Sunday, December 30, 2018

Bumblebee in 4DX




Malam tadi..
First time tgk movie in 4DX..
Tengok movie Bumblebee..
First experinced..
Not bad..
Time ada aksi bom, angin kena muka kita..
Seat gerak2 dengan kencang..
Time aksi berperang..
Boleh nak jatuh kita dari seat..
Air, bau, kabus..
Semuanya ada action kat kita.. Sampaikan nak beli popcorn & drinks pun takut..
Takut tumpah..
Tapi setelah 2 jam dalam tu..
Terasa badan sakit2 urat..
Pastu asyik nak mengelongsor ke bawah je..
Kadang2 action tak berapa synchronize dengan moving seat tu..
.
Tapi ok lah nak try..
Kalau tengok movie Aquaman maybe lagi banyak kita boleh feel the actions kot..
Hajat nak tgk aquaman sebenarnya..
Ntah cam mana terbeli tiket Bumblebee pula..
Tiket RM38 perseat.
Kami tgk kat Paradigmall JB.

Thursday, December 27, 2018

Menikmati kelainan cendol di Cendol Kampung Hulu, Melaka


Lepas sahaja check out dari Bayou Lagoon Resort tengahari semalam, terus ajak ayah damia gi makan cendol yang tengah viral kat Melaka tu. Kebetulan pula kedai cendol tu kepunyaan kawan comper juga, lagilah keinginan nak mencuba cendol tu membuak2 kan..


Cendol viral yang bukan biasa2..
Bukan guna ais batu biasa..
Tapi menggunakan blok ais santan..


Topping buah-buahan pun banyak pilihan..
Durian, dragon fruits, mango, buah kabung, coktail, mangga, laici dan macam2 lagilah..
Saiz pun besar dengan harga yang mampu dimakan semua..


Saya punya...
Cendol Mangga..
Air gula melaka dia fuhh kaw kaw kaw..


Kebetulan kami sampai tu dalam 12 lebih.
So tak beratur panjang sangat..
Lepas je Zohor..barisan beratur makin panjang..
Waktu lunch agaknya..


Daim sampai sepet mata menahan kepanasan..
Mujur ada cendol buat hilang dahaga..


Pemandangan yang tidak membosankan..
Cafe menghadap sungai..
Bot-bot pun banyak lalu depan tu nanti..


Gambar keluarga wajib ada!


Makanan pun semua sedap2..
Ni mula2 kami order kebab ayam..
Terbaik!


Meat ball buat sendiri agaknya..
Saiz besar dan sedap yakmat..


3 hari turut2 dari kat Kelantan lagi Ayah Damia makan telur goyang ni..Haha


Pop Corn Chicken yang isinya tebal dan garing..
Terbaik!


Order lagi..
Kalini Kebab Daging pula..
Pun sedap..

Macam2 lagi makanan lain pun ada..
Asam pedas Ramen, Nachos, Ayam kari, Ayam masak lemak cili api dan pelbagai lagi..


Untuk sampai ke sini, kami Waze (Cendol Kampung Hulu) aje..
Ada lot parking besar juga lah kat tepi tu..
Ada jambatan juga..
So sangat cantik snap2 gambar..
Kami malas sebab panas..hihi..

Ok so lepas ni, sure akan singgah sini lagi lah jawabnya kalau ke Melaka..



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, December 20, 2018

Resepi Asam Rebus Cili Padi Siakap


Jarang2 masak menu ni..
Tapi sekali sekala less is more 🤤..
Nak2 pula time teringin sangat nak makan.. 

(Resepi asam rebus cili padi Siakap) 

*Bahan2 kisar
Cili boh/cili kering
Cili padi
Kunyit
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Sedikit ikan bilis

*Bahan2 lain
Siakap dipotong 4
Daum kesom
Bunga kantan
Asam keping
Garam & maggie secukup rasa
Air

*Cara2 membuatnya
Masukkan bahan2 kisar ke dalam periuk, masukkan air secukupnya. Kalau boleh jangan banyak sebab nak kuah pekat. Kemudian masukkan pula asam keping. Dah mendidih, masukkan ikan disusuli dengan daun kesom serta bunga kantan. Last sekali masukkan garam & perasa. Tutup periuk dan masak sehingga ikan betul2 masak. Siap!

Selamat mencuba! 


Sunday, December 16, 2018

Bercuti ke Phuket || Day 2 Pelayaran Premium ke Mai Ton Island


Sebelum baca lebih details aktiviti pelayaran kami pada hari ke-2, tonton dulu video diatas..
Supaya kalian juga dapat feel betapa seronoknya pelayaran ini..
Yang paling teruja dapat tengok dolphin liar berenang2 didepan kami semasa pelayaran ini..
Enjoy watching ;-)


What a breathtaking view...
Suasana maasa subuh jam 5 pagi 
(Thailand kan lewat 1 jam dari waktu Malaysia)..

Malam tadinya tidur, sengaja buka sliding door, nak menghayati panorama dari atas katil kononya..
Tapi tak sampai setengah jam, terus off aircond..
Angin luar lagi sejuk sampai menyucuk tulang..

Ayah Damia dan anak2 kata, tak tutup sliding door, ada nyamuk..
Apesal saya tak perasan pun ada nyamuk...haha..tidur mati agaknya..
Tapi kesian Daim nampat bintik2 bekas gigitan nyamuk..
Btw dalam bilik siap dibekalkan ridsect dan ubat nyamuk elektrik..
Tak terfikir pula nak pasang...haha


Untuk hari ke 2 ni, kami telah ambil pakej cruising, snorkelling, fisihing dan dolphin spotting di Mai Ton Island. Jadi sementara tunggu tour guide datang pick up kami jam 7 pagi di lobby resort, kita sarapan dulu.


Tepat jam 7 pagi, tour guide sampai dengan mini van (transport paling famous disini selain tuk tuk).
Perjalanan dari Patong Beach ke Chalong Pier (Jeti semua aktiviti pulau) agak lama juga..
Hampir 1 jam. Tak ramai pun guest dalam mini van tu..
Lebih kurang 9 orang termasuk kami sekeluarga.

Dah sampai Chalong pier, kami akan menaiki tuk tuk macam gambar kat atas untuk terus ke jeti...
Kejap je, 2 minit dah sampai..


Both Damias dah teruja nak tengok dolphin ni..
Kalau dolphins kat dalam zoo atau sea world tu lain sebab tu memang dipelihara..
Tapi ni dolphins liar yang kalau bernasib baik, dapat jumpa...
Kalau tak, tak ada rezeki nak jumpa..


Terlampau banyak kapal2 layarnya..
Sampai tersesat2 tour guide membawa kami...haha
Ingat di sebelah selatan, rupanya di sebelah utara..
Kita yang tak tahu mana satu ni, follow je lah..


Sempat lagi posing tu...


Daim dah sarung swimming suit siap2 kat dalam baju tu..



Finally...jumpa pun kapal layar kami..


Yeahhh...kami dah bersedia untuk berlayar..


Begitu confident Aleesya baring atas jaring tu..
Ibu pun tak berani mula2 tau..


So class & premium..
Btw pakej ni memang disebut2 oleh tour guide kami sebagai pakej luxury...
Sebab tu memang mereka akan menganggap kami sebagai VVIP.


Bersyukur lah anak2 kecil2 lagi dah dapat rasa pengalaman sebegini..


And then..taraaa..
Ibu memberanikan diri menikmati keindahan alam atas jaring ni..


Nama aktiviti ni adalah pelayaran 1 day trip ke Mai Ton Island & Coral Island.
Mai Ton maksudnya honeymoon.
Sebab tu pulaunya pun private island dan memang tak ramai orang..
Yang sama yatch dengan kami semuanya couple atau rakan berdua. 
Family kami sahaja berlima.
Pelayaran ni tak ramai, hanya 13 guests sahaja.
1/3 guests pun dah kami sekeluarga.
Al-maklumlah kami dah biasa pergi honeymoon memang kena bawa anak3.


Pelayaran ni sesuai untuk yang nak betul2 berehat, jauh dari kesibukan, dilayan seperti VVIP serta tenang2 dilaut sahaja.


Daim pun bukan main excited dan behaved sepanjang pelayaran ini.


Selepas 1 jam lebih kami cruising, akhirnya kami sampai jua di Mai Ton Island..
Kelihatan ada beberapa bot2 serta kapal layar mewah sedang berlabuh.
Tujuan kami ke sini juga adalah untuk snorkelling..
Snorkelling kat Mai Ton Island ni tenang setenangnya..
Senyap sunyi..sebab private beach kan..
Ikan pun besar2 dan batu karang pun cantik2..


Masa kapal layar berhenti...
Wajib posing..


Ngam2 pula dah sampai sini, Daim pun tidur.
Macam tahu2 je Daim nak biar kami snorkelling puas2 kat sini..
Bab katanya tour guide kepada ayah damia
"You tak care your wife, I take care your son"
Hahaha..

Untuk Both Damias pula, no worries, siap ada coach yang akan jaga dan tarik mereka ke tempat2 yang banyak ikan masa snorkelling nanti.
So kami enjoy disini!


Wefie sebelum turun snorkelling..


Yeahh..we're ready!


Ayah Damia dengan full face snorkel mask yang baru beli..
Terbaik guna full face ni sebab badan kita boleh terapung sendiri tanpa guna life jacket ni tau..
Masa dalam gambar ni tak tau lagi, bila dah turun laut baru ayah damia noticed yang memang boleh terapung tanpa pakai life jacket. Saya pun apa lagi, terus cuba. Ya betul..memang kita boleh terapung sendiri. Terbaik lah alat ni...

Gambar2 masa snorkelling tak ada ya..
Malas nak berbasah2 dengan kamera serta handphone..

1/2 jam kami diberi masa untuk snorkelling di situ..
Seterusnya kami dibawa ke Coral Island pula untuk makan tengahari dan buat aktiviti pantai yang lain.


Hooray!
Kami dah sampai di Coral Island..


Lunch di Coral Island Resort ni memang terbaik.
Kami dilayan seperti VVIP.
Kalau bukan pakej premium, buffet lunch ramai2 sahaja.
Tapi untuk group kami, kami makan berhidang.
Dan meja kami pun siap ada kain alas putih lagi untuk membezakan dengan guests yang datang buffet.

Bila kami jemput tour guide kami makan sekali, diaorg jawab..
"never mind, you eat first, you're my VVIP"


Enak2 makanannya..Eh makanan Thai, bila masa tak sedap kan..haha
Ada sup sayur, masak lemak cili api ayam dan terung, siakap sweet sour, kangkung belacan, sotong masa apa tak tahu, buah-buahan, nasi putih dan nasi goreng.


Habis licin kami makan tau..
Meja kiri kanan kami tak habis pun makan..
Ayah Damia cakap sebab diaorg control makan dengan kawan2 tak kenal..
Yang kami 5 beranak 1 meja ni bedal semua..haha


Lepas makan, kami diberi masa untuk mandi pantai serta buat aktiviti laut yang lain..
Ada yang berbayar, ada yang tidak macam main swimming pool dan berkayak. 


Adoii... Daim dah excited nak main pasir tu..
Suruh tengok kamera pun tak nak..haha


Mandi puas2 semuanya..


Lepas main2 pasir dan mandi pantai, kami ke bilik air yang disediakan untuk bilas badan masing2 yang berpasir..kemudian rehat2 kat sini sementara tunggu naik yatch semula..


Dah penat semuanya..tapi seronok..


Kami meneruskan pelayaran untuk dolphin spotting pula..


Subhanallah..
Bertuah sungguh kami dapat tengok dolphin2 ni berenang depan kami.
Masa beli pakej ni malam tadi, travel agent ada maklumkan yang dolphins tu hanya yang bertuah je dapat tengok, sebab jarang2 sangat dolphins munculkan diri lately. Kebetulan pula malam tadinya pun hujan renyai2, so peluang mungkin tipis. Sebab dolphins akan muncul time matahari terik dan panas sahaja.


Dan alhamdulillah..
Kami dapat tengok live dolphin2 tu..
Syukur Ya Allah atas peluang ini.


Sayangnya masa dolphin2 ni muncul, Daim tidur buat kali ke 2 pula atas yatch..
Haha..asyik tidur je..
Almaklumlah, sedap berangin dan beralun2 kapalnya..
Kemudian kami meneruskan pelayaran untuk ke Pulau lain untuk fishing pula..


Kasi chance posing romantik sikit ya..


Woww...sailing before fishing..


Masing2 diberi 1 gulung bebenang yang siap diikat dengan umpan untuk memancing..


Puas menunggu, ikan tak hadir2 juga ya..


Tak ada rezeki kami nak dapat ikan.
Yang lain2 adalah dapat ikan sederhana besar dalam 3-4 ekor..


Sementara semua ralit memancing, Daim pun ralit dengan mainan barunya..


Atas yatch, kami memang senantiasa dijamu dengan aneka snacks, buah-buahan, air tin, jelly, dan makanan2 lain.


Nenas kat Thailand ni memang manis2 yang amat..
Asal jumpa nenas je mesti semua berebut2 nak makan...haha


Maka berakhir sudah aktiviti2 pelayaran kami..
Seronok sangat sebab kami sekeluarga dapat pengalaman indah sebegini..
Lagi2 pabila anak3 pun happy depan mata kami.

Lebih kurang jam 4 petang, kami belayar untuk pulang semula ke Jeti Chalong Pier.
Nanti tour guide akan ambil kami dan bawa pulang semula ke resort dengan menaiki mini van pagi tadi.


Antara sea sport yang ada disini.


Malamnya tepat jam 8 malam, kami menaiki shuttle resort untuk cari makan di Patong Beach..
Tapi sebab hujan renyai2 dan masing2 pun dah penat sebenarnya, baru jalan sekejap, kami ambil tuk tuk dengan bayaran THB200 terus ke restoran halal yang terletak berhampiran dengan resort kami.


Ni nama restoran tu.


Pelayannya juga boleh berbahasa melayu kelantan sikit2..


Air nyor wajib minum kalau sampai ke pulau2 ni..


Nama dalam menu bukan main susah lagi, tapi rupa2nya air teh o ais je..haha


Soda plum ni saya punya..
Terbaik rasanya..


Sementara tunggu makanan sampai..
Daim ralit dengan mainan barunya yang lain pula..


Nasi goreng nenas lagi..
Haha..saya punya lah tu...


Kuew Tiaw sup Aleesya yang punya..


Tom Yam Gong ni ayah damia dan ayyunie yang punya.
Serta lauk2 sampingan yang lain..
Total makan hampir THB1000.


Restoran ni dekat dengan pantai..
So dari jauh sambil makan sambil boleh tengok Cruise2 besar ni berlabuh..

Apa2 pun misi cuti kalini untuk cuti betul2, rehat betul2 tercapai.
Alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah..

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::