Cuti sekolah dan cuti Raya haji kalini, round separuh Malaysia kami..
Bercuti di Penang 3 hari, kat Kelantan 3 hari dan transit di Bangi 1 hari.
Fuhh memang puas hati...
Kalini nak sharing hotel yang kami stay di Bandar Baru Bangi.
Hotel baru lagi ni. Baru beroperasi 8 bulan.
Bangunan, perabot, bau semua pun masih wangi.
Harga pun value for money sebab bilik superior yang kami duduk ni harganya bawah dari RM200.
Staffs peramah, wi-fi laju dan view bandar pun cantik.
1 je yang yang perlu diimprovekan iaitu lift ke basement parking hanya ada 1 sahaja.
Kalau tak ramai macam kami duduk haritu ok lah..kalau ramai2 jenuh juga nak menunggu lift 1 tu kan..
Ok, jom kita tengok gambar2..
Kami bertolak dari Kota Bharu jam 8 pagi, kul 4 petang baru check in sini..
Daim yang tak habis-habis sepanjang perjalanan asyik cakap 'ayah...hotel..ayah..hotel..jom..'
Amboi...budak usia 2 tahun pun pandai nak tido hotel ya..
Tengok tu gaya posing, nyenggeng dapat masuk hotel..haha
Ruangan lobby hotel..
Saya mula2 sampai tertukar dengan lobby apartment, setelah diberitahu receiptionist, barulah saya bergerak ke lobby sini..btw lobby hotel ni lagi besar ya dari lobby apartment..
Kat atas tu tingkat 2, cafe tempat untuk breakfast dan makan2..
Welcoming drinks....air detox uolsss...
Bagi kat Daim...minum separuh gelas dia..haha
Sedap yakmat welcoming cookies tu...rasa memang homemade cookies...
Nak santai2 boleh je lepak2 kat area ni sambil menikmati beverage kan..
Siap ada butik Telekung Siti Khadijah lagi..
Aneka kek boleh dipilih tapi berbayar ya..;-}
Ni pandangan dari bilik kami tingkat 15..
Yang bangunan tinggi sebelah sana tu lah bahagian aprtment..
Dilengkapi dengan fasilitti macam hotel juga..
Cuma tak silap bila breakfast je breakfast kat hotel..
Boleh naik buggy...
Priority buggy untuk mereka2 yang dinyatakan dalam signange tu..
Depan hotel ni ada restoran besar..
Menu tak pasti sebab saya tak masuk dalam tu..
Ni bilik superior kami..
Agak luas juga lah untuk kami 5 beranak ni..
Katil pun extra king, 5 beranak pun boleh tidur atas katil tu..hihi
Kat area bawah ni pun masih boleh tidur kalau bawa extra bed/toto..
Kebetulan dalam kereta memang selalu stanby toto untuk anak2 kalau jalan jauh, so anak2 dapat golek2 dengan happynya dibawah sambil menikmati pemandangan bandar diluar sana..
Dalam wardrobe disediakan iron, iron boad dan extra pillow juga..
Toilet pun bersih dan selesa..
Wajib bawa balik untuk dijadikan koleksi
Complimentary air mineral..
Promosi makan2 sehingga hujung tahun ni..
View dari bilik kami sebelum ribut petir dan angin kencang malam haritu. Bunyi angin pun ngei sangat2 masa tu tau...Cepat2 semua berlari2 anak masuk bilik tingkat 15 lepas balik makan malam tu. Tengok bawah angin terbang bersama pasir sekali. Rupa2nya Jabatan Meteorology Malaysia dah keluarkan Thunderstorm Warning. Cantikkan viewnya...
Malamnya kami keluar makan area Sg Merab..apa dah nama tempat tu tetiba lupa..haha..
Tapi no worries, kat sini kan Bandar Baru Bangi..
Banyak pilihan keda/restoran nak makan apa..cakap je...
Sebab dah 2 hari berturut2 makan daging korban, so kami makan western dan seafood je malam tu..
Seronoknya kami dapat makan dengan aman dan damai kat sini sebab Daim sambil makan sambil main kat depan kami ni...haha
Esoknya masa nak check out..
Cantik dan luas ruangan lobby ni..
Kebetulan masa kami nak check out tak ada orang..
So Daim pun apa lagi buat macam rumah sendiri...hihi..
As usual, kalau dah sampai KL apa lagi..
Memborong stok2 bahan mentah lah..hihi..
Done review!