Friday, October 18, 2013

Raikan Cinta Hati yang ke 6 tahun


Balik sekolah semalam baru sempat raikan bersama. Just simple celebration asalkan Aleesya tahu yang kami semua sayang dan ingat birthday dia. Kami pilih SDS Cafe utk raikannya sambil dinner terus. Dan tempah kek utk celebrate dengan kawan2nya kat school pula harini.


Just slices of cake. Cukuplah tu utk aleesya dan ayyunie makan. Janji dia happy dapat tiup lilin 6 batang tu.


Sudah!!! Si adik pun nak tiup jugak ni hah. Layanzz..


Ayah damia tak ada semalam sebab dia ada kelas petang sampai malam. So ganti ayah Mi both Damias lah ya.


Taraaaa.. Suprised dari seorang ayah utk anak daranya. Wahh suka Aleesya dapat hadiah ni.


Pusing2 punat, nanti ada gugurl dok dancing2.. Hihi.. Music Box!!! Terasa yg Aleesya dah makin besar dapat hadiah macam ni. Awal2 dah masukkan jeweleries dan aksesori make up yg kecik2 dalam box ni. Sesuai sangatlah dapat hadiah ni kan.


Goodies utk kawan2 dan teachers tadika Aleesya. Siap bekalkan Coklat IQ sorang satu lagi dalam goodies bag tu. Muslim or non muslim, all can eat!


Dan setelah sekian lama, baru bawa keluar kamera samsung saya ni. Tak sampai 5 kali pun saya guna kamera ni sepanjang saya memilikinya. Dan harini saya keluarkan dari dry box utk cikgu kelas Aleesya guna snap2 gambar birthday celebration nanti. So sad saya tak dapat join sekali sebab bizi beli barang dan tempah itu ini utk Majlis kenduri kesyukuran esok. Hope Aleesya happy dengan rakan2 sekelasnya serta cikgu2nya.

P/s: Lupa pula nak snap gambar kek, harapnya cikgu Aleesya adalah snap gambar kek ya..

P/s: Ayyunie pun sibuk juga nak bawa goodies gi sekolah dia. Dia memang birthday org birthday dia juga. Haha.. Layannzzzz..

P/s: Esok OT kat kilang sebab nak kejar target production 30 katon ke atas coklat IQ utk dibawa ke event MICCOS minggu depan. Alahai, bersimbung pulak majlis Konvokesyen Aleesya ngan event ni. Dah lah tok ma, tok ayah, dan mak saudara serta ayah saudara both damias berkumpul kat KL next week sempena Konvokesyen adik ayah damia. Hopefully ada jalan penyelesaian terbaik utk kami!







Bunting dan flyers CocoDamia berwajah baru


Bunting yang menerangkan setiap khasiat bagi setiap isi kandungan yang terdapat dalam Coklat IQ-CocoDamia. Dan para stokis dan pengedar berhak menggunakan bunting ini samada untuk promosi di alam maya atau di premis masing-masing.


Flyers yang berwajah baru juga.

Insyallah semoga sama-sama kita sebagai pembeli atau penjual mahupun pengeluar CocoDamia bersama-sama dapat menambah nilai kepada orang sekeliling kita terutamanya orang tersayang.

Dan Alhamdulillah, saban hari, semakin ramai yang menjadi rakan niaga CocoDamia samada stokis mahupun pengedar. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan stokis dan pengedar masing-masing, bolehlah layari fanpages: coklat iq untuk gambar2 terkini, info2 terbaru dan juga event2 yang akan team CocoDamia terlibat sama. 

Sesungguhnya Usaha untuk kebaikan adalah milik kita, dan Rezeki yang melimpah ruah jua daripadaNYA.

Tazkirah Jumaat:

" KITA MENILAI DIRI SENDIRI BERDASARKAN APA YANG MAMPU KITA BUAT, ORANG LAIN MENILAI BERDASARKAN APA YANG TELAH KITA BUAT, NAMUN ALLAH MENILAI BERDASARKAN KEIKHLASAN DAN ISTIQAMAH KITA PADA AMALAN WALAUPUN HANYA SEKELUMIT"

Thursday, October 17, 2013

6 tahun sudah berlalu....

..... Namun terasa bagai semalam melahirkannya. Masih terbayang2 dalam ingatan bagaimana si kecil yang lahir seberat 2.6 kg pada awal subuh 17hb october 6 tahun yang lalu, suci, bersih dan tak banyak kerenah. Tatkala bayi lain berjaga malam, tapi Aleesya sangat lena diulit mimpi malam. Langsung tidak menyusahkan ibu ayah utk menjagamu pada waktu malam. Tatkala bayi lain meraung kuat untuk meminta susu, tapi Aleesya hanya merengek-rengek manja sahaja utk disusukan. Sungguh indah dan manis mengenangkan zaman-zaman bayi aleesya dulu. Dirimu sentiasa dihias bak puteri, sentiasa dilayan umpama puteri dan semoga dirimu baik hati dan akhlak secantik seorang puteri bistari.



3D || Cloudy with a chance of meatballs 2

Dikesempatan cuti-cuti di Kuala Lumpur ahad lepas, sempat lagi kami sekeluarga tgk movie di KLCC. Jalan kaki dari hotel ke KLCC. Nasib baik tak semput. Around 15 minit juga jalan kaki.

Sampai2 jer KLCC, terjumpa beberapa org yg familiar. Ada tu terjumpa comper, tapi teragak2 saya nak tegur sebab takut salah orang. Masa beratut nak beli tiket movie, Que Haidar dan kawan2nya tgh beli tiket kat depan. Lepas habis tgk movie, terjumpa pulak pelakon veteran dalam filem "Adik manja return" tu dengan anak2nya may be. Siapa erkk namanya, Dharma tak silap.. Ingat2 lupa.. Hihi


Filem yang menjadi pilihan kami. Kami tgk dalam versi 3D. Both Damias pun teruja juga tgk kartun warna warni ni..


Oh ya Uncle both Damias pula tgk filem Gravity. Org tak ada anak, mana nak layan citer kartun macam kami kan.. Hik hik. Total bayaran 2 dewasa dan 2 kanak2 tgk movie ni dalam 3D adalah RM72. 


Bayaran tu termasuklah harga 4 cermin mata ni. Puas hati sebab citer ni sangat best! Saya bagi 4.5 bintang daripada 5 bintang. Cerita mudah difaham, gambar2 semua cantik dan colourful dan Aleesya cakap macam nak ambil semua makanan dalam cermin mata 3D tu. All looks alive!


Dapat juga buku aktiviti ni. Ada colouring, puzzle dan macam2 aktiviti dalam buku ni.


Ni sinopsis cerita ni. Kisah seorang saintis muda yang telah diperalatkan oleh seorang saintis pujaannya utk kepentingan dirinya sendiri. Dan saya paling teruja melihat gambar-gambar "food-animals" dalam pulaunya tersendiri. 

Nak tengok best ke tak filem ni, tgk trailer filem ni kat YouTube dulu. Memang best. Sesuai sangat bawa anak2 menonton Filem ni.



Wednesday, October 16, 2013

Masak, masak dan masak lagi sempena Aidiladha 2013

Salam Aidiladha untuk semua muslimin dan muslimat. Tidak kira dimana dan macam mana sekalipun kita menyambutnya, yang penting penuh dengan kesyukuran dalam kesederhanaan.

Cuti-cuti di Melaka dan Kuala Lumpur menyebabkan kami sekeluarga tiba di jB malam raya tepat jam 10:30 malam. Bertolah dari Putrajaya hari yg sama jam 7 malam selepas berjumpa dengan blogger Fiza Naman utk mengambil barang yang dikirim beli berbulan lamanya..:)

Sampai2 jer di JB, singgah di pasar mini utk membeli keperluan masak rendang dan juga kuah kacang. Ketupat daun palas dan ketupat tradisional alhamdulillah otw ke KidZania nampak ramai penjual menjual termasuk lemang di tepi jalan. Apa lagi borong siap2 utk santapan di hari Aidiladha semalam. Tepat jam 12:15 pagi baru siap masak semuanya. Walaupun mata penat, tapi gigihkan jua masak dan terus masak.


Di pagi Aidiladha semalam. Saya merasmikan selendang yang saya beli Di Mekah tempohari. Dengan sehelai Jubah ulang tayang yang saya beli di Mekah jua. Ambil berkat dari SANA harapannya semoga saya dapat menjejakkan kai lagi ke SANA.


Kami sekeluarga memang dah biasa Raya Korban di JB. So masjid yang memang kami akan sentiasa kunjungi tak kira bila sekali pun adalah Masjid Jamek Taman Universiti. 


Alhamdulillah, semalam kami ke Masjid awal iaitu jam 7:35 pagi. Parking pun banyak lagi kosong di dalam dan  ruang solat pun masih banyak dihadapan. Walaupun malam raya tu tidur jam 3 pagi, namun tetap bersemangat bangun awal pagi.


Balik jer dari Masjid, terus makan. Dan inilah santapan ringkas daripada kami sekeluarga.


Tengahari pula saya masak sambal udang utk BIL saya yahg turut sama beraya di rumah saya. Kesian dia first time beraya di Perantauan. 


Lepas tu petang saya masak "Longan Carrageena Pudding" utk santapan petang di hari raya. Wahhh laku ya pudding ni kat rumah saya..:)


Walaupun tahun ini ayah damia melaksanakan ibadah korban di kelantan, namun kami tidak balik ke kampung. Ya lah harini kan dah mula bekerja macam biasa. Tapi Allah bagi juga kami rasa daging Korban. Terima kasih hamba Allah yang bagi kami daging Korban ni. Bukan jiran, bukan kenalan yang bagi kat kami. Tapi saya pernah beberapa kali berurusan dengan beliau berkaitan katering..:). Kat jam 6 petang beliau bagi kat kami. Apa lagi bagai mengantuk disorong bantal, terus saya buat persediaan utk makan malam.


Saya perap kejap dan buat daging bakar.


Lepas tu goreng basah2 pula daging tu.


Dan dimakan bersama budu dengan nasi panas-panas. Ya Allah, memang masing berselera makan. Ya lah dah seharian pekena rendang ayam dan sambal kacang kan.


Yanv paling penting tektur dan rasa daging fresh ni sangatlah sempurna. Terima Kasih Ya Allah atas rezekiMu melalui hamba Allah ini. Merasa juga kami daging Korban. Alhamdulillah. 

Dan begitulah cerita AidilAdha kami tahun ini. Sambil beraya sempat jua meluangkan masa bersama both Damias buat ulangkaji pelajaran. Ya lah diaorg tgh final exam minggu ni. Isnin haritu ponteng exam matematik. So postponed ke harini atau esok rasanya. Semoga Both damias bersemangat baru utk menjawab final exam nanti setelah 3 hari cuti2.

P/S: Malam tadi,kami dah nak masuk tidur dah, alih2 my ex-student call nak bagi daging Korban katanya. Otw dari kampung terus singgah rumah saya bagi daging korban. Terima kasih Afiq. Terima Kasih Ya Allah. Semoga Aidiladha tahun ini dan tahun2 akan datang mengajar kita erti Wasatiah dan bersyukur dengan penuh kenikmatan. Amin amin..










Monday, October 14, 2013

Currently at KIDZANIA..

Have fun uolss.. Bukan anak2 jer happy ni, ibu ayah pun teruja juga..


Dah tukar duit kat CIMB, meneliti map mana nak explore dulu ni..


Suka suka suka Ayyunie explore macam2 dalam ni. Aleesya ikut mood. Konon semua nak masuk bersama ngan adik. Tapi tak semua aktiviti budak 4 dan 6 tahun boleh buat benda sama.


Malam tadi jumpa beberapa org artis kat KLCC, ni TERjumpa juga retis blogger. Hihi.. Nanti details dengan gambar2 DSLR ya..

Sunday, October 13, 2013

Forget WORK, let's ENJOY!


Petang semalam sampai sini!!! Yeehaaaa!!! Yabedabedoooo!!! Forget WORK, let's ENJOY!


Malamnya keluar cari makan. Unik sungguh Restoran ni. Klasik dan macam filem zaman dulu2 punya stall. Dekat jer dengan hotel kami ni..


Currently tgh makan!!! Lepas ni main slide sampai lebam lagi sebelum sambung holiday ke next destinastion!!!

P/s: Walaupun Raya Haji tahun ni ayah damia Korban di kampung, tapi kami tak balik. Insyallah kami akan berjumpa family di KL masa my SIL konvo nanti.


Friday, October 11, 2013

Masin mulut ibu nak bawa Aleesya pergi Kidzania!!!


Baru jer collect tiket ni kat pos office kejap tadi. Org lain dah dapat hari selasa dan rabu lepas. Tapi disebabkan saya guna alamat rumah dan tak ada org pula nak collect, makanya tunggu lah saya ada masa nak mengambilnya di pos office ya sebab ni guna surat berdaftar. Nasib baik dekat jer kat Taman U ni amik.


Mungkin dah ketentuan Illahi, Allah bagi saya menang tiket ke kidzania. Walhal kalau menang ke Disneyland USA, sure lompat2 bintang punya kan. Hihi.. Tak pe setiap yg berlaku kan ada hikmahnya.

Al-kisahnya, masa hari ahad lepas kan saya kat Karnival "Satu Daerah Satu Industri".. Pastu borak2 ngan Aleesya nanti lepas exam nak gi mana? Kebetulan pula hari last exam tu jatuh hari Birthday Aleesya.. Aleesya cakap nak gi USS.. Saya cakap kan baru pergi, tahun depan lah gi USS lagi. Ntah cam mana terpacul mulut saya cakap nak bawa Aleesya gi Kidzania lah. 

Lepas tu Aleesya pun tanya Kidzania tu apa? Saya pun google lah gambar2 dan sambil tunjuk gambar saya terangkan Kidzania ada apa. Nampak seronoklah Aleesya kan.

Sekali Isnin tengahari keesokannya ada kawan tag saya menang contest Oreo ni. Menang tiket Kidzania pula tu. Memang dah ditakdirkan apa yg kami borak2 malam tu dah jadi kenyataan. Patutnya cakap lepas exam nak bawa Aleesya gi USA ya tak? Baru menang hadiah Grand Prize.. Haha.. Apa2 pun syukur setakat mana yang Allah nak bagi rezeki kepada kita. Hak DIA kan..

Yang tak bestnya tarikh duedate tiket ni bukan main cepat lagi ya! Harap sempat lah guna voucher ni sebab memang berhajat nak bawa both Damias ke Kidzania.

P/s: 8 tiket voucher Animal Safari dan Cowboy Town A Famosa Melaka burn cam tu sahaja sebab kekangan masa walaupun expired date yang diberi hampir 8 bulan. Voucher dinner dan spa 60 minit utk 2 org di Berjaya Times Square pun burn cam tu sahaja (valid 3 months) walaupun selalu naik KL, tapi banyak kerja yang perlu diselesaikan. So harapanya kalini tak burn lah ya walaupun tarikh due date nya cepat betul.

P/s: Ramai kawan2 comper menang berjemaah ke Kidzania. Tahniah Uolsss.. Yang menang Grand Prize tu pun kawan comper dan pernah tanya permohonan nak jadi pengedar CocoDamia..:)


Mengasah bakat terpendam yang dah berkarat.

Setiap kali menjelang musim peperiksaan anak-anak, saya sebagai ibu pasti cuba luangkan masa utk sama-sama buat soalan revision bersama both Damias. Time ni juga bakat melukis saya akan terserlah walaupun kadang2 hasil lukisannya so-so sahaja. Hihi..

Sesibuk mana pun, saya tetap cuba luangkan masa walaupun sekejap bersama anak2 utk buat revision. Sebab saya tak nak menyesal kemudian hari masa anak2 saya berlalu macam tu sahaja tanpa pemantauan daripada saya. At least saya tahu setakat mana kemampuan anak2 saya dan bentuk soalan yang bakal keluar dalam exam.


Ni saya buat soalan revision utk Ayyunie petang semalam. Ok lah kan hasil lukisannya. Btw saya memang minat melukis dulu2. Tapi dah berkarat skillnya..:). Eh SPM pula saya tak amik subjek lukisan. So memang bakat terpendam drp Allah ni. Hihi.. Bolehlah buat ajar anak2..


Ni pula soalan revision utk Aleesya. Janji faham apa yang ibu lukis, insyallah bolehlah dia jawab soalan2 yg saya buat.


Tapiiiiiii....tapikan tapikan, kalau time saya sibuk, time saya ada jer kerja nak buat, dan time tu pulak dan dan both Damias rajin suruh saya buat soalan revisions, hah ni lah hasilnya!!! Orang lidi pun orang lidilah anak2.. Janji wording tu faham.

Ibu Doakan semoga Damia Aleesya dan Damia Ayyunie dapat jawab soalan exam dengan tenang dan tak careless ya. Baca doa dulu. Jangan cepat2. Semak sebelum hantar ya. 1 paper BM done yesterday! 5 papers more. Yang peliknya exqm diaorg kalini siap sambung lepas Raya Haji lagi papernya. Sabo jer lah.

P/s: Alamak, majlis Konvokesyen Aleesya bertindih pula dengan tarikh event besar MICCOS di Maeps. Duss!!!


Wednesday, October 9, 2013

Oat BG22 turunkan bacaan Kolestrol

Last few weeks saya ada buat full package body check-up di KPJ masa Karnival Agrotek di Pasir Gudanh. Alang2 booth utk check kesihatan ada depan mata, baik ambil peluang kan. Antara yg saya check adalah kencing manis, darah tinggi, jenis darah, keseimbangan badan hinggalah tahap kolestrol dalam badan.

Yang lain2 ok cuma kolestrol tak ok. Tahap bacaan normal 5, tetapi bacaan kolestrol saya 6.2. Agak tinggi tu.

So kebetulan last week masa kat KL keluar makan dengan kawan2 lama masa study kat UTM, borak punya borak sampai 1 pagi hah. Nasib baik both damias tinggalkan denan staff. Banyak yg kami borak dari topik business hingga kepada kesihatan. 

Tu yang diaorg recommend makan oat BG22 ni sebab diaorg makan memang turun tahap kolestrolnya.


Semalam baru sempat cari kat Farmasi berdekatan office. Petugas Farmasi tu pun recommend makan ni utk turunkan kolestrol. Harga asal RM88.50. Sekarang ada sale RM63 sahaja utk 1 tin.


Memang banyak perbezaan dari segi khasiat antaa oat BG22 ni dengan instant oat yang biasa tu. 5 kali lebih baik dari yang biasa tu utk penyerapan kolestrol. Jujurnya rasa x berapa best sebab serbuk oat kan. Kena pula minum dengan air sejuk bukan air panas. So saya add on milo sejuk bagi rasa best sikit. Ada yg recommend makan dengan soya sejuk. So far ok lah sikit rasanya. Lepas shake kena minum terus sebab nanti oat tu kembang dan pekat.


Apa2 pun ini hanya ikhtiar dan bukan penyelesaian. Macam makan Coklat IQ-Cocodamia juga, bukannya sekali makan terus pandai dan anak dengar cakap kan. Mestilah makan secara istiqamah dan juga berdisiplin. Baru nampak kesan yang maksima. Walaupun produk yang kita makan tu sedikit mahal, tapi kesan kebaikannya utk jangka masa panjang. Alah.. Sekali makan kat luar pun dah cecah RM50-RM70 kan utk satu family. Apatah lagi kalau beli produk minda dan kesihatan utk keluarga tersayang kita. 

Itulah org kata, kerja kuat2 kesihatan tak terjaga. Kerja mana pernah habis tak? Ni production CocoDamia tgh siapkan order2 para stokis baru dan juga repeat order dari stokis2 lama. Pastu standby utk event besar MICCOS pula. Memang bulan ni hari2 OT lah jawabnya. Apa2 pun sibuk cam mana, kesihatan perlu sangat dijagakan. Tak sihat cam mana nak buat master plan kan. 

Oklah kejap lagi nak ke Desaru pula, nak hantar stok utk stokis baru disana. 

Oh ya malam tadi saya gi Guardian, ternampak yang Oat BG22 ni hebat salesnya.. Hanya RM57++ sahaja. Jom sihat dan kuatkan minda bersama!!!

Tuesday, October 8, 2013

Sambal ikan bilis Ma'at


Ini bukan produk saya, tapi produk org lain. Disebabkan rasanya sedap dan praktikal utk org busy macam saya, maka saya sharekan dalam blog saya. Suka kita share, tak suka duduk diam2. Bukannya kalau tak suka kita canang satu dunia kan..;)


Disebabkan suka saya beli 1 katon terus. Dalam tu ada 10 peket.


Ini bukan jajan, tapi ala-ala lauk. Tapi saya dan both Damias kadang2 selamba dekk jer buat macam jajan. Pastu mulalah mulut kebas dan peda. Lepas minum air, sambung lagi makan. Tapi jujurnya makan dengan nasi atau bubur lagi best!


Ni lah bentuk dalamnya.. Garing2 pedas..


Semalam kan saya dan seisi keluarga tak berapa sedap badan. So buat bubur ayam. Tabur banyak2 sambal ikan bilis ni. Memang wallaaaaa!!! Terima kasih Ya Allah kerana pertemukan produk ni utk saya. Lepas ni senang agak2 kalau lepas masak nasi nak makan dengan apa, kalau tak serunding daging dari kelantan, makan dengan sambal ikan bilis ni pun sedap.. Syukur..





Monday, October 7, 2013

~ Makan-makan Pizza Hut Di Angsana Mall~

Semalam seharian berkampung di Angsana Mall sempena Showcase "satu daerah satu industri".. Jam 9 pagi lagi dah bertolak dari rumah, jam 9 malam juga balik. Hari sabtunya saya pergi selepas balik dari kilang CocoDamia jam 5 petang, dan jam 9 malam juga balik. 

Serius memang penat sangat2. Bukan penat apa pun, penat shopping2 dan makan2.. Biasalah dalam Angsana Mall, banyak barang yang menarik perhatian kita utk membelinya. Sahkan yang staff berhenti solat dan rehat kejap pun sempat shopping dalam butik2 kat Angsana Mall tu, apatah lagi saya yang duduk kat situ sahaja utk menerangkan kebaikan coklat IQ dan Lubanah. 

So minta maaf lah ya kepada kawan2 saya serta silent reader yang datang booth saya, tapi saya tak ada. Staff saya cakap "kalau puan ada kat sini, diaorg tak datang pula, puan baru jer pergi, ramai lah yang datang bertanya".. Hihi itulah namakan rezeki semua ketentuanNya..

Oklah, harini rasa sangat berat kepala dan badan. Both damias pun baru jer bangun ni. Saya pun 2 hari berturut2 dan makan panadol takut sakit kepala lagi kuat kan. Semua staff Cocodamia masuk kilang harini jam 10 pagi sebab bagi diaorg masuk lewat utk cover tidur yang hujung minggu..:) baikkan saya dan suami!

Banyak cerita yg saya nak kongsi semasa showcase SDSI tu, insyallah kalau berkesempatan nanti saya ceritakan ya. Ok layan dulu gambar kami makan pizza waktu lunch semalam. Tunggu tempat kosong pizza pun hampir 20 minit sebab full house. 


Both Damias yg dah lama tak makan pizza..


Ayah Mi yg datang JB keje sementara dengan CocoDamia.


Sukalah both Damias ada uncle diaoarg ada. Bolehlah bermanja-manja lebih. 


Terjma kasih Ya Allah kerana kurniakan Rezeki dan Nikmat yang sempurna utk aku dan keluargaku. Terima kasih juga Ya Allah kerana tak putus2 melayan permintaan HambaMu yang hina ini. Semoga rezeki yang diperolehi boleh dikongsi bersama-sama dengan mereka yang memerlukannya. Aminn...