Monday, October 30, 2017

Resepi Pulut Mangga Thai

Setelah sebulan lebih back to back ada event dan program di hujung minggu, masak pun ala-ala kadar je, bahan mentah dalam peti ais pun so-so je, maka hujung minggu ni masa terluang untuk membeli belah segala lauk pauk dan beraksi semula di dapur. Macam2 yang telah dimasak weii... Pulut Mangga Thai lah, Nasi Ala Kakwok lah, Nasi lemak sambal kerang petai lah dan macam2 lagi.. Tapi harini saya  share resepi Pulut Mangga Thai dulu ya memandangkan ada beberapa rakan saya yang first time tengok Pulut Mangga macam saya buat ni. Nasi baik saya ada record, so boleh lah tengok hashtag #pulutmangga ya...


Resepi senang je ni..

1. Mula2 Kukus pulut dulu..Saya suka guna beras pulut susu, lebih lembut dan lemak...dah masak pulut tu, sejukkan dalam bekas..

2. Dalam periuk lain, masak kepala santan (santan pekat tu lah), biji halba, daun pandan, garam dan gula (kuantiti ikut citarasa ya).. Kacau hingga hampir mendidih (jangan bagi mendidih)..

3. Campurkan separuh kuah santan tadi dengan pulut.. Gaul sehingga rata.... Separuh lagi kuah santan simpan..

4. Pulut yang digaul rata tadi masukkan dan tekan2 dalam nangka yang telah dibuang bijinya.. Masa ni harap nafsu makan sabar ya sebab bau harum nangka tu semerbak sangat..

5. Lebihan kuah santan tadi pula, masukkan sedikit (1/2 sudu) tepung beras untuk pekatkannya..kacau2 sampai mendidih..

6. Ok siap untuk dihidangkan. Nanti pulut nangka tu makan bersama kuah pekat tadi..

Kalau dah cuba, jangan lupa tag tau!


Sumpah sedap sangat! Lemak2 manis! Bau yang harum.. Santan pekat tu pun elok je kejadiannya..

Ni anak2 dan suami suruh buat lagi.. Sedap sangat lettewww.. Hihi..

#syukurselalu


Saturday, October 28, 2017

Nasi 4 sekawan, 5 lauk sedulang

Dinner malam tadi..


Nasi 4 sekawan namanya.. 
5 lauk dalam 1 dulang..
✔️ Sup gear box
✔️ Kambing bakar
✔️ Sotong bakar sambal
✔️ Seafood masak sambal
✔️ Ayam goreng rempah penyet
✔️ Ulam-ulaman & sambal

Semuanya sedap dan ada rasa dan recommended. Harga per set RM52.00 only.. No regret!


Daim sekarang pantang panggil nama dia dan tunjuk kamera, mesti je sporting beraksi depan kamera..


Marvelous! Tak cukup 4 nasi sekawan tu weiii.. Siap minta nasi tambah lagi 1 pinggan. Untuk Daim kami order fries 1 set. RM5 sahaja sebakul kecil tu..


Dah siap makan.. Licin selicinnya.. Al-maklumlah semalam seharian tak makan nasi + makanan pun sedap.. So rugi lah tak makan licin2 kan..


Nama restoran ni Dapur Ketumbar.. Alamat No 3, Jalan Adda 3/1, Adda Height... Area2 Cookies & Ginger dan steamboat Johor tu juga, cuma ni bangunan sebelahnya.. 

Ok selamat mencuba!


Thursday, October 26, 2017

Sunway Putra Hotel II Dari Deluxe Room terus upgrade ke Junior Suite

Rezeki dapat bilik junior suite instead of deluxe room without any charges.. Alhamdulillah..Allah nak bagi kami sekeluarga berehat secukup mungkin. Sebab lepas je balik dari Gambang, terus ke PWTC pula.
Terima kasih ya Allah.. 
#naiklifttadisempatborakmacamkawandenganartis #ramaimenteripunduduksini #layanan6stars #jangankedekutbagitips

Booking hotel ni via Agoda pun last minute sangat dah. Dah nak sampai hotel Sunway ni baru booked. Sebenarnya ada kes, hotel lain yang kami tempah sebelum tu cancelkan booking kami. Adusss.. Pabila customers walk-in dan customers online bertindih booking, sesuka hati je ya cancelkan. Nasib baik staffs punya bilik ada. Tu pun ura2 nak pindahkan staffs kami kat hotel lain sebab alasan tengah renovation, walhal booking bertindih. Al-maklumlah, pabila ada event kat PWTC, hotel memang full booked ah!


Urusan booking hotel di Sunway ni dibuat oleh ayah damia. Saya jam 9 malam baru dapat masuk bilik ni sebab saya kat booth dulu petangnya tu.. Masuk2 wahhh luas..


Memang cantik dan luas amat bilik junior suite ni..


Anak2 semua dah tidur..
Tak sedar ibunya balik..


Alololo.. Comel je Daim tidur kat tengah2 tu ya.. Queen Bed dapat 2.. Memang muat kami 5 beranak atas katil tu..


Esoknya Ayyunie tidur pula atas sofa bes tu.. Haha.. Katanya tidur atas katil sejuk giler.. Kat sofa bed tu jauh dari aircond. So tak sejuk sangat..


Cantiknya bilik air pun.. Nak tidur pun boleh ni sebab luas..


Tak habis nak guna setiap ruang yang ada dalam junior suite ni.. Al-maklumlah.. Kami bukan datang bercuti.. Just nak rehatkan badan dan tempat Daim serta anak2 bermain je sementara kami suami isteri gilir2 jaga anak dan booth..


Dalam wardrobe tu ada iron board, steam iron, torchlight, selipar bilik dan hanger..


Ruang nak ke pintu ni panjang.. Tempat Daim main tolak2 buggy dia je ni.. Hihi..


Esok paginya...Seluar ayah damia terbuka lipatannya kat bawah, call housekeeping minta hantarkan sewing kit.. Sekali tengok.. Wahhh dah siap masuk jarum semua benang ikut warna.. Terbaik!


Toiletteries ni siap dapat 3 set.. Esoknya pula lepas housekeeping kemas bilik, dapat lagi 3 set.. Haha.. Mewah.. Ubat gigi pun guna Colgate punya weiii..


Alahai.. Pagi2 lagi Daim dah mengintai celah beranda ramai kanak2 swimming ya. Petang sikit ayahnya bawa Daim dan Ayyunie main pool. Saya dan Aleesya kat booth bersama staffs. Cantik view bilik kami.. Selain menghadap pool, dapat juga tengok menara cakar langit di KL..


Ok, OOTD katanya...:-)


OOTD nak ke booth ni.. Kredit utk Ayyunie yang snap gambar ni.


Cantik dan tenang je hotel ni.. Rasa setiap penjuru nak ambil gambar..


Lepaa check out.. Pandai Daim posing ya.. Nak2 pula bell boy kat situ peramah2 dok melayan Daim...


Baby shark doo doo doo doo ke tu..


Melting ibu tgk Daim senyumm.. Makin besar makin bijak ni..


Wefie dulu sebelum meninggalkan Sunway Putra Hotel ni.. Insyallah one fine day, akan stay lagi kat hotel ni.. Sebab ingat nak jalan2 cuci mata kat Sunway Putra Mall kat sebelah hotel je, tapi malasnya pula nak pergi. Moga kami kembali lagi..

Rate yang ayah damia dapat masa booking deluxe room tu RM520 untuk 3H2M, dapat rebate RM30++ masuk dalam akaun Agoda. Dapat pula upgrade ke Junior Suite tanpa apa2 bayaran tambahan. Memang rezeki lah kan.. Aaamin..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, October 25, 2017

Suprise Birthday untuk Harijadi Aleesya yang ke 10 di Gambang

Lepas je kami loading barang dan stocks di PWTC, kami terus bergerak ke Gambang untuk Family Day bersama keluarga ayah damia pula. Kami tiba di homestay Gambang lebih kurang jam 6 petang.

Menjadi jugalah buat suprise birthday untuk Aleesya masa BBQ malam Deepavali tu walaupun hanya planning sehari sebelum pergi. Sebab plan awalnya nak celebrate kat KL. Tapi apa nak buat, kami pula delay ke KL kerana stocks tak sempat siap semua. Suka betul Aleesya dapat sambut birthday dengan sepupu sepapat dia.  

Kalau tak pun awal2 lagi dia dah redha tak celebrate,  janji dapat bercuti dengan sepupu2 nya. Alhamdulillah.. Simple celebration but we make it.  

Thanks to mak sedara and pak sedara yang tolong beli kek,  beli balloon,  beli tu ni and so on.  #damiaaleesya #10thbirthdaycelebration #familyday #suprisebirthday 


Kek indulgence yang ibu kirim kepada mak saudara Aleesya suruh beli di Kuantan. Kalau ibu/ayah beli awal2 lah pecah rahsia kan..


Eh eh ada budak lain pun ngaku haritu birthday dia juga.. Haha..


Macam-macam makanan ada selain dari BBQ..


Cream puff tu ibu yang bawa dari Johor.. Gigih bawa tau semua sekali 5 kotak..


Kami sambut di perkarangan homestay yang luas ni.. Tapi gelap ler sikit.. Hihi..


Meriah pabila ahli keluarga berkumpul ramai2..


Thanks to pak sedara Aleesya yang tolong tiup belon..


Jom makan!


Bakar bakar bakar.. Masa ni Aleesya ada dalam rumah je tak keluar2 dok main2 ngan sepupu2nya. Kira ok lah, dia keluar je rumah.. Terkejut tengok ada belon2 dan kek..


Daim pun pandai nak celebrate birthday kakak ya..


Happylah Daim dapat bersuka ria dengan sepupu2nya yang kecik..


Happy Birthday Kakak Aleesya..
Semoga menjadi anak yang cemerlang dunia & akhirat. Sentiasa doakan ibu dan ayah dalam solat dan hatimu ya nak! Aaamin..







Tuesday, October 24, 2017

Warna warni Karnival Usahawan Desa (KUD2017)

Alhamdulillah..

Another Job well done!
Thanks for all the 4 great days! (19/10-22/10)

Tahun ni adalah kali ke 3 CocoDamia menyertai KUD selepas tahun 2013 & 2015. Lain tempat, lain tahun, lain suasana, maka lainlah ragam dan kerenah pengunjung semua. Apa-apa pun yang pasti masih ramai raving fans CocoDamia yang setia dengan produk kami terutamanya Coklat IQ dan Krukk Krakk Energy Chocolate.

Setinggi ucapan terima kasih terutamanya kepada our awesome marketing team, production team, new customers, returning customers, ejen2 CocoDamia yang baru, rakan2 usahawan strategik serta pihak2 agensi sepanjang penglibatan bersama CocoDamia dalam KUD 2017 ni...

Kita jumpa lagi 2 tahun hadapan untuk event KUD ni...

Nota: Untuk repeatation order (selalunya memang ramailah kalau lepas balik dari mana2 events sebab customer faham, rasa dan dengar sendiri kebaikan Lubanah dalam Coklat IQ), paling senang boleh beli melalui 11 street atau nak lagi senang boleh whatsapp 010-6468383 utk ketahui ejen2 berdaftar kami. Nak datang terus galeri kami, lagi suka!

Percayalah,
CocoDamia,
Bukan sekadar coklat biasa

Jom kita tengok gambar warna-warni KUD 2017
-
-
-
-


Pabila business trip & holiday trip seiring...sorry adik botol2 tu asyik jatuh hempap2 adik...nasib ringan kan...


Antara yang terawal loading barang di PWTC pada hari rabu lepas (18/10)...daftar dulu kat sini..


Ok dah siap setup dan loading barang..
Tinggal untuk staffs pula buat jualan sementara kami sekeluarga terus ke Gambang untuk family day pula..


Besar-besaran promosinya ni hah..
TV, Radio, billboard, newspaper dan lain2..


Pagi esoknya staffs melaporkan diri masuk kerja..;-)






Bersama rakan sekelas masa sekolah menengah dulu, Zairee..
Sekarang dah jadi orang besar MARA..


Dengan Mama Fatihah again..


Dah boleh ganti ibu bahagian marketing Aleesya ni...
Memang suka betul dia bab2 marketing ni..
Ayyunie pula lebih suka jaga duit..
Ok bakal akauntan dah ada..



Owner Sham Batik, depan booth kami..
TRak sangka pakcik ni kenal lah mak dan ayah kepada ayah damia..
Al-maklumlah....sama2 dari PCB kan..





The last second day..
Memang sesak!


Pernilaian booth tercantik..tapi tak ada rezeki kami nak menang..


Guna kaedah Metafizik nak tahu energy Krukk Krakk Energy Coklat tu sejauh mana..
Memang terbukti besar energynya kata puan ni..


And finally...
Bye bye dari kami team CocoDamia..
Ada peluang dan rezeki kita jumpa lagi 2 tahun akan datang ya...
Aaaamin..


As usual, lepas mana2 event, wajiblah makan besar kan! Kalini kita makan di Di-Ban-Kok Restoran yang terletak di kampung baru, KL.. Makanan best semua makanan Thai.. Pulut mangga feveret staffs, meehoon celup ayah damia kata sedap, ikan siakap stim limau saya suka sangat! Next time boleh datang lagi!