Sunday, December 31, 2017

Resepi Sardine Puff Pastry Step by Step


Wahhh.. 
Esok dah bermula sesi persekolahan 2018 bagi Negeri Johor, Kelantan, Kedah dan Terengganu. Sekejap je masa berlalu kan. Masa berlalu dengan pantas kerana kita banyak aktiviti yang terisi.. Tak macam kecik2 dulu rasa lambat sangat masa berlalu. 

So para ibu dah fikir ke menu sarapan dan bekal apa yang nak bawa pergi sekolah esok?
Kalau masih berfikir2, why not cuba menu Sardine Puff Pastry ni kan. Bukan sahaja senang dibuat malah menjadi kegemaran anak2 juga.. 
 

Ni menu sarapan saya semalam.. 
Nanti nak bawa bekal ke sekolah, bolehlah tukar2 inti dalamnya tu letak coklat dengan strawbery ke, coklat dengan pisang ke, kari kentang dan daging ke atau lain2 mengikut citarasa masing2. 


Ni bahan2nya.. 
Tak rumit kan.. 
Cuma puff pastry dan parsley tu kena rajin mencari di pasaraya yang ada jual lah.. 


Ni bentuk yang saya buat, kalau para ibu kreatif, boleh je potong ikut bentuk kesukaan masing2. 


Pastikan telur kuning sahaja tau. 


Dan bolehlah mula aktiviti membakar.. 
Boleh je nak guna oven biasa, tapi saya kalau bakar kuih2 roti2 ni suka guna Halogen oven sebab kita nampak progressnya selalu.. 


Bila dah start naik, fuhh bukan main suka lagi tau.. Hati berbunga2 gitu.. 


Wowww.. Rasa nak lompat bintang gitu.. 


Ini benchmark saya. Mesti garing diluar lembut didalam.. 


Selamat mencuba!

P/s: Boleh search video kat Youtube juga "resepi sardine puff pastry step by step" yang saya upload. 

Thursday, December 28, 2017

Resepi Salad Tempura


Sarapan Daim yang paling senang dibuat. Tapi ibu pun tumpang makan juga tu. Sedap sangat 😊..

Nak buat bekal pergi sekolah pun boleh ni. Nanti tukar2 lah menu tempura tu. Ganti dengan isi ayam, meatball, atau hotdog buat sendiri.. 

Oh ya, Tempura ayam pilihan saya adalah brand Marina. Brand lain ok juga tapi tak sesedap brand Marina ni. Hihi.. 

Resepi ada dalam gambar ya. Cara2 buatnya so easy peasy.. 

Semoga bermanfaat.. :-) 

Wednesday, December 27, 2017

Kenduri durian ke?


Semalam planning asal nak gi makan durian kat kebun 1, kebun tutup pula. 

Nak gi makan kat kebun 2, buah habis pula. 

Sudahnya makan dalam kebun beraircond la 😃.. 

Round pertama, pulut tak siap masak lagi, durian dah habis diratah 1 plastik besar. 

Round kedua, saya dah kirim via whatsapp supaya suami balik keje nanti beli durian, durian berlebih2 pula2.. Sampai 3 plastik besar dibelinya.. 

Macam2 durian ada ni, musang king, durian kunyit, IOI dan durian kampung.. 

#familygathering

First round.. Masa ni ayah damia tak balik dari office lagi.. 


2nd round.. 
Fuhhh memang betul2 kenduri durian ni.. 


Biar berbaloi datang Johor makan durian puas2.. 


Kami dah selalu sangat makan durian. Time mahal pun sanggup beli, apatah lagi time murah2 sekarang ni..so kita beri keutamaan pada orang KL dulu makan puas2.. 


Menu breakfast dan lunch.. 
Pengat durian dan pulut durian.. 
Makan sampai lebam!

Malamnya pula pun menu durian juga.. Menu nasi ulam budu. Wajiblah dalam pinggan budu lagi banyak durian dari budu.. Haha..

Syukur atas nikmat Allah bagi. Dapar berkumpul jarang2 sekali dengan family sambil menikmati buah bermusim ni.. 

Tuesday, December 26, 2017

Shellout best di Taman Universiti Skudai

Beberapa hari lepas, selepas habis shopping keperluan sekolah anak2, singgah office Taman U Untuk solat maghrib dan mandikan Daim terus. Lepas tu terus gi dinner.. Jenuh juga lah pusing2 area Taman U tu nak dinner kat mana, sekali ternampak banner makan ikan bakar shellout tergantung kat tiang medan selera Taman U depan Sek. Keb Taman U 4 tu. Ok lah weolss pun cuba. Btw kedai ni terletak disebelah Ateh Corner yang sentiasa ramai orang dan famous tu. Betul2 sebelahnya.. 


Kami makan shellout.. Ada kupang, kerang, udang, lala... Btw ni set ya... 


Ikan siakap 3 rasa.. Nak pilih buat stim pun boleh.. 


Sayur pun macam2 pilihan. Kami pilih cupcai.. 


Bismillahirahmanirahim.. 
Kelaparan... So terus ngap.. 
Telur dadar tu semestinya Daim punya..
Sebab semua makanan pedas2 termasuk sayur tu.. 


Masing2 dah makan.. 


So ni lah set yang kami pilih..just tambah nasi putih, telur dadar dan air je.. Berbaloi2 kan.. Total siap menu tambahan RM75


Nama kedai tu.. 


Set untuk family besar.. Still berbaloi harganya.. 


Ni set utk keluarga sederhana besar.. 


Nak side order pun boleh.. 


Nak bakar2 pun ada.. 


Wowww... Asam pedas pun ada.. 


Menu ala-carte.. 


Side order lagi.. 


Side order lagi.. 

So review saya makanan memang sedap.. Sambalnya macam style mak2 kita masak kat rumah.. Eh ke tak sama mak2 kita semus masak erkk.. Haha.. Tapj jujurnya pedas jugalah untuk yang ada anak2 tu.. So kena bagitau kurang pedas kot..

So lepas ni kalau nak makan shellout siap pakej ikan siakap, dah tahulahkan nak makan mana.. 

Monday, December 25, 2017

Shopping barang keperluan sekolah 2018


Settled everything all about school!
Separuh hari luangkan masa kelmarin.  Macam nak raya pula rasanya. Mujurnya ada 2 aje yang bersekolah tapi hectic macam anak ramai lagi. 💰pelaburan masa depan ni.

Btw bab beli² all about school memang ayahnya kena uruskan. Kecuali bab baju sekolah dan tudung je ibu uruskan. Sebab ayahnya kata kalau suruh ibu yang teman anak beli stationary, mau berjam² lagi.. 

Sebab bukan taste anak² yang dipilih, tapi taste diri sendiri yang lebih. Haha.. Apa nak buat, stationary, fail, beg sekolah, kasut sekolah dan lain² comel sangat. Macam2 pilihan.. Mata ibu yang rambang nanti.. 


Tapi anak2 pun ada taste masing2.. Jenuh juga si ayah melayan anak2 dara membelek itu ini.. Tapi tak serambang mata ibu katanya.. Kih kih...

Sekarang ni cepat je masa berlalu.. Tup tap tup tap lagi 6 hari sekolah nak buka. Moga urusan pendidikan anak2 kita dipermudabkan dan diberkati oleh Allah... Aaaminn..

Saturday, December 23, 2017

Resepi nasi daging & air asam kerisik


Berbulan2 beli, baru semalam rasmi mangkuk baru 😃.. Punyalah sayang nak guna, tapi demi menjaga kepanasan makanan untuk dijamu kepada staffs di kilang semalam,  bawa keluar lah juga dari kotak 🤗.. 

Alhamdulillah.. Selamat dah menjamu staffs makan tengahari. Sempat masak nasi daging, sup tulang dan air asam kerisik (diaorg cakap sedap sangat).. Pastu diaorg cakap bertambah2 makan bukan sebab sedap je, tapi sebab mangkuk cantik sangat. Kah!

Btw semalam makanan tersimpan dalam mangkuk tu 2 jam masih panas ya. Maksimum 4 jam katanya kekal panas.. Nanti kita try betul tak 4 jam.. 


Mana lagi nak cari mangkuk cantik cam ni..
Bukan sekadar cantik, tapi fungsinya yang tahan kepanasan makanan tu yang penting.   Alahai rezeki betul dapat beli mangkuk cantik ni dari bhaiya India dari India betul tu. Ni pun last stok dah yang ni. 


Wowww.. Meriah! 
Btw memang boleh dikatakan setiap hari jumaat memang meriah kat kilang ni. Kalau saya tak masak, ayah damia bungkuskan makanan, kalau tak staffs gilir2 bawa makanan lah, kek lah, buah lah.. Best2.. 


Ada dessert kek dan buah rambutan. One of my staff sempat lagi buat koktail buah tau! 


Uikkss.. 
Tak sabar ya semua nak makan.. 


Ayyunie tak sabar2 nak makan koktail buah yang kak Amira buat ya.. 

Ok tak nak cerita panjang, kita terus ke cara2 buat Nasi Daging dan Air Asam Kerisik ya.. 


Resepi Nasi Daging

8 pot kecil beras basmathi Faiza (dibasuh, direndam 20 minit dan ditoskan) 
Daging dalam 250g dihiris separa nipis dan sederhana besar (jangan rebus) 
3 sudu besar minyak sapi (Adele) 
2 sudu besar rempah kurma
3 sekawan bunga cengkih, kayu manis dan bunga lawang
2 helai daun pandan disimpul
2 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
3/4 tin susu cair
1/2 tin air
Sedikit garam
Daun sup dan bawang goreng 

Cara-caranya:

1. Tumis 3 sekawan bersama bawang putih, bawang merah dan daun pandan dalan minyam sapi. 
2. Kemudian masukkan rempah kurma. 
3. Masukkan pula hirisan daging tadi. Kacau sehingga sebati dan baru masukkan beras yang ditos. 
4. Selepas dikacau sebati lagi, masukkan susu cair dan air. Juga sedikit garam.  Kuantiti campuran dan susu paling baik adalah seinci lebih dari paras beras. Baru beras ringan dan lembut (sebab dah rendam tadi kan) 
5. Masukkan dalam Pressure Cooker dan tekan mode 'rice' ~ auto 12 minit.
6. Pabila dah masak, buka penutup periuk., masukkan bawang goreng dan daun sup, kemudian keep warm seketika. 
7. Insyallah nasi wangi sangat dan sedia untuk dimakan.  



Resepi air asam kerisik

1 ulas bawang putih dihiris
3 ulas bawang merah kecil dihiris
6 biji cili api
1 biji tomato dihiris
1 buku besar ibu jari belacan bakar
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar asam jawa adabi
5 biji limau kasturi diperah ambil airnya dan kulit dihiris halus
Sedikit air untuk tujuan kisar
Garam, gula, aji secukup rasa

Blend semua diatas sehingga sebati. Masukkan kulit limau kasturi yang dihiris halus tadi. Nak masukkan tomato dan bawang dihiris halus pun boleh.

Kalau dibiarkan semalaman, lagi best tau air asam ni.. Sebab rasanya cukup sebati dengan masam2 manis2 pedas2 nya.. 




Resepi sup tulang? Alaaaa.. Dah beberapa kali share resepi sup tulang ni.. Nanti google je lah ya..

Memang puas hati! Sekali masak suami memuji2, anak minta bertambah berkali2.. 

Ok Selamat Mencuba!

Friday, December 22, 2017

Mee Racun Batu Pahat


Semalam.. 
Dari Kluang memborong stok, lalu Ayer Hitam mencari makan, eh tersampai pula kat Mee Racun Batu Pahat ni..

Ramai yang recommend makan Mee Racun kat sini. Terbukti sedap. Sate pun sedap sekali pakej kuah yang sedap juga tu. Nasi goreng gear box dan kuew tiaw sup tu biasa2 je.

Terima kasih lah adik yang jual air kelapa kat Ayer Hitam yang recommend makan kat Mee Racun ni.. 


Owhh ni lah mee racunnya.. 
Bagi saya rasanya macam mee sup yang dicampur sos cili dan sos tomato. Tak pedas sangat sebab Daim pun boleh makan meenya. Sedap! 


Kuew tiaw sup.. 
Biasa2 je rasanya..bezanya ada ubi kentang dan tauhu besar tu je


Nasi goreng gearbox.. 
Pun biasa2 je rasanya.. 


Sate ni memang sedap.. Secukup rasa dengan lemak serta manis2nya.. Kuahnya pun sedap.. 


Melayan budak suka makan ni hah. 


Muka penat dan kelaparan. Lepas je kelas semalam,  lunch burger king je dalam kereta otw nak ke Kluang.. 


Ni lah kedainya.. Masuk je dalam Waze "mee racun batu pahat" 


Kedai yang terletak depan rumag orang dan simpang 3 dereta kedai.. Tapi ramai orang beb.. Parking pun kena hati2 tepi jalan.. 

Ok saya dah rasa mee racun! Uollss dah pernah makan ke belum?

P/s: Harga pun murah.. Total semua makan tak termasuk sate tu RM26 sahaja.. 

Thursday, December 21, 2017

Durian oh durian


Tiap2 minggu beli durian, tapi semalam paling murah harganya sekilo. Dah musim erkk? Patutlah sepanjang jalan balik rumah ramai orang jual makin murah. Durian kampung, tapi lemak berkrim ya ampunn.. Perfect!


Selalu beli 3-4 biji pun dah RM100. Sekilo selalu pun RM18-RM25.. Perghh sekarang semua jual kilo2 dah, tak main jual longgok2.. 


Semalam ayah damia beli kat area taman rumah ni RM5 sekilo.. Fuhhh memang terbaik dengan isinya pun perfect. Tapi nampaknya dah makin ramai yang jual bawah RM10 sekilo.. Rezeki lah dapat isi elok ke tak kan.. 


Guess who paling banyak makan pengat durian? Daim weiii.. Haha