Sunday, April 22, 2018

Resepi Daging Dendeng Balado



Pabila puasa, mulalah nak makan macam2..
Terutama menu yang jarang2 kita jumpa dan kita masakkan..
Semalam teringin pula nak makan daging dendeng balado..
Gigih menumbuk daging dan masak menu ni tengahari semalam..
Sambil2 teringat kenangan masa kat Bandung dan Batam, menu ni lah menjadi pilihan kalau ke restoran nasi padang..


Haish...Dah siap terliur pula...
Nak-nak pabila anak2 dan suami bertambah2 makan tengahari semalam..
Yang berpuasa ni tengok sipi2 je lah ya... hihi..


Resepi seperti dalam video tu ya. Insyallah langkah yang mudah diikuti..Cuma kuantiti bahan tu agak2 lah ya..


Tapi..tapi..tapi..
Bersemangat kononnya tengahari tu masak daging dendeng balado ni ya untuk berbuka, alih alih ayah damia bawa berbuka puasa kat Pasir Gudang pula..Ok. Kita tapau daging dendeng dalam bekas bawa makan kat restoran ya...

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, April 20, 2018

Resepi Daging Masak Sos Tiram


Resepi Daging Masak Sos Tiram..
Enak dimakan bersama nasi panas2..


Mula2 nak makan 1 mangkuk kecil je nasi malam2 ni, adusss...tertambah setengah mangkuk lagi. Resepi simple cam ni yang membangkit nafsu ni...



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, April 19, 2018

Damia Ayyunie turns 9 years old, tapi Daim pula lebih-lebih ya


Dear Ayyunie,
Adik kena pasrah dik pabila adik ada adik kecik lagi, sebab pasti adik kecik lagi tu yang akan kongker majlis ko dik 😂..
Baru sempat nak makan kek dan tiup lilin untuk Birthday Ayyunie huujung minggu lepas. Kalau tak, dia asyik mengungkit je birthday dia tak ada kek pun 😉..
Better late than never. Janji doa ibu utk anak2 ibu tak pernah putus.

p/s: Harijadi dan kek tak dapat dipisahkan, so we make it. By hook or by crook, tetap kena tiup lilin dan ada kek juga kan..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, April 18, 2018

1 kampung shopping coklat ke?


Selain dari program Ilmiah dan pengalaman membuat coklat, kemeriahan shopping coklat pun satu kemestian. Tengok ni!

Satu kampung shopping coklat ni..
Bonet bas separuh penuh dengan kotak Ole-Ole CocoDamia.

Shopping yang terancang dan teratur.

Kenapa? Sebab sebelum sehari mereka datang Edutour, dah minta siap2 senarai harga setiap produk untuk disebarkan kepada ibu bapa dan pihak2 yang mengirim..So, kebanyakannya bagi duit cukup2 dan dah tahu nak beli apa.
Impian saya dan suami dengan GO JB Chocolate. Biar orang yang mencari2 dan membeli2 CocoDamia.

Alhamdulillah.. Terima kasih kepada pelajar2 dan guru2 dari Sek Keb Gembut, Tanjung Sedili yang datang Edutour semalam. Ada rezeki kita jumpa lagi utk Edutour akan datang.

#cocodamia #gojbchocolate #edutour #lawatansambilbelajar







Haha.. Daim Daim.. Tak takut orang langsung.. 

Sesungguhnya 
Perancangan manusia itu USAHA, Perancangan Allah itu TAKDIR

Monday, April 16, 2018

Maskot CocoDamia


Wahhhhhh...
Buat pertama kalinya @gojbchocolate menampilkan Maskot Rasmi kami semalam. 

Kebetulan ada peserta Edutour semalam request nak buat sambutan birthday di GO JB Chocolate, jadi Maskot Rasmi suprise keluar membawa hadiah untuk birthday girl dan memeriahkan lagi majlis bersama pelajar2 dari Home Schooling Arkidstect & Tadika IQ Aulad. Terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru2 terlibat.

Wow, ada permintaan dari ibu bapa lain juga tadi request kalau nak buat sambutan hari jadi sahaja bersama maskot dan buffet coklat boleh tak di sini?.

 Hurmm peluang yang baik. Nanti kami fikir2kan memandangkan jadual Edutour sangat packed sehingga bulan 11 nanti.

Bulan april ada 2 lagi slot yang kosong untuk edutour ya. Hanya kosong 20 dan 22hb April sahaja. Yang lain dah full booked. Boleh whatsapp 0106468383 untuk pertanyaan.

Say haiiiii to Maskot C.D (means CocoDamia) 👋👋👋👋👋
 #maskot #cocodamia 
#gojbchocolate #edutour #lawatansambilbelajar


Nak lari gi mana tu C. D? 


C. D memeriahkan majlis harijadi


Famous C. D semalam ya.. Sampaikan keluar bergambar kat luar pun ramai yang berhentikan kereta tengok awak..


Semoga kewujudan C. D dapat memeriahkan dan menceriakan pelajar2 semasa sesi Edutour.. 


Budak2 teruja habis! 

Monday, April 9, 2018

Soalan lazim tentang Edutour di GO JB Chocolate



Soalan soalan lazim tentang Edutour:

1. Berapa jam Edutour ni?
🍫 Purata selalunya 3 jam. Tapi jika pelajar lebih dari 60 orang, plus minus mungkin tambah lagi 1/2 jam. .

2. Berapa minimum dan maksimum students?
🍫 Minimum 30 pelajar, maksimum tadika 80 pelajar, sekolah rendah 60 pelajar, sekolah menengah 40 pelajar. .

3. Ada bayaran tak?
🍫 Ya ada bayaran. Bayaran berbeza mengikut kategori tadika & Sek Ren serta Sek Men dan dewasa. .

4. Dapat apa dengan bayaran tu?
🍫 Ilmu, pengalaman, welcoming drinks, makan coklat, DIY coklat, coklat yang dibuat boleh dibawa balik, tuppeware berisi goodies, apron dan kenangan. .

5. Cikgu dan ibu bapa kena bayar?
🍫 Tiada bayaran dikenakan. .

6. Jam berapa mula Edutour?
🍫 Sesi pagi 9 hingga 12 (amat digalakkan pilih sesi ni), sesi petang 2 hingga 5. Tapi jika ada waktu pilihan sendiri, bergantung pada budi bicara. .

7. Berapa ramai guru & ibu bapa boleh turut serta?
🍫 Tiada had untuk guru tapi nisbah selalunya 10:1, manakala untuk AJK ibu bapa boleh hadir mengikut keperluan pelajar (pendidikan khas, tadika 3-4 tahun, rombongan khas 1 bas ibu bapa dan lain2) .. 

8. Cara bayaran macam mana?
🍫 Cash, bank in, tranfer atau cek. Kami tak terima LO dan PD cek. (Deposit 30% dikenakan 1 minggu sebelum tarikh Edutour) .. 

9. Kalau tak datang Edutour, tapi nak datang walk in shopping boleh? 
🍫 Boleh! Dialu-alukan. .

10. Saya nak add on goodies untuk cikgu dan AJK ibu bapa turut serta, boleh ke?
🍫 Boleh! Kami akan custome made kan goodies mengikut budget masing2. .

11. Bila waktu sesuai pelajar2 dan  cikgu2 shopping semasa Edutour. 
🍫 Untuk guru2 dan ibu bapa, semasa DIY coklat, manakala untuk pelajar2 selepas habis program.. 

12. Nak beli apron sahaja boleh?
🍫 Harap maaf. Apron eksklusif untuk peserta2 Edutour sahaja. Tiada jualan dilakukan..
Untuk pertanyaan dan booking slot Edutour, boleh whatsapp 010-6468383. Jika tarikh dah confirm, semua urusan mesti melalui email cocodamia@yahoo.com. Team admin akan follow up dari masa ke semasa sehingga tarikh edutour dijalankan. Terima kasih semua!
Happiest Edutour begin with us!
💜CocoDamia & GO JB Chocolate💜 #cocodamia #gojbchocolate #edutour #lawatansambilbelajar

Friday, April 6, 2018

Perihal Assistant Rumah Tangga di Hong Kong


Masa di Hong Kong, berkesempatan ke 2 buah masjid. 1 di Masjid Ammar yang terletak di Wan Chai (boleh makan Dim Sum halal & beli roti halal) manakala lagi 1 di Masjid Kowloon yang terletak di Tsim Sha Tsui (aneka Indonesian food dijual). Kebetulan pergi hari ahad, memang penuh masjid dengan orang2 Indonesia berkumpul ramai2 disitu.

Sempatlah sembang2 dengan beberapa orang disitu. Rupa2nya kebanyakan mereka adalah Assistant Rumah Tangga atau Pembantu Rumah tangga. . Setiap hari ahad adalah hari off day. Jadi di masjid2 ni lah untuk mereka berkumpul, hangout, makan sama2 dan membuat aktiviti ceramah agama.

Tanya juga kalau majikan tak benarkan cuti hari ahad cam mana. Boleh, tapi majikan kena bayar extra (ada sebut jumlah tapi tak ingat) pada hari ahad yang mereka tak dibenarkan cuti. Dan gaji minimum mereka adalah HKD 4000 (RM2000). Kontrak macam biasa 2 tahun.

Sempat juga berseloroh kenapa tak minta kerja di Malaysia. Diaorg jawab gaji Hong Kong lagi lumayan 😃 dan tak ramai anak 😃. Yang penting hari ahad outing wajib.

Sebab tu populasi foreigner di Hong Kong ramai warga Indonesia dan Filipina. Sampaikan kita tourist dari Malaysia pun diaorg ingat Indonesia 😏.


Dihadapan masjid kowloon


Di hadapan masjid Ammar


Tak sah datang Hong Kong kalau tak makan Dim Sum kan.. Kantin jual Dim Sum ni dalam Masjid Ammar kat tingkat 5. 


Daim ramai peminat disini.. 
Mungkin mereka melepaskan  rindu pada anak2/adik2 mereka yang berada di kampung masing2.. 


Kebetulan ada ceramah agama.. 
Ramainya orang.. 


Alhamdulillah.. 
Dapat mengenal budaya negara orang lagi.. 
Bersama keluarga kecil kami.. 

Thursday, April 5, 2018

Resepi Nasi Goreng Cili Kering


Kadang-kadang pabila tak ada idea nak masak apa untuk sarapan atau makan malam, mulalah terkenang masakan mak masa zaman kita kecik-kecik dulu. Terus teringat pagi2 mak masak nasi goreng cili kering untuk dibawa bekal ke sekolah. 

Haishh.. Bila dah teringat, mulalah nak buat. Teringin kekdahnya.. So here we go!

Bahan-bahannya:

1 mangkuk besar nasi yang telah disejukkan dan diramas (4 orang makan)
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
5 tangkai cili kering yang direndam air panas dan dibuang biji
Segenggam ikan bilis
2 biji telur
Sedikit hirisan nipis isi ayam
Sedikit kobis putih yang dihiris halus
Garam & perasa

Cara-caranya:

1. Tumbuk bersama bawang putih, bawang merah, cili kering dan ikan bilis.
2. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
3. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga masak.
4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga telur masak.
5. Masukkan nasi yang telah diramas supaya tidak berketul.
5. Masukkan juga kobis, garam dan perasa.
6. Kacau sehingga sebati dan masak.

Cadangan: Boleh dihidangkan bersama telur goreng mata dan ikan bilis goreng untuk lebih umphhh! 

Wednesday, April 4, 2018

Edutour dari SMK Seri Aman Kota Tinggi di GO JB Chocolate


Hari-hari pun ada Edutour.. 
Dari pelbagai tadika, pra sekolah, sekolah rendah & sekolah menengah.. 
Tapi sebab harini special pelajar2 ni dapat buat coklat Lady Bird sendiri, maka kita up dalam blog ni buat rujukan dan kenangan. 

Kalau sebelum2 pelajar2 sekolah menengah buat Coklat Lipas, kalini kita ubah sikit modulnya.. Biasalah kalau buat benda yang sama je nanti keboringan pula kan.. 

See gambar2 dibawah.. 

Wajah-wajah keceriaan dan keterujaan para pelajar dari SMK Seri Aman Kota Tinggi yang dapat buat Coklat Lady Bird dalam Edutour di GO JB Chocolate harini. Biasalah budak2 besar ni, kita ajar buat macam ni, mereka buat macam tu. Kreatif dan seni katanya. Haha.. 

Apa2 pun terima kasih kepada semua yang sporting selama 3 jam bersama kami. Opsss.. Tambah 1 jam shopping till you drop kan. Hihi.. Siap beratur depan bilik production lagi menunggu stok yang sedang diproses dibawa keluar.

Sesungguhnya happiest Edutour begin with us!

Untuk sebarang booking slot edutour, boleh email ke cocodamia@yahoo.com atau whatsapp 0106468383.

#cocodamia  #edutour #lawatansambilbelajar #gojbchocolate 


Dah lama tak conduct DIY chocolate ni. Selalunya ni tugas chef Mira. Tapi sebab ni first modul untuk coklat Lady Bird ni, so Lady Boss kena tunjukkan skill ya.. Hihi.. 


As usual, sebelum start aktiviti, kita bagi air coklat dulu utk para pelajar. Lebih bersemangat, lebih bertenaga.. 


"love kecik" kata mereka.. 


Yeayy happy faces! 


Aktiviti shopping.. 
Saya suka saya suka.. Alhamdulillah. 


Semoga selamat sampai ke Kota Tinggi.. (dah sampai pun masa update entry ni) 

P/s: Bulan April ni kita masih ada 4 slot kosong lagi dari 20 slot Edutour. So cepat2 booking bagi organisasi/sekolah yang nak buat Edutour ya..

Monday, April 2, 2018

Bercuti di Hong Kong dengan menggunakan travel agent


Kalau ikut pembacaan kat internet, tak ramai yang pergi Hong Kong menggunakan khidmat travel agent. Sebab Hong Kong ni Negara yang mudah konunikasi (English), papan tanda pun banyak in English, dan sistem MTR serta Subway pun tak sekompleks kat Jepun. Pendek kata senang lah nak travel kat Hong Kong ni dengan confidentnya. 

Habis tu kenapa saya guna khidmat Travel Agent juga? Sebab malas nak simpan dalam kepala route MTR tu, tak children friendly public transportnya (kena angkut turun naik stroller), malas nak tukar2 train, serta nak kesenangan dan keselesaan terutama pabila ada infant travel sekali. 

Sebab tu ada yang bertanya saya gi Hong Kong aritu tak naik train (MTR) ke?

Tak.. Sebab saya ambil pakej ground dengan travel ejen Cherish Asia Travel (boleh tengok IG dia untuk berurusan). So semua urusan transport ditanggung beres tunggu depan lobby hotel je. Tiket2 nak masuk ke tempat attractions pun dah include. So no need beratur panjang2.  Kecuali yang free & easy punya outing, pun kami ambil uber je kesana sini. Adalah juga kami naik Tram (wajib cuba kalau ke Hong Kong) dan naik ferry untuk bagi pengalaman baru kepada anak3 serta kami suami isteri. 

 So percutian ke Hong Kong ni lebih relaks dan cool lah. Tak payah pening2 nak keluar awal, jalan kaki je MTR station dan angkut naik turun stoller Daim tu.

Sejak2 travel dengan infant ni (Daim lah kan), memang banyak faktor keselesaan dan kesenangan diambil kira. Terutama hotel dan transport. Tapi selalunya hotel kami tempah sendiri. Sama macam Hong Kong ni. Kami ambil pakej yang tak include hotel sebab nak cari hotel yang lebih luas sikit berbanding pilihan yang diberi oleh travel agent. 

Tiket flight awal2 lagi kami dah booked dengan MAS masa hari yang sama both Damias bawa balik buku report akhir tahun bulan 11 tahun lepas. Sebab keputusan sangat cemerlang, tanya Ayyunie nak hadiah apa, dia jawab nak gi Disneyland. Terus ibu booked tiket flight haritu juga. Rezeki kami dapat harga yang amat reasonable. Lebih kurang RM355 per person all in. Daim lah paling untung sebab hanya bayar RM50 je all in. Terima kasih Malaysia Airline.. Hihi.. 

Kalau mengikut pembacaan kat internet juga, sampai je Airport Hong Kong terus beli Octopus Card untuk kegunaan public transport dan 4G Wi Fi/ Sim Card untuk connecting, tapi kami tak beli pun. Sebab sampai2 je airport dah ada wi-fi, dalam bilik dah ada wi-fi, tempat attraction pun ada wi-fi, malah tepi2 jalan pun ada free wi-fi (kuat tak kuat je lah) .. Tu senang nak request Uber dan guna Waze nak berjalan tu..

So perkongsian ni adalah dari sisi yang berlainan (guna travel agent) untuk yang nak bercuti ke Hong Kong..


Kami sampai Airport Hong Kong dalam 6 lebih. Nak keluar dari terminal pun blank kejap kepala. Sebba besar sangat. Kena naik train pergi ke terminal 1 sana.. Kaki ikut je orang ramai ke mana.. Haha.. Serius sebab maybe penat sangat dari JB kul 7 pagi kan ke KLIA, tu yang macam malasnya nak fikit benda2 kompleks ni. Mujurlah sampai2 je airport, driver yang nak pick up kami tu whatsapp suruh tunggu kat Mc'D depan arrival. So lega otak just follow je driver sampai ke kereta dan seterusnya ke hotel. Dari airport nak ke hotel kami di Pulau Hong Kong lebih kurang 1 jam. Fuhh nasib baik amik pakej ground. Kalau tak lagi penat nak naik bas/taxi/MTR untuk sampai ke hotel kan. 


Day 2 kami ada halfday City Tour. Kami naik coach bus ni. Tak ramai pun dalam coach tu. Hanya kami satu family dan 3 couples yang agak berusia dari Hawaii, Holland dan juga dari mana dah lupa.. Ada yang kerja doktor, majistret, lawyer dan profesion lain. Eh khusyuk pula Daim dengar penerangan dari tourist guide tu ya. 


Our tourist guide. Tegas dan pandai berjenaka. So tugas dia memang pegang bendera tour tu sambil memberi penerangan ke tempat2 yang kami visit. 


Day 3, seharian di Disneyland.. So naik coach bus juga. Sebab banyak sangat coach bus dari pelbagai agensi pelancongan, so kena pakai stiker tu untuk mula2 tunggu coach bus supaya tak tertukar bas. Khusyuknya Daim tidur. Dah bas pun selesa, memang tidur je sepanjang perjalanan tu. 


Sebab urusan transport diuruskan oleh travel agent, so balik malam dari Disneyland pun ada apa hal kan.. So just nice habis je Disney Parade Show, masing2 pun balik dan tunggu kat kawasan yang dah diberitahu awal dimana dan kena pakai stiker lain pula. 


Hah tu nampak kami pakai stiker supaya tourist guide dapat kenalpasti siapa yang akan naik coach bus sekian sekian. Rezeki kami lagi, yang naik coach bus ni hanya family kami dan 1 couple dari Ireland tak silap. Memang privacy lah perjalanan kami untuk balik ke hotel di Pulau Hong Kong. 


Day 4, sepatutnya kalau ikut schedule travel agent,  kami akan ke Ocean Park, tapi sebab kami tak nak (sebab dah ke Sea World yang super best kat Gold Coast tahun lepas) dan sebab nak free and easy sendiri, so kami naik Ding Ding Tram untuk makan dim sum. Best pengalaman baru ni. Tram ni bergerak menggunakan elektrik.  Flat rate tak kira jauh atau dekat naik tram ni. Dewasa HKD2. 30 dan kanak2 HKD1. 20. 


Lepas tu kami cuba pula naik Star Ferry (wajib cuba juga ni kalau ke Hong Kong) dari Pulau Hong Kong ke Tsim Sha Tsui untuk membeli cenderahati. Mula2 huru hara kejap cam mana lah nak beli tiket ferry ni. Tanya beberapa pelancong lain pun tak berapa faham. Tanya orang cina pun tak faham juga (saya syak mereka pun tourist samada dari Taipei ke, Taiwan ke, atau Tanah Besar China) pun tak faham. Last2 ayah damia pun try n error ikut intruction barulah keluar token (read tiket)... Haha.. Then nanti token tu kena masuk kat dalam box palang masuk ke terminal. Barulah boleh naik ferrynya.. Owhh gitu kisahnya.. Kan dapat pengalaman baru tu.. Hihi..


Dah habis shopping serbaneka cenderahati, request uber untuk balik semula ke Pulau Hong Kong. No worries, open wifi kat Hong Kong ni walaupun tepi jalan. Cuma bila dah jauh dari kiosk ni, wifi tak sampai je lah. But don't worry, Hong Kong mengamalkan open wifi terutama kepada tourist. Mostly memang dapat wifi. Kami juga guna waze nak berjalan ke Avenue of Star dan Temple street market. 


Day 5, lepas jalan2 sekitar hotel, jam 11 pagi driver yang pick up kami ke airport pun sampai. Flight kami Hong Kong - KLIA jam 2:30 petang. 


Bye bye Hong Kong.. 
Till we meet again jika diizinNya..

So senang kan kalau guna travel agent. Cuma kena sediakan kos yang lebih sikitlah berbanding kalau bergerak sendiri.

Next, saya kongsikan itineray 5d4n percutian di Hong Kong ya. 

Sunday, April 1, 2018

Tips nak buat cili jeruk paling cepat


Semalam masak mee celup.. Masa tengah sediakan aksesori mee celup tu, tetiba rasa tak cukup aksesori pula nak berganding dengan mee celup tu.. Rupa2nya cili jeruk tak ada lah.. 

Saja search resepi mee celup kat FB sambil2 tu, alih2 terjumpa pula ada orang share buat cili jeruk ni. Baru tahu rupanya kaedah paling pantas nak makan cili jeruk adalah masak bersama cuka, air, garam, gula dan cili sehingga cili bertukar warna. Rasa sedap sangat. Masin2 manis2 gitu.. 

 Kini tak payah lah lagi nak tunggu cili jadi jeruk ya berhari-hari kan 😌.. Tak sampai 10 minit dah siap cili jeruknya..