Thursday, September 21, 2023

Cuti hujung minggu di Jakarta Indonesia, 14-16Sept 2023

Jakarta Indonesia, 14-16 Sept 2023
Kalau kami menang bergaya..
Mak menang shopping..

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1weko0v3uKBrmZAaCrUmOjOEVAjYG9eE_

Fuhh puas hati eh mak trip Jakarta kalini..
Kalau boleh semua kedai dalam Tanah Abang dan Mangga Dua tu mak nak berhenti tengok dan beli.
Dari gamis (abaya), mukena (telekung), sepatu (kasut), beg, gelang, cincin, 
aksesori wanita dan banyak lagi lah..

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1e7Cra4AUKeZEiCp4uUvLf72gIujDITWx

Hampir semua kedai yang mak masuk, mesti orang tanya umur mak berapa.
 Pabila cakap umur 83, ramai yang terkejut sebab mak masih kuat lagi berjalan dan sihat. 
Pastu orang yg tanya tu akan tadah tangan doakan mak supaya panjang umur lagi. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1mLC-_ilDSuAbvaUZi-ab_0wcz-B5Sv9J

Kata mereka, purata umur mereka kat sana 73 tahun. Jarang2 sempat sampai umur 75. Kalau umur 83 tahun tu bonus. Umur pun ada bonus eh 🤲. Ah ah bonus sangat ni, sampai nak beli insurans travel mak pun tak boleh online. Terlebih umur kena beli dengan ejen insurans direct.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1LkgbXgBGWQERvTckBzzVIy99sVJIE8sV

Sebab tu sis tak berani nak bawa mak bercuti long haul flight. Lagi2 kalau musim winter. Risiko. 
Haritu mak pergi Umrah pun touch down je esoknya terus kena warded sebab telinga masih berdenggung dan kurang oksigen. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1BwMLk_lDQH1o7cLAmDo-U2ubZ0EaWjDc

Apa2 pun mak terlajak happy trip kalini. Siap ajak nak gi lagi.. phewwwww 😅…
 adalah benda yang nak dibeli lagi tu 😀..

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1yNUNileuVZskupUzYGyddPa5TmeL6Co0

Dalam masjid Istiqlal Jakarta..
Iaitu masjid terbesar di Asia Tenggara.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1vwt0cIjFGu6rjJ_2K6YqAYh221J5Mcgq

Insya-Allah nanti akan repeat lagi Jakarta ni..
Sebab nak gi area Jakarta Selatan pula belah Bogor..
Doakan semoga mak sentiasa sihat dan masih bertenaga berjalan untuk kami bawa mak jalan2 lagi,