Monday, May 9, 2011

Kali ini The Puteri Pan Pacific Hotel menjadi pilihan...

 Sepanjang 4 tahun bergelar ibu kepada anak2 sendiri..
Memang dah menjadi acara wajib utk sama2 meraikan HARI IBU...
Walaupun ibu sendiri dan ibu mertua jauh di kampung.
Namun pengorbanan mereka tak pernah dilupai...

Terima kasih atas kurniaan Rezeki LimpahNYA utk kami sekeluarga
Terima kasih jua utk suami yang tak pernah jemu2 memikirkan yang terbaik utk kami sekeluarga..
Sekadar utk mengingat semula memori saat2 sambut HARI IBU since 4 years ago..

2008 - meraikan HARI IBU di Hyatt Hotel, JB
2009 - meraikan HARI IBU di The Zone Hotel, JB
2010 - meraikan HARI IBU di Paragon Hotel, JB
2011 - meraikan HARI IBU di Puteri Pan Pacific Hotel, JB

Alhamdulilah...walaupun baru 4 tahun bergelar ibu kepada anak2 sendiri..
Namun masih banyak yang perlu diperbaiki utk kesempurnaan anak2 dan suami..
Moga2 impian utk menjadi ibu mithali..
Sama2 dapat kita gapai mencapai realiti...

Jom tgk gambar2 kami sepanjang sama2 berkongsi kebahagiaan dalam family kecil kami semalam...


Mula2 sampai lagi aleesya dah request nak makan kek


Pilihan Ayyuni masa mula2 sampai...


Bab posing2 serahkan kepadanya..
Nasib baik meja weols sebelah kolam ikan ni jer..
Cuma dipisahkan dengan dinding cermin..
Tak lah budak2 boring sgt..


My cheeky boom...


I like the moment


Ibu yg cantik harus menjadi role model utk anak2nya..
Hahahah..ayat tak boleh blahhh..
Tapi tak salahkan kalau cantik di depan mata anak2 dan suami..
Masalahnya cantik ke???


Sesi suap menyuap bermula..


Aleesya suka tgk ikan2 itu..


Sesi kiss kiss pun bermula..


Pengunjung yg sama2 meraikan HARI IBU dengan cara mereka tersendiri


Semua staff pakai baju Mum LOVE u..


Dapat hadiah dari hotel..
Ada apakah dalam itu??

Like 1000x the sentences...


Dapat hadiah lagi dari hotel yg dalam kotak tu...


Dalam kotak ader cupcakes dan tulisan ni lahhh...i likeee...


Dah pandai nak bagi hadiah kat ibu...good girl..


Happy family forever...aminn..


Si adik pun nak jugak bagi hadiah tu..


Sebelum balik, posing lagi!!!


Sedar tak sedar dah 4 tahun jadi ibu kepada amanah yg diberi olehNYA kepada kami..


Posing sebelum balik...

  
Si adik malu2 meow...


Hi tea special buffet...
Percaya tak kalau ibu cakap 50% makanan jer dimakan..
Lagi 50% tak dapat ler nak masuk dalam perut kecik ibu ni hah..
Banyak giler makanan...


Apa2 pun, terima kasih kepada insan yg bernama seperti tertera di atas..
Sebab setiap tahun cuba membuat yang terbaik dalam menyambut HARI IBU...


Takkan sebut namanya je kan..
Tuannya pun nak enterframe jugak...hehe..
Thank abang...I LOVE YOU SO MUCH...

KOMEN:

Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar...walaupun hampir 3 jam kami berada di situ, namun anak2 memang sgt behave...dan celebration kali ni memang yg terbaik..may be sebab anak2 pun dah makin besar dan tahu siapa itu IBU...aminnn..mudah-mudahan dengan cara begini, kita dapat memupuk anak2 utk lebih mengingati Hari2 yang special seperti ini...



p/s: Banyak kan gambar2 dalam entry ni...kalau nak tgk gambar makanan yg best2 itu...kat FB yer...

p/s: Malam tu ader lagi suprised MOTHER'S DAY...kalini dengan kawan2 pulak...tunggu....



\





 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!! 
 

2 celebrations in 1 day for Mother's Day..

 Seumur hidup, ni ler pertama kali..
Sambut MOTHER'S DAY 2 kali dalam 1 hari..
Fuhhh...memang sangat bangga menjadi ibu..
Ibu kepada Damia Aleesya dan Damia Ayyunie..


Tengahari semalam..
Sambut dengan family kechik kami at The Puteri Pan Pacific Hotel
Sangat2 suka hokeyyy...
Sebab Aleesya + Ayyunie memberi komitmen yg sangat2 baik..
Walaupun hampir 3 jam berada dalam Hi-Tea Buffet tu...


Pada malamnya pula..
Ibu sambut MOTHER'S DAY dengan 12 ibu jelita yang lain..
Yang mana ini adalah suprise dari suami masing2..
Yg mana kesemuanya adalah members Wish Owner Club.
Memang betul2 suprise...sebab rata2 isteri tak tau semalam punya suprised..
Ibu??? Wajib ler tahu sebab terkantoi sms ayah damia...hahahahah
Later2 lah citer yer..
Banyak lagi gambar2 yg best2 akan menyusul..


p/s: Huaaa..citer2 kat LUMUT tak sempat buat story pun lagi...huhu

p/s: Korang celebrated kat mana MOTHER'S DAY semalam??



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Sunday, May 8, 2011

In Sweet Treatment for Mother's Day

 Terima kasih buat suami tercinta..
Sebab sama2 meraikan Hari Istimewa " Mother's Day" bersama anak-anak tersayang.
Tanpa abang, tak mungkin sayang akan bergelar seorang IBU

Selamat Hari ibu jua buat ibuku dan ibu mertuaku..
Tanpa mereka berdua, tidak mungkin saya berada pada tahap sekarang..
Doa seorang ibu memang dimakbulka insyallah..


Owhhh..saya sangat happy sebab saya dapat banyak hadiah hari ini...
Macam-macam ada....
Details later..


p/s: Malam ni ada lagi satu celebration...tungguuuuuuuuuuuuuuu



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Saturday, May 7, 2011

Peluang Jadi Ratu Kebaya Jamu Mak Dara



Peluang Jadi Ratu Kebaya Jamu Mak Dara!

KUALA LUMPUR, 4 MEI 2011: Penaja utama program Apa Kata M (AKM), Jamu Mak Dara meneruskan tradisi setiap tahun dengan menganjurkan Pencarian Ratu Kebaya Pancaindera Mak Dara 2011.
Apa yang pasti, penganjuran pertandingan ini adalah sebuah program anjuran Jamu Mak Dara Sdn Bhd dengan kerjasama Mingguan Malaysia.
Pertandingan ini bukan hanya memberi fokus terhadap produk Jamu Mak Dara akan tetapi ia mahu berkongsi pelbagai informasi yang diisi dengan khdimat perunding kesihatan yang akan dikendalikan oleh pengasas Jamu Mak Dara sendiri iaitu Ibu Halimah Shuib.
Dalam pada itu,Halimah yang lebih mudah disapa dengan panggilan ibu juga akan berkongsi segala petua kebahagiaan rumah tangga secara tradisional bersama para peserta program ini.
Apapun, Pencarian Ratu Kebaya ini adalah untuk membuka ruang kepada semua lapisan peringkat usia untuk memeriahkan lagi pertandingan yang sering dianjurkan Jamu Mak Dara.
Difahamkan, untuk pertandingan ini, pihak penganjur telah membahagikan kepada dua kategori iaitu kategori A bagi wanita yang memiliki berat badan di bawah 59 kilogram manakala kategori B pula adalah untuk wanita yang comel dan mempunyai berat badan 60 kilogram ke atas.
Johan pertandingan bagi peringkat saringan akan menerima wang tunai RM500 dan hamper bernilai RM100 berserta cenderahati eksklusif dari Mingguan Malaysia.
Naib johan pula akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300, manakala tempat ketiga akan menerima wang berjumlah RM150 dan hamper. Lapan lokasi telah terpilih untuk peringkat saringan iaitu di Shah Alam, Penang, Kuala Terengganu, Melaka, Seremban, Johor Bharu, Kuantan dan Kuala Lumpur.
Juara bagi kedua-dua kategori akan diserap automatik secara layak untuk ke peringkat akhir yang akan berlangsung secara gilang gemilang di Kuala Lumpur pada 3 Disember depan.

Hadiah pertandingan yang ditawarkan sangatlah lumayan di mana Johan akan membawa RM5,000, hamper Jamu Mak Dara, percutian ke Bali oleh Plus&Plus Travel&Tour, selain berpeluang menjadi model Jamu Mak Dara dan Forest's Secret. Sekiranya berminat, sila hubungi 019-2247191 untuk keterangan lanjut.

Sumber: Sini

p/s: Kepada yang berbadan ramping tu, jangan lepaskan peluang...daku memang tak ramping sangat yer...

p/s: Thanks to nurul azham sebab bagitau pasal contest ni...hehe...







 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!

Friday, May 6, 2011

Saya dan Ayyunie masuk dalam Wanita Hari Ini, TV3

 Sungguh dan sesungguhnya saya terlupa harini..
Nak menonton Wanita Hari Ini kat TV3 tadi...
Padahal masa otw nak hantar aleesya pergi school tu..
Dah tengok2 jam sebab nanti kul 12 tengahari nak tgk WHI...
Tapi bila dah masuk office terlupa pulak nak switch on TV..
Sebab kalut buat soalan peperiksaan utk budak2 ni..

Sekali tiba2..ibu qalesya dan kak ezna chatting...
Diaorg cakap nampak gambar ibu dan Ayyunie keluar TV3 tadi bersama dengan beberapa gambar terpilih daripada TV3..
Sedang elok lepas keluar gambar ibu, gambar kak ezna dan anaknya dania yasmine pulak keluar..
Alahai...ruginya tak tgk secara live tadi..
Lepas jer diaorg chatting, cepat2 bukak TV kat sebelah ni je pun TVnya..
Tapi tu lah kan...dah sekali masuk office buat keje...semua pun dah tak ingat...hehe

Tak pelah tak der rezeki nak tgk..
Agak2 kat mana yer boleh tgk ulangan WHI tu??
Dah masuk dalam www.tonton.com.my tadi, dah register..tapi tak leh tgk pun...huhu

Nak tau tak gambar mana yang menjadi pilihan TV3 tadi..


Inilah gambar yang dipilih sempena HARI IBU ini...
Alhamdulillah...walaupun tak dapat tgk live...hati tetap berbunga2...


Ni pulak sempena HARI IBU tahun lepas...
Terpilih masuk dalam suratkhabar dari Enfagrow A+...
Walaupun beribu2 yg join dari serata Negeri...Alhamdulillah...Gambar kami anak beranak yang terpilih..

Agaknya mungkin masuk Wanita Hari Ini tu adalah Hadiah Hari Ibu utk tahun ni...aminn


p/s: ada siapa2 tau mana nak tgk ulangan Wanita Hari Ini tadi???





  Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Sejuk Perut Ibu mengandung dan melahirkan

Terharu rasanya pagi jumaat yang indah ini..
Seawal jam 6:45 pagi tadi..
Tatkala si ibu dan ayah masih tido nyenyak
Tiba2 terdengar ketukan bertalu2 kat luar bilik..
Sambil terdengar suara "Ibu..ibu...buka pintu kejap"

Maka si ibu pun bukak lah pintu sambil tergopoh gapah nak gi amik air sembahyang
(Nasib baik aleesya kejutkan solat subuh...ngeh ngeh ngeh)
Tiba2 Aleesya keluarkan kad (konon2) "MOTHER'S DAY" yang dia buat kat sekolah semalam...
Sambil cakap " HAPPY BIRTHDAY IBU"
Siap cium2 dahi ibunya lagi tau...owhhh sgt terharu okeyyy...
Tapi nak ketawa pun ader...bila masa pulak birthday ibunya ni...haha
Last2 ibu pun ajar cakap " Happy Mother's Day"

Ya Allah....Sejuk Perut ibu mengandung tau..
Ni first time dapat kad "HAPPY MOTHER'S DAY" dari anak2 sendiri..
Sebelum2 ni si ayah yang tolong tulis on behalf...hehe
Owhhh..Aleesya...I love you!!!!



Ni lah hasil tangan Damia Aleesya..
Lokasi kat office ibu ni..
Saja bawak datang office sekaligus nak bawak gi school dia nanti..


Yang ni snap dalam kereta otw gi office tadi..
Bolehlah hasil tangan budak umur 3 tahun 7 bulan kan..






 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Thursday, May 5, 2011

Menang Kategori Anggunya diriku || The best dress

Alhamdulillah...
Tak sangka boleh menang...
Sebab yang lain pun vogue2 jugak...

Menang "The Best Dress" utk malam Grand Dinner Family Day WOC 2011..


Hadiah tajaan dari AVON MALAYSIA...
Ok lah...sebab before ni pun memang guna perfume far away tu..
Alternate guna dengan perfume dari Body Shop dan Estee Laudeer..
Cuma lipstik agak warna2 gelap gitu...hehe
Pastu dapat 2 helai T-shirt..
Alamak, tak tgk pun lagi T-shirt tu cam mana...


Btw Dress biasa2 jer...
Cuma may be dress ni kembang semangkuk..
Tu kot yang lain dari yang lain tu..
Actually, utk events kali ni, sgt senang cari dress ni..
Tak pening2 kepala pun..
Pergi jer kat tempat wholesale baju2 pengantin..
Nahhh..macam2 dress ader..
Yang kembang 3 mangkuk dari dress yg ibu beli tu pun ader...hehe..
Memang paling senang cari dress kali ni..


Oh yer..pemilihan pemenang adalah pihak/juri hotel yang buat...
Bukan dari members wish club ok..
Kang bias pulak sebab nanti semua nak isteri masing2 menang kan..hehe
Kat atas tu adalah calon2 Top 3 kategori dress tercantik..
Kecuali akak yg pakai baju hitam tu...hehehe..ampun Kak Zah andai terbaca blog ayu ni...ekekek


Ni gambar dress tu dari dekat...Kembang semangkuk kan..
Lepas nama TOP 3 diumumkan naik ke pentas..
Kena catwalk lah pulak..
Pemenang akan dipilih berdasarkan sorakan yang paling kuat...
Haishhh..apa lagi, guna lah segala ilmu catwalk yang ada...haha
Tak sangka pulak dapat sorakan paling tinggi...
Malu tapi mahu youuuuuu...ekekeke
Ok lah...just suka2 kan..yang penting we all have fun there..



Untuk Aleesya pulak..setakat Top 3 jer..
Yg kat sebelah aleesya tu, Umairah yang menang The Best Dress kategori Little Princess.
Ok lah...agaknya dah ketentuan TUHAN..
Sebab hadiah utk kategori Little Princess dan Prince di sponsor oleh Company ibu, Pusat Bahasa Pelangi..
So, takkan lah hadiah sendiri nak bagi kat anak sendiri kan..hehe..
Top 3 pun dapat hadiah jugak...tapi dapat hadiah lain...


Little princess pun kena catwalk jugak...
Kat atas tu masa aleesya tgh catwalkkat stage...
Kalaulah korang tgk aleesya catwalk...mesti korang nak ketawa.
Sebab aleesya ni kan suka control cun...jalan pun dah macam penguin laaa..
Hahahahaha...sabo jer lah anak ibu ini...

Apa2 pun kami sgt enjoy enjoy enjoy dan enjoy....

Nantikan full story yer...

p/s: Gambar2 kat atas yang ader frame hitam tebal tu dicilok dari Media WOC...yang lain2 dari kamera sendiri...



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Wednesday, May 4, 2011

Emcee of the day!!!

Alhamdulillah...
Kami suami isteri dapat mengacarakan majlis dengan sempurna..
Yang baik datang daripadaNYA...
Yang buruk itu datang daripada kami sendiri..



Tunggu gambar yang lebih menarik dan daboom daripada MEDIA WOC...
Hohoho..bersungguh mulut ibu tu dok berceloteh di hadapan tetamu...

p/s: Kalini ayah damia jadi MEDIA...selalu jadi MARSHALL....tapi kalau dah grand dinner kami yang jadi emcee, mengharapkan gambar2 dari MEDIA yang bertugas jerlah pada malam tu..

p/s: Tolongggggggggggg..saya sgt sibuk...gambar2 banyak lagi tak diedit ni...





 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!! 
 

Tuesday, May 3, 2011

My Princesses in red + back dress!!

 Wordless Tuesday!!


My Princesses otw to the Ballroom @ Swiss Garden Damai Laut!!!

p/s: Penat lah nak citer semua...tunggu esok2 lah yer...hehe..owh yer aleesya ponteng school harini..bukan dia yang malas nak pergi school, tapi ibu ayah dia yang malas nak hantar...nampaknya ibu ayah dia memang masuk keje separuh hari jer lah ni...

p/s: Eily, dah nampak lum dress keseluruhan aleesya ni??? Ni ler yg kak ayu buat...hehe






 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Home Sweet Home!!!

 Alhamdulillah...
Sampai rumah jam 2 pagi tadi...
On the road semalam 12 jam oooo..
Sepatutnya 8 jam jer...
Akibat heavy traffic...
Fuhhh..dah rasa macam balik kelantan pun yer..

Apa2 pun tunggu jer lah gambar2 dan citer2 later yer..
Banyak yang kena kemas ni..
Luggage pun baru jer bawak keluar dari kereta ni..

Owhh...kesian "monster" kena tinggal 3 hari..

Alamak...Ayyunie baru pecahkan botol kicap sotong yang dibeli kat Lumut laa..
Haishhh..habis satu rumah bau sotong daaaa..


Ader yang rindukan aleesya tak???

p/s: Percaya tak dress aleesya pakai tu ibunya buat sendiri??? Nanti citer yer...









 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!