Sunday, July 24, 2022

Tahniah Daim dapat piala...


Rasa rugi pula tak share kisah Daim yang ni kat blog..
Ya lah zaman kakak2 dia dulu asal best performance je wajib masuk blog ni..
Ni zaman2 Daim kini lebih cepat masuk kat FB & IG..
Walhal esok lusa dan masa akan datang, ibu lagi suka buat rujukan gambar lama2 kat dalam blog sebab lebih detail.

Ni pengalaman pertama Daim dapat piala.
Ya lah masa umur dia 4 tahun (2020) belajar kat Smart Reader, baru start pandemik. Belajar pun secara online dan PdPR.
Kemudian masa umur dia 5 tahun (2021), pindah ke Tadika Indah Ria iaitu tadika kakak2 dia dulu. Pun sama masih on off belajar secara fizikal, banyak online dan PdPR juga.
Tahun ni dah 6 tahun (2022), alhamdulillah...dah sepenuhnya masuk kelas fizikal.
Dan aktiviti penilaian dan exam dalam kelas pun boleh dilakukan.


Alhamdulillah...
Tahniah Daim..
Dapat 2nd Best Performance untuk Ujian Penggal 1..
Sengih sampai ke telinga balik sekolah haritu..
Bukan main lagi eksyen ya dapat letak piala tu sebelah piala kakak2nya masa tadika dulu..
Jangan mudah cepat selesa Daim, usaha lagi untuk penggal 2 pula ok...

Ibu, ayah & kakak2 sayang Daim..
Akan selalu support Daim ok..




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, July 3, 2022

Jom bawa rombongan sekolah belajar buat coklat di GO JB Chocolate.


Lamanya tak jengok2 ke blog ni..
Almost 1 bulan tak ada entry baru..
Ya lah, sejak2 semua kembali sibuk ke sekolah, tempat kerja dan aktiviti luar ni..

Walhal banyak je cerita ceriti baru yang nak dikongsi dan abadikan di dalam blog ni..
Tapi nampaknya lebih cepat dan senang update dalam IG dan FB je..
Update kat stories pun lagi cepat macam buat live gitu kan..

Ok lah slowly nanti akan diupdate juga momen2 penting tu dalam Blog ni..
Suka simpan dalam blog sebab ceritanya lebih details dan gambarnya nak download kemudian hari tak pecah. Nak rujuk next time pun senang just masuk je keyword kat google tu..
 

Dimulakan dengan cerita Edutour di GO Jb Chocolate..
Alhamdulillah..Edutour pun dah slowly kembali rancak selepas pandemik 2 tahun..
Ni Edutour pada 29 dan 20 June 2022  - 2 hari lepas..
Syukur dapat tengok ramai2 kembali beraksi *bermain coklat* ..
Happy semuanya setelah sekian lama tidak boleh membuat aktiviti luar kan..


Minum air coklat sedap yakmat bak katanya peserta2 Edutour ni..


Excited masing2 dapat buat coklat..


Untuk pelajar-pelajar tadika dan pra sekolah, 1 sesi boleh muat sehingga 85 pelajar seperti dalam gambar..


Btw Tadika ni ambil slot 2 hari berturut2 kerana bilangan students nya melebihi 160 pelajar..


Cikgu2 turut memberi komitmen yang terbaik...


Hasil yang mereka akan bawa balik..


Sesi Q & A...Dapat jawab kita bagi hadiah..


Ole2 untuk para guru..


Cikgu2 pun nak posing juga..


Terima kasih semua...


Tengok apa tu kusyuk semuanya...


Seronok ya semua ramai2 dapat naik bas gi lawatan..


    Meriah budak2 ni depan kedai jiran2 pun..
Pakat dok tengok keletah si cilik ni semua..


Alhamdulillah...
Semuanya seronok...
Semuanya teruja..


Air coklat wajib minum ya kalau buat lawatan ke tempat kami..


Walaupun ramai, tapi keadaan sangat terkawal..


Edutour ni menrupakan satu "education" kemahiran insaniah seta kemahiran secara tidak langsung kepada semua peserta.


Have fun kids...


Bergambar kenang-kenangan dengan guru tadika masing2..


The feedback..

Kepada organisasi, tadika, pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, persatuan2 serta kelab2 yang berminat, bolehlah hubungi 010-6468383 untuk booking tarikh dan dapatkan details ya. Terima kasih. Sesungguhnya InsyaAllah, kids pasti suka dan puas hati.





::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::