Monday, May 29, 2017

Masak Nasi beriani kambing..


Kuih tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ayyunie & Aleesya semalam volunteer nak menggentel Onde-onde ni. Pastu sambil ngentel asyik cakap "lambat lagi ke ibu nak buka"...huhu


Menu berbuka 2 Ramadan. Nasi Beriani Kambing..


Kalau dah ada Nasi Beriani, papadom jangan dilupa. Terpengaruh dengan iklan TV, siap pesan kat suami "saya tak nak papadom lain tau bang, beli yang alagappas punya je".. Haha..


1 Ramadan berbuka dengan sup gear box lembu..
Semalam Gear Box kambing masak Beriani pula. Anak2 dan suami cakap "ibu masak tip top"....Diaorg tak tahu peluh keringat nak masak beriani kambing ni macam mana.. Sampai lagi 2 minit nak azan maghrib baru siap masak. 

Syukur.. Alhamdulillah..

Sunday, May 28, 2017

Juadah Favourite pabila berbuka puasa

Selamat Menyambut Ramadan Al-mubarak semua.

Pabila dah masuk bulan Ramadan, pastinya menu masakan memainkan agenda penting untuk seisi keluarga. Terutama para isteri lah kerana perlu kreatif dan rajin menyediakan juadah. Masing2 sibuk menyediakan juadah kegemaran sendiri, suami atau anak-anak.


✔️Dari kecil sampai besar, memang ni ler kuih feveret time berbuka untuk saya. Ingat lagi masa kecil-kecil rajin tolong mak buat agar-agar ni. Siap jual lagi tau.

Sampai sekarang pun masih suka agar-agar ni. Rasa lemak2 manis memang pembuka selera sungguh.

Semalam Jam 11 pagi dah siap buat agar-agar gula melaka ni tau.. Haha..Teringin sangat nak makan...Nasib baik senang je buat.

Sekarang menurun kat Ayyunie pula suka sangat2 agar2 ni. Dalam piring atas meja habis ke dia, lepas tu yang simpan dalam peti ais pun kejap2 buka ambil makan. Time moreh pun memang dia je pulun makan agar-agar ni. Memang suka sungguh2 dia.


✔️Sup gear box pula feveret ayah damia. Kalau uolss follow blog ni dah lama, memang tahulah sup2 ni memang kegemaran ayah damia. Kalau dah buat sup ni, mesti ada nasi air punya.

Sekarang menurun kat Aleesya pula suka sedut2 lemak dalam gear box tu. Dari kecik dah pandai ambil straw cucuk dalam gear box sedut semuanya. Haha...


Semalam 1 Ramadan Ayyunie asyik tanya  "tak penat ke makcik dan anak2 dia tu datang kemas rumah kita ibu, dari pagi sampai petang kemas? Adik yang duduk saja ni pun dah rasa dahaga dan lapar".. 

Sekali makcik yang tengah kemas2 tu dengar jawab "kita kerja kerana Lillahitaala, insyallah tak penat dik"... 😥

Dah suruh tak yah datang bulan Puasa ni, sebab takut penat, tapi makcik tu tetap nak datang macam biasa. So ok lah. 

Gambar hiasan: 
Stok Pepes Ayam dan Pepes Ikan untuk sahur selama sebulan. Sedap ni bakar dalam oven makan panas2.

Rezeki makcik dan anak2 yang datang kemas rumah harini. Dapat sekaton pepes. Sukanya diaorg. Saya pun terharu.. Huhu

Salam 2 Ramadan. Moga Ramadan tahun ini lebih diberkati dan penghayatan berbanding tahun2 lepas. Eh tahun lepas saya dalam pantang lah time puasa. Hihi..

Friday, May 26, 2017

Daim Muslim turns 1


@ Happy 1st Birthday Daim Muslim @

Wahhh dah setahun ke? Ibu masih ingat lagi tahun lepas tarikh harini time2 macam ni ibu tak terfikir yang kelahiran Daim akan berakhir dengan Czer. 

Jam 5:30 petang buat keputusan nak Czer sebab Daim tak keluar2. Jam 6:06 petang alhamdulillah Daim selamat dilahirkan. Tapi ibu tak sedar langsung. Tak dapat dengar tangisan pertama Daim.

Ayat pertama yang ibu dengar masa buka mata ialah "Tahniah, awak dapat baby boy, berat 4.4kg"

Hahahaha naik buntang mata ibu dengan 4.4kg tu. Patutlah tak keluar2 time kat labour room tu.

Ibu ayah doakan Daim menjadi anak yang soleh dan penyebab ibu ayah masuk syurga ya. Kakak2 pun sayang sangat Daim walaupun selalu kena gigit dengan Daim..

#daimturns1 #daimmuslim #1stbirthday





Little CEO Daim Muslim :-)


Thursday, May 25, 2017

Pergi dengan Air Asia, balik dengan Mas Airlines

Semalam merupakan short-day-trip saya, ayah damia dan Daim ke KLIA. Sampai KLIA tengahari, petangnya terus balik JB semula. 

Tujuan kami ke KLIA adalah untuk menghantar mertua saya iaitu Che & Ayah menunaikan Umrah. 

Ok jom tengok gambar!


Kelam kabut sampai boarding gates 5 minit sebelum waktu berlepas. Ya lah sebab masuk kilang dulu sebelum tu. Uruskan anak2 dara dan terus ke Senai Airport.

Sebelum masuk boarding area, sempat check in melalui Kiosk dahulu. Memandangkan tak ada luggage apa, so proses check-in lebih senang.

Dah masuk boarding area, eh eh flight delay pula 20 minit pula. Haha.. Sabo je lah..


Sukanya Daim.. Ntah kali ke berapa dah Daim naik flight ni ya..


See.. Budak pantang nampak kamera atau gambar dia sendiri kat handphone. Pasti senyum je..


Flight belum take-off lagi, Daim dah tidur. Alhamdulillah.. 


Dah nak landing, kejutkan Daim bangun. Senang nak dukung turun flight.


Wahhh.. Sekarang dah boleh online masa on board lah. Ada wi-fi dalam flight. Tapi hanya untuk entertaintment sahaja. Yang lain2 apps boleh guna tapi berbayar..

Dah sampai KLIA2, kami naik pula KLIA Express untuk ke KLIA pula. Kali kedua naik KLIA Ekspress ni, first time naik masa nak gi Gold Coast dulu sebab parking kereta kat Putrajaya.


Sampai2 je KLIA, terus cari tempat makan. Since nak jumpa Che & Ayah di aras balai pelepasan, so kami decided makan kat level 5 je. Pusing2 last2 gi makan kat Secret Recipe. Jauh bawa Daim lunch ya. Daim makan share dengan ibu Grilled chicken mushroom..


Lambat juga makanan sampai. Sebab time peak hour waktu lunch 1-2 pm.. Mujur dah bawa biskut Daim siap2. So tak adalah dia merengek kalau makanan sampai..


Alhamdulillah selesai dah urusan jumpa Che & Ayah di KLIA untuk pergi umrah walaupun jumpa 3 jam je. Semoga mendapat umrah mabrur dan dipermudahkan segala urusan.


Bergambar kenangan..


Masuk Mekah dulu, so pakai ihram siap2.

Ya Allah, rindunya saya nak kesini lagi pabila melihat ribuan jemaah disini. Insyallah, akan kami sampai jua lagi di Mekah & Madinah.

Oh ya Mertua saya pergi dengan pakej TH Travel & Services.

Dan yang lucunya, mertua saya tak berlepas lagi, tapi saya, ayah damia dan Daim kena balik dulu. Hihi.. Apa nak buat, dah itu je schedule flight yang paling ngan dengan perancangan kami.


Jam 5:00 petang, saya terus ke boarding area. Mertua saya berlepas ke Mekah jam 7:30 mlm. 

Kalini balik JB dengan Mas Airlines pula. Memang banyak entertainment lah yang disediakan.


Daim tengah layan kartun..


Saya pula select wayang gambar yang best dan tak pernah tengok lagi.


Aikkk, baru je nak take-off, Daim pun dah tidur. Kena paksa tidur dengan ayahnya tu. Sebab semalam bila dah jalan2 kurang tidur.


Boleh tengok info penerbangan semasa yang kita naik.. 


Tetiba teringat kat Ayyunie, kalau dia ada ni confirm dia teruja nak tekan2 screen tu. Confirm tak boring kan dik! Tak habis nak tengok movie, drama, muzik dan lain2..


Complementary dari MAS Airlines..
Fresh orange & kacang masin..


Tengah syok-syok layan hindustan onboard, eh dah sampai dah rupanya. Kejap sangat dalam flight..
Daim tidur pun tak puas.

Tak sabar juga nak jumpa anak dara 2 org tu kat office pula..

Sampai office jam 7:20 malam. Ayah Damia sempat lagi masuk kelas mengajar jam 8 malam dan saya pula bawa anak2 gi shopping groceries di Aeon. 

Terima kasih Air Asia & MAS kerana memudahkan urusan perjalanan yang jauh mahupun dekat.














Tuesday, May 23, 2017

Agroworld Expo 2017


AGROWORLD EXPO 2017

19-21 Mei 2017
Berjaya Waterfront Hotel

Umpama saya berada di Negara China. Kerana 70% trader adalah orang cina dan 70% buyer juga orang cina. Selebihnya dari Indonesia (Batam), Singapore dan tempatan.

Kemahiran saya berkomunikasi bahasa mandarin, membuatkan saya selesa sangat berada dalam kepompong ini. Saya dihargai, produk2 CocoDamia dicintai dan banyak peluang2 ke Luar Negara boleh diterokai. Cuma CocoDamia sahaja yang betul2 perlu study bab terokai Negara China ni.

Interaksi saya sepanjang di Expo pun dah macam bahasa itik dan ayam. Melayu campur mandarin. Mandarin campur melayu. Ya lah orang2 dari Negara China kebanyakannya tidak fasih berbahasa Inggeris apatah lagi bahasa melayu kan. Bahasa mandarin diaorg pun ada slang.

Kesimpulan paling tepat yang saya boleh buat, walaupun crowd tak se-havoc event2 besar seperti MAHA, HalFest dan lain2, tapi yang berhenti di booth CocoDamia merupakan potential buyer, target market dan seterusnya akan jadi buyer. Yang repeat beli tak usah cakaplah sehinggakan ada yang borong untuk dijadikan ole-ole dibawa balik ke Negara masing2 (boleh rujuk gambar2)

Terima kasih semua buyer!
谢谢你们。 CocoDamia 飞去中国了。

Terima kasih Allah. Terima kasih Jab. Pertanian Johor. Terima kasih Team CocoDamia (walaupun semalam huru hara dengan lawatan bas pelancong dari Singapore ke GO-JB CHOCOLATE). 

#cocodamia #oleolecocodamia #GOJBCHOCOLATE







Auntie2 ni datang dengan Rombongan Bas dari Kluang..


Kelam kabut semua nak packing bertali bawa balik Negara masing2..


Bersama Timbalan Pengarah MOA yang merasmikan AgroWorld Expo 2017


Thursday, May 18, 2017

Hari Guru Pusat Bahasa Pelangi

Makan-makan sempena HARI GURU oleh Warga Pusat Bahasa Pelangi di Restoran Singgah Selalu semalam.

Terima kasih semua! Semoga lebih komited dan bersama-sama menjaga Kualiti Pusat Bahasa Pelangi..:-)

Yang tak ada dalam gambar tu tengok je lah ya...

#pusatbahasapelangi #pusattuisyenpelangi
#since2003
#kejapjedah14tahun









Warga Pusat Bahasa Pelangi yang terdiri daripada bahagian admin, tutors dan juga staff sokongan. 






Wednesday, May 17, 2017

Hadiah Hari Guru nak bagi apa?


Hadiah hari guru untuk anak-anak sendiri tumpang selit order customer je lah tahun ni. 

Tapi yang customer punya ada ribbon bagai. Yang sendiri nak cepat punya pasal, kita letak sticker je lah ya.

Kurma badam 4pcs untuk ustaz/ustazah sekolah agama. Kurma badam 2 pcs + 2 pcs crunchy praline untuk cikgu2 sekolah cina. 

Malam nanti Ayyunie suruh buat Chocoballs pula untuk cikgu2 tuisyen dia. Amboiii.. 

Stock keluar! So ibu kena bayar juga ni walaupun untuk anak sendiri.


Ada siapa-siapa lagi tak yang nak order set coklat HARI GURU ni? 

2pcs Kurma Coklat + 2 pcs Crunchy heart shape Chocolate per box ni hanya RM5 sahaja per box khas untuk pelajar2/students.

Rasa? Memang sekali makan, mesti cikgu tanya "kenapa bagi cikgu satu box je? Sedap sangat!"

Pengeposan pun hari-hari untuk set coklat ni. Minimum untuk pos 10 boxes. Takkan cair dan yang dah selalu rasa coklat #cocodamia memang tahu takkan manis punya.

Order? Whatsapp 010-6468383 atau terus ke Galeri kami untuk Walk-In,

GO-JB CHOCOLATE
52, Jalan Enau 15,
Taman Teratai,
Skudai, Johor

#oleolecocodamia #gojbchocolate #teachersday #specialday #birthday #birthdayparty


SELAMAT HARI GURU UNTUK WARGA PENDIDIK SEMUA.

Semoga keikhlasan serta kesungguhan kita mengajar anak didik mendapat keredhaan serta memberi manfaat dan kebaikan kepada semua.

Aaaminn..

Sunday, May 14, 2017

Mother's Day 2017 Hi-Tea Buffet

Terima kasih keluarga kecilku..
Atas celebration Mother's Day Hi-Tea Buffet di Amansari Residence Resort semalam..

Ayyunie siap tanya lagi bukan Mother's Day tu esok ke (harini)?
Ayahnya siap jawab hari-hari Mother's Day sebab hari-hari ayah keluar duit bawa korang makan.. Hahaha..


Alhamdulillah.. Dapat makan kat bilik berair-cond dan kerusi jenis sofa panjang tu. Senang sebenarnya kalau Daim nak tidur, tidur atas sofa tu je. Tak yah susah2 keluar kan stroller dia.

Tapi tengokkan semalam, full booked semua meja. Termasuklah bilik berair-cond ni. Ya lah kat Johor kan cuti jumaat sabtu, so memang ramai yang celebrate semalam lah berbanding harini.


Pabila hi-tea, appertizer dan dessert memang meriah dan warna warni ler..


Tak habis makan pun semua ni haih. Pabila usia makin matang, buffet2 ni makan yang perlu dan serba sedikit je..


Tapi yang ni dekat 8 biji saya makan. Haha.. Memang sedap giler tepung pelitanya ni. Rasa sebijik style kelantan punya. Bukan tako tau.. Tapi tepung pelita pure punya..


Macam2 makanan ada. Stall makanan panas2 seperti Char kuew tiaw penang, nasi goreng seafood, curry laksa, rebus2 menarik perhatian sesiapa yang nak memecah selera dengan makanan panas2.


Untuk bahagian heavy food pula, tak banyak sangat pilihan. Ada mini pizza, tortella, aneka lauk pauk dan paling best ada teh tarik kaw section!


Kami antara yang sampai awal jam 1 tengahari. Lepas tu makin lama makin penuh meja2 kat belakang tu. Tu ayah Damia bawa Daim pusing2 tengok makanan.


Wefie.. Buat kenangan untuk Mother's Day 2017..


Yeahhh.. Dah siap makan..
Jom balik..


Terima kasih Keluarga kecilku.. Tq ayah damia dan anak2 meraikan hari ibu untuk saya. Buat pertama kalinya tahun 2017 ni menyambut Hari Ibu dengan anak 3 setelah sekian lama ada anak 2 je. Hihihi..