Monday, September 9, 2013

CocoDamia cuti ya harini.


Assalamualaikum dan Selamat Pagi...
CocoDamia cuti ya hari ini (9/9/2013)...
Bagi peluang rehat kepada team CocoDamia untuk renggang-renggangkan otot dan hilangkan lenguh-lenguh kaki setelah 5 hari berkampung di Karnival Biotek di Pasir Gudang.

Sehubungan dengan itu, segala aktiviti pengeposan Coklat IQ akan ditunda kepada hari esoknya. Sabar ya menanti parcel anda tiba.

Senyum- senyum selalu. Pabila gembira, Tenaga positif sentiasa mempengaruhi mood seseorang untuk yang baik-baik belaka. 


Alhamdulillah, saya masih dalam mood lompat kambing biri-biri lagi ni sejak petang semalam. Nanti saya cerita details ya. Terima kasih Ya Allah. Mudahnya menjemput Rezeki.

Sunday, September 8, 2013

Berbaloi tidur jam 3 pagi keranamu puding roti CocoDamia

Memang berbaloi-baloi. 


Saya start membakar puding roti jam 10 malam tadi. Lepas maghrib saya tidur dulu dengan both Damias sebab kepenatan di Karnival Biotek dan menghadiri 3 open house yang berbeza jarak-jaraknya. Ayah damia pula lepas maghrib terus bergegas ke karnival semula sebab staff 5 orang tak cukup tangan entertain customer yg nak beli Cocodamia.

Mula-mula buat puding roti ni sebab ada orang tempah puding ni masa kat Karnival Biotek tu. Alang-alang tu saya pun buat lebih berloyang-loyang juga utk dijual di karnival tu.


Ni packaging kotak besar.


Ni packaging kotak kecik.


Sekali jam 10:30 pagi tadi, staff call cakap "puan, puding tinggal kurang dari 10 kotak dah, kena tambah lagi"..hah? Saya dah lah otw ke karnival dengan staff saya sebab ayah damia kul 7:30 pagi lagi dah pergi. Bila masa nak buatnya. Ya Allah. Staff saya cakap ramai yang minta resepi. Alhamdulillah.. Mudahnya menjemput rezeki.


Haha, ayah damia cakap makin sibuk  lah harini. Dah lah last day. Buka 2 booth bertentangan pulak tu. Siap tambah staff turun padang lagi. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki Allah kurniakan kepada saya dan keluarga.

P/s: Ngam2 entry ni habis ditaip, saya pun sampai. Tq driver baru saya kerana membawa kereta dengan berhemahnya.. Hihi

Friday, September 6, 2013

Kenapa pagar rumah saya tak tertutup ???

Ya Allah, minggu ni memang dah bizi. Bertambah super duper bizi sejak semalam. Sebab kerja yang sepatutnya saya dan ayah damia buat, semuanya saya kena buat seorang kerana ayah damia bizi dengan karnival di Pasir Gudang. Pergi jam 8 pagi, jam 11 malam baru baru balik.

Kesan daripada itu, jom kita tgk apa yang berlaku..


Huaaa, semalam masa saya nak hantar both Damias ke sekolah, terlupa pula saya nak tutup pagar rumah. Sampai separuh jalan, ayah damia call bagitau pagar rumah tak tutup. Dia nampak via CCTV yang online via Iphone. Haishh dah hantar both Damias gi tadika, bergegas pula balik utk tutup pagar. Andailah remote pagar tu bila kita tekan jer kat mana2 terus buka tutup, kan senang. Mak saya selalu cakap kat saya, dah senang nak senang lagi. Patutnya bersyukur.. Huhu..

Lepas tu petang rabu tu pula saya gi pasar mini berdekatan rumah. Sekali you know what, huaaaa duit dah bayar, barang pula terlupa nak amik. Kelam kelibut jadinya. Nak sampai rumah, ayyunie pun tegur "kenapa ibu tak bawa barang pu".. Hah????? Patah balik..

Pagi tadi pula, dah sampai traffic light dekat rumah saya.. Ayyunie tegur lagi "ibu tak kunci kereta ke (autolock)".. Hah??? Rupa2nya pintu saya tak rapat daaaa..

See, kesan daripada kesibukan..huhu


Yup memang sangat bizi. Selalunya ayah damia dan staff lelaki yang akan bahagikan tugas uruskan penghantaran stok cocodamia, dia yang akan hantar anak2 pergi tadika dan saya ambil, dia yang akan bagi tazkirah dan mengepalai bacaan yaasin setiap hari jumaat dan macam2 lagi kerja. Dan harini saya yang uruskan semua.

Gambar kat atas tu meeting dan hantar stok utk stokis gelang patah di Restoran Parsia malam tadi. Kesian dia, terpaksa tunggu saya habis kelas jam 10 malam baru leh meeting. Petang tu pun meeting bersama dengan stokis Tmn U jugak berkenaan cocodamia. Wahhh memang supermak!!!

Harini dari pagi sibuk di Kilang CocoDamia sebab stok dah habis!!!!! Alhamdulillah Alhamdulillah.. syukur!!

Then lepas zohor ke rumah tukang jahit pulak utk hantar kain berkayu-kayu. Alhamdulillah, tempahan borong dari customer. Alhamdulillah, alhamdulillah..

Then singgah ke Pusat Tuisyen pula sebab nak uruskan bahan2 pembelajaran  sebab harini saya kena ganti 3 kelas ayah damia. Direct dari jam 5:00 sampai 10:00 malam ni. Ya Allah, permudahkanlah..

Dan bila masa pula saya tulis entry ni? Hihi.. Kebetulan saya nak masuk duit kat BSN Skudai ni, angka giliran lagi 14 orang..dan dan buat entry kat blog kan. 


See, nak cepat punya pasal, parking kereta pun derhaka pada undang-undang lalu lintas .. Saya sorang jer parking songsang.. Alhamdulillah, nasib baik tak kena saman. Terima kasih Ya Allah.. Cepat2 parking takut tak sempat nak amik anak kul 5 nanti.

Huhu.. Ok lah.. Tak makan lagi ni.. Pagi tadi makan kebab je. Baik saya gi cari makanan siap2 dan tapau siap2 utk anak sebelum saya start masuk kelas nanti.

Apa2 pun syukur, didalam kesibukan, jangan sesekali kita abaikan dalam Zon Allah. Lagi kita sibuk, lagi kita tak ada masa, sepatutnya lagi kita dekat denganNya kan sebab ini juga mungkin sebahagian ujian daripaNYA. Semoga kita semua dijauhkan sifat lalai kepadaNYA. Amin amin



Thursday, September 5, 2013

COCODAMIA di "Karnival Biotek Johor"


Jom ramai-ramai meriahkan program "Karnival Biotek Johor" yang bertempat di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang bermula dari 5 Sept hingga 8 Sept dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam.
Temui Team CococDamia di sana ya semua!!!


Memang banyak booth-booth disana!
Jadi untuk memudahkan anda semua, cari booth FAMA.
Kami berada disana. Nak paling senang, cari sahaja banner CocoDamia ni. Insyallah..senang nak jumpa...


SMART FOOD, SMART BRAIN!
ACCORDING TO SUNNAH, THERE WILL BE BARAKAH!!!
INSYALLAH..NOTHING IMPOSIBLE IF YOU BELIVE TO ALLAH..


Bukti kami adalah peniaga yang sah disana.
Insyallah, lepas ni banyak lagi peluang2 pameran yang team CocoDamia akan ikuti..


Booth CocoDamia.
Banyak penjimatan dengan setiap pembelian 3 kotak Coklat IQ bagi para pengunjung. 
Kalau nak rasa dulu pun boleh beli yang sachet-sachet punya.
Kalau belum terbuka lagi hati nak beli, boleh juga try rasa tester yang kami sediakan.
Jangan bimbang, memang banyakkkkk tester kami sediakan kepada anda.


Keyword paling senang nak jumpa kami adalah betul-betul depan playground.
Kalau jumpa abang-abang dan kakak-kakak pakai baju purple dan ada tulis CocoDamia tu, cepat2 kejar mereka tau. Sebab anda boleh rasa tester Coklat IQ, dan untuk hari jumaat, sabtu dan ahad pula, tester Puding Roti CocoDamia pun ada...wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
CocoDamia juga menganjurkan pelbagai games antaranya cabutan bertuah, teka bilangan bola, teka teki dan pelbagai lagi acara yang menarik utk semua.


Dan yang paling menarik, Game Foosball pun ada...Wahhh alang2 beli untuk pelajar-pelajar tuisyen saya main waktu rehat, boleh ler angkut ke Karnival sekali utk menarik perhatian kanak2. Ni rasanya bapa kanak-kanak pun join sekaki main kan kan kan. Jangan lupa datang ya semua!!!

Antara aturcara program lain adalah seperti Pameran Fotografi, Demostrasi Produk, Pameran Autoshow, Pertunjukan Bunga api, futsal, paintball, Aktiviti Layang-layang, Pameran Petrosains dan macam2 lagi lah!!! Yeahhhh Jumpa team CocoDamia disana semua!!!!!!!







Puding roti Cocodamia datang lagi.

Ada org request nak makan puding roti. Ok, sambil2 utk makan sendiri.. Buat sikit utk mereka..


Yang bulat tu bakar, yang empat segi tu kukus. Gigih tau malam tadi buat. Sebab sebelum tu sempat masak utk berbuka. Alhamdulillah.. Yeayyy semalam saya dah Raya puasa 6 Syawal. 


Saya buat dalam bekas kecil2 macam ni. Senang nak bagi sapa2 yang nak rasa kan. Nak bawa ke hulu hilir pun senang. Hihi..

P/S: Minggu ni tersangat sibuk dengan Karnival Biotek yang sedang berlangsung di Pasir Gudang. Semoga Team CocoDamia yang bertugas di sana dipermudahkan segala urusan dan luaskan kuasamu CocoDamia!!! Ok, saya nak QC bahagian pembuatan coklat dulu. Syukur Ya Allah keranaMU memudahkan segala urusan CocoDamia.

Wednesday, September 4, 2013

Menang Gambar Ceria Raya



Alhamdulillah..
Dari minggu ke 3 lagi join, tapi tak menang..
Ada rezeki pula minggu ke 4 menang..
Semua ni dengan IzinNya..
Dapatlah hadiah voucher membeli-belah RM200..
Syukur dah tu..
Insyallah semoga lepas ni kemenangan besar melekat-lekat utk rezeki saya, suami, anak-anak dan keluarga.
Amin..Amin..



Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Open House Fasa 3 || Raya bersama steambot

Sabtu malam ahad lepas, saya buat makan-makan lagi khas utk students form 3 saya. Ya lah, diaorg jeles. Kata mereka takkan budak2 form 5 jer beraya, budak2 form 3 nak juga. Demi tidak menghampakan permintaan diaorg, kami pun buat juga. Walaupun pagi tu ada kelas, tengahari pula ada makan3 special  di rumah rakan sekelas ayah damia masa degree, then ke open house lagi. Pastu terus ke Kipmart beli barangan nak buat steambot. Saja kalini pilih menu steambot utk lebih santai dan budak2 happy utk free dan easy walaupun datang beraya ke rumah kami.


Jam 6 petang baru start buat persiapan kat dapur. Jam 8 malam tetami dah datang. Ok lah 2 jam didapur sebab menu simple je kan..:) Aneka balls yang disajikan sebagai menu utama malam tersebut.


Mula2 ingat nak cucuk2 semua sayur2 ni. Alahai sekali fikir tak dan masa dan nak menganyam sayur2 tu pun failed, so hidang macam ni pun ok kan..


Selain itu menu tambahan ada rojak buah dan meehoon. Kuah macam biasalah, ada kuah sup dan kuah tomyam.


Antara tetamu yang awal sampai. Elok2 display atas meja, diaorg cakap makan kat bawah lagi senang. Ramai2 buat bulatan makan. Ok saya follow ajer mengikut keselesaan mereka.


Kalau nak tahu, bukan budak2 form 3 sahaja yang datang, ada setengah tu budak2 form 5 yang tak berkesempatan datang beraya tempohari turut serta join makan2 steambot kalini. Ok lah.. Tak kisah, sesiapa nak datang pun boleh.


Macam biasa, bila dah nak balik, cabutan duit raya mesti ada ya. Ikut rezeki masing2.


Hah pilih pilih nak tarik sampul mana?


Agak2 berapalah nilai duit raya yang dia dapat sampai ketawa macam ni.. Hihi


Meriah!!! Makan2 santai macam ni lebih mengeratkan hubungan kami dan juga at the same time bolehlah bagi sedikit motivasi utk mereka dalam PMR dan SPM nanti.


Kami seronok!!! Ada sebahagian dalam rumah dok tgk bola lawan apa ntah malam tu. Masing2 ni semua ibu bapa yang hantar. Ada beberapa pelajar lelaki sahaja yang naik motor.


Ok bermula dari gambar2 ni saya cilok gambar dari FB anak murid saya sebab dia guna DSLR. Saya ambil beberapa keping gambar masuk sini.


Jangan tak tahu, last last tu ada juga ibu bapa yang kami jemput makan2 sekali. Ini gara2 mak ayah dah nak ambil anak2 masing2, tapi semua tak nak balik lagi sebab syok oooooo kumpul ramai2 macam ni. So dari ibu bapa tunggu jer dalam kereta, saya jemput mereka masuk makan sekali. Tapi jujurnya segan juga saya.. Kebanyakan ibu bapa yang join kami tu semua naik kereta besar2, mahal2, ahli businessman dan businesswoman yang dah jauh banyak pengalaman dari kami serta prof-prof dan Dr Dr PHD. Ya Allah, terharu saya diaorg sudi beraya bersama kami. At the same time boleh jua korek2 tips kejayaan mereka dan dengar pengalaman masing2.


Syok buat makan2 berperingkat camni sebab kita lebih rapat dan fokus melayan tetamu.


Aksi gedik anak2 murid saya. 

Akhir sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir malam tu. Sesungguhnya kehadiran kamu semua menceriakan lagi kehidupan kami sekeluarga. Bukankah tetamu itu membawa rahmat.

P/s: Lepas jer semua balik jam 10:45 malam, bergegas pula kami gi beraya di rumah student kami di Taman Hadapan tu. Wahhh banyak betul makanan. Siap makan durian best dan tapaukan kami otak-otak lagi. Terima kasih Ya Allah!!!

Tuesday, September 3, 2013

Mee Udang Galah best!

Saya dah try Mee Udang Galah ni kat Taman U jumaat lepas. Not Bad rasanya. Harga ikut saiz udang yang kita nak.


Ni gambar saya ambil kat Facebook: Mee Udang Galah. Btw saya pernah pergi Restoran ni. Beli durian Crepe dulu2. Nama restoran ni Pondok-pondok Cafe. Dulu kat area2 belakang. Sekarang ni dah pindah ke depan sebaris dengan kedai Zhulian Taman U.


Ni pula gambar real yang saya makan. Saya order kuew tiaw udang galah. Udang gred AA dah habis pulak masa ni. So saya pilih udang gred B+.. Siap ada plus lagi tau.. Hihi.. Harga RM9/100g.. Ok lah harganya. Ayah damia pula order kuew tiaw bandung. Udang pun boleh pilih nak saiz apa. Alhamdulillah, lain kali boleh bawa kawan2 dan family makan sini pula.



P/s: Terkejut saya masa tgh drive balik dari hantar anak2 sekolah, tetiba nampak gambar kahwin saya dan ayah damia dalam persalinan "jawa" keluar WHI.. Haha.. Lucu jer tgk gambar 9 tahun lepas..oppsss, tak sempat nak snap ya gambar tu.. Kata tgh driving kan.. 

No plate dah ada, kenderaan tak ada lagi ni..:)



Wahhh.. Ingat tak cerita kekalutan pasal no plate kereta sebelum Ramadan aritu? Sebagai langkah selamat, saya ada masuk tender no plate JPP 8383. Sebab takut no yang saya nak masa tu dah tak ada. Tapi kalau nak tunggu no JPP 8383, hah..Dah habis syawal lah jawabnya baru dapat guna kereta baru. Walhal dah guna masa 3 Ramadan aritu lagi.

Yeayyy, no tender dah lulus! Tapi kenderaannya mana? Haha.. Kalau tak ada rezeki, selamat tinggallah no JPP 8383.. Kalau ada rezeki, letak kat basikal pun boleh kan. Jimattt minyakkkkkk... Kikiki

Monday, September 2, 2013

Photoshoot || Tanjung Balau

Semalam otw balik dari Open House Rumah Staff di Bandar Penawar, singgah kejap di Tanjung Balau untuk bersantai dan juga lepaskan angin yang dah lama tak tengok ketenangan air laut. Panas terik yang bercahaya serta keindahan bot-bot yang tersadai di tepi laut membuatkan saya kepingin nak photoshoot disitu. Nasib baik kerenah anak-anak dan suami yang sporting melayan kerenah saya walaupun cuaca umpama matahari terik di atas kepala. Beberapa minit kat situ, banyak mengajar both Damia erti alam semulajadi. Antaranya biawak, ikan, paya bakau, sampan dan bot. Sempat lagi kami bergambar atas sampan utk dijadikan kenangan buat mereka kelak.


Bot-bot yang berlabuh..


Melayan kerenah Ayyunie makan ais krim


Ayyunie sekarang take over hobi kakak dulu-dulu.. "bergambar"


Cuaca terik tak menghalang kami utk bergambar sakan


Suka semua gambar2 kat sini..
Nanti ada masa saya kongsi pula gambar2 atas sampan tu ya.

p/s: Wahhhh, raya-raya pun ramai jugak orang datang berkelah di Tanjung Balau ni ya!!!







:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Yeayy!!! Dah dapat gambar konvo..

Jumaat lepas, masuk2 jer both Damias dalam kereta sejurus ambil diaorg dari sekolah, masing2 excited nak tunjuk gambar2 yang diaorg shoot kat sekolah haritu.


Ni Gambar Konvo Aleesya.. Alamak apesal tak senyum sayang? So serius mukanya kan. Saya whatapps gambar ni kat ayah damia yg kebetulan kat office, boleh pulak ayahnya reply "lawaknya muka".. Haha


Ni gambar kelasnya ramai2. Kelas M3.


Dapat gambar saiz 4R sekeping dan saiz passport 4 keping. Total kena bayar aritu kalau tak silap RM60. 

Ni pula gambar kelas Ayyunie. Kelas 03. Boleh spot mana satu Ayyunie? Boleh pulak dia buat mulut cam tu kan. Sabo jer lah.


Dah penuh dah rak tempat letak gambar2 both Damias dalam bilik dia ni. Kat dinding pun dah ada gambar2.. Kalau boleh tak nak crowded kat dinding kan.. Nanti kena cari alternatif mana nak simpan gambar2 both Damias ni..:)



Sunday, September 1, 2013

Heading to Bandar Penawar, Desaru



Pagi tadi breakfast half boiled egg dan steambot jer. Simpan perut nak gi beberapa open house harini. Tgk yg mana sempat pergi, kalau tak sempat sorry ya yg menjemput saya harini.


Currently dah dalam kereta pun nak ke Bandar Penawar, Desaru. Nak gi open house staff. Gigih pergi kan walaupun jauh. Hihi.. Kalau bukan bos sayangkan staff, sapa lagi kan.. Hihi.. Teacher Diny, please wait for us!


Malam nanti ada marhaban pula kat rumah saya. Menu simple jer sebab Tahun ni blok lain yang kena sediakan menu utama. 

P/s: alhamdulillah, meriah makan-makan fasa ke 3 malam tadi. Details later..