Major ThrowBack punya cerita..
October 2016 punya cerita...
Fuhhh betul2 throwback ni..
Tapi since gambar2 dah ada dalam draft, meh kita sudahkan ceritanya..
Ceritanya macam ni...
Aleesya dan Ayyunie dapat tiket free ke Angry Bird Park dari sekolahnya kerana mendapat top 6 dalam kelas dan antara pelajar yang aktif dalam kelas.
Alhamdulillah.
Dah lama dapat tiket ni. Masa bulan 6 tak silap. Masa tu ibu masih berpantang. Memandangkan tarikh due tiket ni adalah 31 October, maka asyik delay je lah nak pergi sebab fikir lambat lagi.
Hah ko! Sekali hambik! Sehari dah nak due date baru nak pergi.
Sekali pergi, hah? Ada notis baru menyatakan tiket tu valid sampai 27 October je sebab tak valid untuk cuti sekolah (masa tu kan cuti deepavali Seminggu).
Aiyooo! Ingatkan kitaorang je terkena, rupanya ada lagi parents yang datang redeem voucher last minute macam kami juga.
Demi tak nak menghampakan Aleesya & Ayyunie, masuk jugaklah dengan pembelian tiket.
Harga tiket sebenar RM75.
Tunjuk Mykid dapat RM60.
Guna Maybank Card dapat lagi diskaun dan harga tiket RM56.
Maka masuk lah kami bertiga dalam tu.
Manakala ayahnya dan Daim lebih rela window shopping dan lepak kat Tony Roma's dari memboringkan diri dalam tu. Haha..
Ok bagi chance ayahnya "me time" gitu.
Sekian.
Begitulah kisah major throwback ni..
Jom layankan gambar2 pula..
Ada attention disitu ya.
Yang tarikh voucher tu ditamatkan awal.
Both Damias yang tak sabar nak masuk Angry Birds ni..
Ada sesi nak masuk.
Sementara tunggu sesi tu, posing2 dan jalan2 kat Mall JBCC tu dulu..
Excited!
Daim pun nak join juga ya..
Baru pandai main kereta tu pun dah suka sangat tuh..
Let's explore..
Ibu masuk dalam jadi tukang amik gambar kejap, lepas tu keluar solat, lepas tu gi shopping kejap, lepas tu sambung masuk dalam tu balik... hihi
Nak masuk dalam bilik lazer
Jatuh atas kotak2 ni tak sakit punya..
Aleesya berani ya terjun ni..
Kalau ibu belum tentu berani lagi...hihi
Beratur panjang nak naik kenderaan ni..
Lompatlah tinggi2..
Insyallah selamat..
Kena merentasi lazer2 ni..kalau terkena lazer2 ni nanti lampu lazer mati..
Rehat makan malam kejap..
Kalau ikutkan si Ayyunie tu tak nak makan...nak main aje..haha
My big girl..
Wefie bertiga je..
Ayahnya dan Daim syokk makan kat Tony Roma's dan shopping..
Main tendang2 bola pula
Dekat jam 9:30 malam juga lah kami balik haritu..
Untuk saya sebagai org dewasa, agak tak berbaloi bayar masuk dalam tu. Tapi demi keselamatan anak2, ok je lepak2 dalam tu. Tapi untuk anak2 memang best lah kan..hihi