tu dah tau Ayyunie ni berat ke ringan. Hihi..


Hah, boleh pun duduk atas tu. 


Mula2 muka cuak habis dapat naik kuda..


Set, ready, go...


Kami jadi pemerhati je lah.. Layan budak excited nak naik kuda.


Bawa pusing 1 round. 


Sukalah tu dapat naik kuda. Yanv bestnya kuda2 ni ada yang siap berhenti minum air dalam baldi, ada yang berhenti sekejap berak dan lain2.


Hah tu muka dah senyum. Happy akhirnya dapat naik kuda ya.


Dah habis 1 roud. Ramai lagi yang beratur nak naik kuda ni.


Dah nak turun.


Ayyunie siap cakap "nanti kita datang lagi boleh ibu?".. Hihi..


Ok dah. Jom ikut ibu dan ayah pergi office kejap. Ada parent telefon nak daftar tuisyen pula.


Ibu bangga dengan Ayyunie kerana berani. Ayyunie ni memang suka explore benda2 dan permainan2 baru. Tu yang bagus kerana dapat memberi pengalaman seawal usia.

Selamat berhujung minggu semua! 











Friday, February 27, 2015

Pernan dengar nama buah TAR?


Pernah dengar nama buah tar?
Buah yang hampir sama dengan buah kelapa.

Mak mertua saya cakap ais krim kat atas tu bukan dalam buah kelapa, tapi dalam buah tar. Sebab tu senang nak potong bahagian atas tu sebab lembut. 

Ntah, saya pun tak pernah dengar nama buah tar. Uols tahu ke buah tu?

Kat kampung2 banyak kata ayah damia. Tapi dulu2 lah. Sekarang macam susah je nak jumpa buah tu.

UPDATED

Ok, dah ada kawan bagitau saya di FB yang nama buah tu adalah buah TAL..buah kelapa laut katanya. TQ friends.