Wednesday, November 4, 2009

::TASIK UTM - PHOTOSHOOT::

Date: 24/10/2009

Time: 5.30 ptg

Venue: Tasik UTM 


Agenda: Saja2 photoshoot + makan ice-cream goreng

Reason pilih biru: 1. Baru perasan yg rupa2nya 2 org puteri tu tak banyak gambar in blue...
(believe it or not yg diorg ni tak der pun seluar jeans biru...suka pakai gaun n skirt)

                   2. Nak cuba2 nasib masuk contest eliza...tu pun kalau gambar jadi..


A

 
B

 
C

 
D

 
E

 
F

 
G

 
H

 
I

 

 

 

 

 

 

 

 




corat coret belakang tabir:

1. masa photoshoot ni punya lah ramai org kat sini, tapi ibu n ayah damia buat donno jer amik gambar aleesya + ayyunie.....ayah siap panjat tiang lah, baring2 lah dan macam2 stunt lagi dibuatnya untuk dapatkan angle yg terbaik...

2. tgh dok sibuk photoshoot bagai tu, tiba2 leh lak terjumpa roomate ibu masa kat KRP (blok berapa ntah), masa tu ibu final year .....ader kenangan oooo dengan roomate ni, dia terkena jangkitan chicken pox daripada ibu....ingat ke marah, rupanya dia lagi suka coz dapat cuti.....yang tak sangkanya rumah dia sekarang satu taman lak ngan rumah ibu...kiranya kitaorg sekarang jadi mate satu taman laaa.....anak2 pun sama tahun lahir, sorang 2007, sorang 2009...kebeulan betul...

3. tak perasan yg bibik pun pakai baju warna biru gak masa tu.....

4. do you want some more.....tgk kat FB yer..

5. agak2 photo mana yg sesuai untuk masuk "cutest baby in blue contest" yer? satu untuk aleesya, satu untuk ayyunie....




Tuesday, November 3, 2009

::buat kek gitu2 jer ni......janji sedap::

Hari ni tiba2 lak rasa nak buat kek untuk family......bukan kek birthday yer walaupun ari ni birthday ibu, tapi kek yang ADO saja...kenapa kek yang ADO? coz menggunakan bahan2 yang tersedia ADO kat rumah ni...
Kalau uolls nak ketawakan pun tak pe...ibu tak kisah, janji ibu buat untuk ayah damia dan anak2 ibu makan...lagipun ni lah satu2nya kek yang ibu pandai buat + disukai oleh ayah damia dan aleesya....pendek kata kalau buat kek ni walaupun tak lah sedap + cantik mana pun, tapi kek ni lagi laku drp kek2 yg dibeli kat kedai tu....
Don't expect ibu ni power buat kek macam org jual2 kek tu yer...kalau expert mestilah dah lama buat bisness jual kek ni.....jom kita tgk resepinya.....



 telur 2 biji, air segelas,
yg dalam besen tu minyak masak 5 sudu besar, tepung vanhoutten 5 sudu besar, tepung serbaguna 500g, gula 150g, buttercream milk 50ml.
(campurkan semua sekali dan kacau sehingga sebati)
kalau buat banyak haruslah pakai mesin yer...setakat buat secoit ni guna tangan pukul jer lah...

 
 Aleesya pun kalut nak tolong gak ni...

 
 Tengah fikir tu cam mana nak pecahkan telur ni..

 
 Kacau sehingga sebati dalam satu arah sajer yer...

 
 Pas tu oleskan sedikit butter kat loyang pembakar...

 
 Masukkan sebatian tadi dalam loyang dan leh lah masukan dalam oven yg telah dipanaskan itu..
(masak dalam 20 minit)

 
 Rasa2 nak tahu masak ke tak, amik lidi cucuk dlm kek tu..kalau lidi tu tak melekat masak lah jawabnya tu...
Tapi kan tersalah setting lak, sepatutnya guna "bottom" jer, tapi terset "both" lak...

 
 Sambil2 sejukkan kek tadi, boleh lah kita buat toping lak...
(susu pekat, air, gula, coklat vanhotten)
kacau sampai pekat dan likat...

 
 Terbalikan kek tadi, biar yg hangit sikit tu kat bawah..

 
 Sapukan toping tadi sehingga rata ke semuanya..

 
 Pas tu amiklah coklat bar yg ader dalam stok fridge tu.....
Parut2kan untuk dijadikan hiasan atas topping tadi...

 
 Ginilah rupanya kek yang dihias dengan parutan coklat tu tadi...

 
 Pas tu tambah lah sedikit coklat chips nak bagi nampak lagi menarik...
Dah siap.....

 
 Pandangan sisi...

 
 Hidangan masa tgh tadi....
Nasi goreng ayam kunyit, kek coklat BERSAMAMU (nama ni letak sendiri ok), air bandung cincau...
Makan kat umah jer ni coz hari ni kan keje + ayah lak sakit kaki + kalau nak bawak budak2 gi makan2 kat luar, nanti rushing lak nak hantar balik rumah...

 
 Kek ni memang feveret Aleesya tulll....sampai comot mulut makan....berbaloi2 buat kek ari ni...

 '
 Siap minta tambah lagi...
"bu....nak lagiiiiii........"
Alhamdulillah..habis makan, Aleesya pun sleep, ibu dan ayah pun gi lah work....



p/s: suka tgk kalau apa yg kita masak, anak2 ngan hubby pulun makan...



::HAPPY BIRTHDAY ::



Hari ni umur ibu meningkat lagi setahun. Alhamdulillah ibu masih bernafas di muka bumi Allah ini. Rasanya masih tergiang2 di bayangan kepala ibu cam mana kehidupan ibu masa kecik2, sekolah rendah, kemudian naik sekolah menengah, pas tu menginjak ke alam Universiti sehingga bertemu dengan ayah serta menjadi suri dalam hati ayah. Ibu juga masih ingat saat2 manis dan pahit untuk mendapatkan Aleesya + Ayyunie. Sedar tak sedar semuanya berlalu dengan begitu cepat sekali.

Harapan ibu semoga ibu menjadi seorang hamba yg lebih abdi kepadaNya, menjadi seorang isteri yang solehah dan mithali, menjadi seorang ibu yang dihormati dan peka pada anak-anak, menjadi seorang pekerja yang berdedikasi, serta menjadi orang yang disukai oleh masyarakat sekeliling.

Hadiah yg diminta??? Sebenarnya ibu tak kisah pun coz ibu bukanlah budak2 lagi. Bagi ibu dah tak der apa yg perlu diminta lagi coz semuanya dah lengkap bagi ibu. Tapi ibu tahu suami mana yg takkan bagi hadiah kat isterinya kan. Lagi2 lah sejak ader anak2 ni, ayah memang kena beli 3 hadiah (wakil drp aleesya + ayyunie). Itulah yg diterapkan dalam keluarga ibu yg mana anak2 juga sama2 membeli hadiah tak kira untuk birthday ibu atau ayah. Itulah antara salah satu cara cam mana nak didik aleesya + ayyunie lebih menghargai orang tersayang. Walaupun diorg masih kecik dalam bab2 memilih hadiah, tapi kira macam wakil lah kan. Ibu ingat lagi tahun lepas Aleesya (Ayyunie dalam perut masa tu) bagi perfume Bodyshop kat ibu. Hadiah ayah??? Biarlah rahsia....

Tahun ni ibu dah boleh agak2 sebenarnya apa hadiah ibu tu coz 2 minggu lepas ayah telah memecahkan benda tersebut. Sampaikan hari ni ibu tak sedap duduk kalau tak pakai benda tu. Kita tgk je lah nanti betul ke tak tekaan ibu tu...

Last but not least, ibu mendoakan agar keluarga ibu (ibu + ayah + aleesya + ayyunie) hidup bahagia dan jauh drp sebarang bala dan musibah. Bagi ibu anak2 adalah hadiah yang tak ternilai bagi ibu dan masa dengan anak2 juga merupakan intan belian yg tak mungkin terbalas. 




p/s: actually ibu lahir 11.45 mlm nanti...





Regard:


Monday, November 2, 2009

:: Kembali ke alam maya::



Assalamualaikum...................

Akhirnya ibu damia kembali ke alam maya.............rindu ke ibu damia dengan rumah ni??? rindulah sikit2 coz sebenarnya kalau ader masa ibu curi2 buka gak blog ni....tgk2 yg kawan2 semua comment.....cuma tak publishkan je lah...ader juga tgk2 entry kawan2 yg lain....tapi tak semua ibu damia sempat terjah cozz takut nanti ayah damia marah lak....(sebenarnya ayah damia conform tahu ibu curi2 tgk blog ni, cuma dia buat2 tak tahu jer)...........

Walaupun begitu, ibu masih tak terputus dengan alam maya ni....ibu masih leh YM, tapi kalau sibuk sgt tu memang tak balas buzzzzzz kengkawan (sorry ekkk...harap faham situasi yg melanda)....ibu pun selalu gak berFB ngan kengkawan....nasib tak der ketagihan dengan permainan "berkebun" tu......dan sempat gak lah berforum.....pendek kata hari2 memang on9.....cuma atas kita nak buat yg mana satu dulu dan letakkan yg mana as a priority......kalau dah keje setimbun kat depan mata tu, faham2 lah patut buat yg mana dulukan.....

Ramai gak yg tanya dalam YM dan FB apakah tugas2 khas yg telah diberikan oleh ayah damia tu??? Sampaikan nak buka blog pun tak leh....hehehe.....bukan tugas apa pun...cuma tugas2 yg berkaitan dengan kerja....tak habis2 kan kerja....cuma tugas yg ibu dapat kali ni memerlukan komitment kerja yg tinggi drp ibu dan ayah.......company ibu dapat new project, so kena submit paper work for the project, ibu lak dapat offer jadi panel Bahasa Mandarin untuk satu syarikat ni then kena buat biografi lak....pas tu company ibu kena submit paper work for JPN lak coz nak renew permit IPS from JPN lak.....ayah lak sibuk ngan designation dan marketing for our company.......sibuk dengan pre-interview for new staff...sibuk ngan master planning for end of this year and next year......sibuk ngan xtxt students dan lain...............ni pun baru je lepas pihak2 JPN dtg buat penilaian dan pemantaun nak tgk company ibu n ayah ni mencapai tak piawaian yg telah ditetapkan (diorg balik jer terus ayah bg chance kat ibu update blog...coz semuanya dah lulus n perfect....cuma kena tambah beberapa kriteria yg dicadangkan sahaja)...

Bukan lah sebelum ni tak boleh buat keje tu....cuma ayah kata kalau ibu asyik buka blog keje ibu yg sepatutnya siap 2 hari, jadi seminggu baru leh siap...sedangkan kita nak kejar masa....huhuhu...ni lah agaknya balasannya yer kalau fanatik sangat dengan blog.......btw tugas2 khas tu terus-terang ibu katakan still have 20% on progress....tak complete 100% pun .....tapi tak pe lah.....at least siap juga 80%........tapi bila ibu dan ayah berkampung kat office, kesian aleesya + ayyunie...dari pagi sampai malam weolls tinggalkan.....kalau rasa dah rindu sgt tu cilok gak balik kejap2 sambil bawak balik something...hanya CCTV jer yg membuatkan ibu n ayah tak rasa jauh ngan anak2 ibu......

Sebagai mengantikan kredit hour yg weolls curi yg sepatutnya spent ngan aleesya + ayyunie.....banyak gak ibu n ayah buat xtvt...contohnya tgh2 malam bawak budak2 ni gi mcD la....bawak gi JUSCO lah....gi swimming + picnic la masa weekend ari tu dan macam2 lagilah....pendek kata ader jer masa terus curi2 bawak budak2 ni gi mana2 yg patut.....nanti kalau dah siap n settle semuanya kita gi jalan jauh2 lak yer....

Banyak yg ibu damia nak share citer ngan kengkawan semua ni.......yg weekend lepas punya lepas pun tak ter'cerita' lagi ni.......slow2 lah korang baca kisah BACKDATED ibu yer.....

Kepada kengkawan yg bagi comment kat ibu sepanjang ibu "berpantang' dr berblogging ni....ibu dah publishkan comment uolls....cuma tak terbalas jer lagi.....tq kepada kengkawan yg sudi10X jenguk "pondok" ibu ni.............


p/s1: masih dalam mood sibuk, tapi akan curi2 masa update blog......
p/s2: akan cuba berbloghopping rumah kengkawan....dan akan cuba tinggalkan comment yg sebaik mungkin..

Sekadar selingan ...kot2 ader yg rindu aleesya + ayyunie
Pics kat bawah tu diamik masa weolls gi swimming kat
STARHILL GOLF & COUNTRY CLUB
pada hari sabtu lepas



 



Monday, October 26, 2009

Ibu damia akan bercuti selama seminggu







DENGAN INI AYAH DAMIA MEMAKLUMKAN BAHAWA IBU DAMIA AKAN BERCUTI DARI MENULIS ENTRY DAN MEMBACA SERTA MEMBALAS KOMEN,  SELAMA SEMINGGU BERMULA DARI 26/10/2009 (ISNIN) HINGGA 31/10/2009 (SABTU) KERANA IBU DAMIA TELAH DIBERIKAN TUGAS2 KHAS YG PERLU DISELESAIKAN DALAM MINGGU INI....NAK TAU APA TUGAS2 KHAS TERSEBUT....TUNGGU SELEPAS IBU DAMIA MENYIAPKAN TUGAS2 KHASNYA....

HARAP RAKAN2 BLOGGER SEMUA FAHAM.....TQ...

PERINGATAN KEPADA IBU DAMIA!!!INGAT IBU DILARANG MEMBUKA BLOG SELAMA TEMPOH BERPANTANG INI...JANGAN NAK CURI2 BUKA....CCTV DAN HIDDEN CAMERA ADER DI MANA2....HARAP MAKLUM!!!!
(walaubagaimanapun, kalau tugasan tu cepat siap, cepatlah boleh bermesra semula dengan blog kesayangan ni...)



ENTRY INI DITULIS OLEH:


AYAH DAMIA
25/10/2009


Sunday, October 25, 2009

::BABY IN GOWN CONTEST::

Kali ni ibu nak masuk contest lagi......huhuhu tgh kemaruk nak masuk contest ni.....cuba2 jer, manalah tahu kot2 tersangkut kan.... contest kali ni dianjurkan oleh oleh mamaalieya.....jom tgk apa syarat2nya....


Syarat Penyertaan

1. Contest ini terbuka kpd semua bloggers..Bermula pada hari ini 1 October - 28 October 2009..


2. Diwajibkan menjadi FOLLOWER blog mamaalieya..and ADD link blog mamaalieya dalam bloglist anda..

3. Diwajibkan untuk letakkan banner di side bar blog anda.. Banner tersebut mestilah di link dengan link ini

4. Sila upload sekeping sahaja gambar anak anda & buat entry tentang contest ini pada blog anda. Pada gambar tersebut, nyatakan nama baby & tarikh lahir baby..

5. CONTEST nie terbuka untuk baby girl shaja, gambar tersebut mestilah gambar baby yang berpakaian baju GOWN. Baby korang mesti berumur 1 Bulan hingga 2 tahun ja..
-
-
-
-
-
-

Disebabkan ibu mempunyai 2 puteri yg layak untuk masuk contest ni, maka ibu akan hantar 2 penyertaan sekaligus kepada penganjur...


CALON PERTAMA: DAMIA ALEESYA BT KHAIRUDDIN
D.O.B: 17/10/07






CALON KEDUA: DAMIA AYYUNIE BT KHAIRUDDIN
D.O.B: 30/03/09





Kepada sesiapa yg ader anak perempuan + pakai gaun tu..jom lah join contest ni..
Nak tahu tentang contest ni dan hadiah2nya???
Klik disini..........


Saturday, October 24, 2009

::ONLINE CONTEST - SENYUMAN CERIA SI COMEL::


Waduh..waduh.....masuk contest lagi ya buk......(eh eh ni pa hal lak slang indon ni)....Sana sini orang asyik citer post pasal contest. So ibu pun tak nak ketinggalan juga. Sekadar memeriahkan suasana disamping mencuba nasib....kalau menang alhamdulilah, kalau x menang pun tak pe....rezeki ada kat mana2..


Kali ni ibu damia nak join contest yg dianjurkan oleh SMILEYKIDZ.

Memang menarik contest ni kerana secara tak langsung kita boleh imbas semula saat2 si comel kita senyum sambil bersukaria.


Jom kita tgk syarat2nya....





Terbuka kepada si comel berusia 1 hari - 4 thn sahaja.


  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
  • Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
  • AMARAN: no link back will be disqualified 
Disebabkan ibu ada 2 orang puteri yang layak masuk contest ni maka ibu akan hantar 2 penyertaan sekaligus,,,

CALON PERTAMA : DAMIA ALEESYA BT KHAIRUDDIN
UMUR: 2 TAHUN


7 MONTH

 
11 MONTH

 
11 MONTH ++

 
1 YEAR 11 MONTH

 
2 YEARS


CALON KEDUA : DAMIA AYYUNIE  BT KHAIRUDDIN
UMUR: 6 BULAN




 3 MONTH

 
 4 MONTH

 
 5 MONTH

 
 6 MONTH

 
6 MONTH 



NAK TAHU APA HADIAH UNTUK PEMENANG CONTEST NI....YEEEHAAA...HADIAH YG DIIMPIKAN OLEH IBU DAN AYAH KERANA  KAMI NAK SANGAT2 BUAT OUTDOOR FOTOGRAFI NI....TU PUN KALAU MENANG LAH YER.....


Pemenang Utama x 1 org:

Outdoor fotografi selama 1 jam
~unlimited shots~
~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

******************

Pemenang sampingan x 2 org:
Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50