Tuesday, November 29, 2016

Daim Muslim's first flight


Daim's first flight. Flight dari JB, transit Subang kejap dan terus ke KB. Balik kampung sebab Cik Jah (adik ayah damia nak kahwin)

Dah lama tak ada baby kecik, dah lupa cam mana nak pakaikan belt kat baby atas flight.. So tu pramugari Malindo yang pakaikan.. Hihi..


Alhamdulillah sepanjang perjalanan Daim tidur je. Cuma dari subang ke KB Daim tak tidur main2 dan minum susu.

Dari JB jam 10 pagi, sampai KB jam 1:30 tengahari. Transit Subang 1 jam. Walaupun cuaca mendung dan hujan, semua on time. Syukur..

Ok next time boleh bawa Daim naik flight pergi bercuti jauh pula ya.. Aamin..



Friday, November 25, 2016

Top 1 dan Top 6


Completely Totally Proud of you my daughters!

Rutin tahun ni, 7:40 malam, baru sampai rumah/office . Maka tamat sudahlah sesi persekolahan mereka untuk tahun 2016 pada rabu kelmarin.

Alhamdulillah. Aleesya sepanjang exam/ujian untuk tahun 2016 semua maintain top 1! Wow kalah ibu masa sekolah dulu! Sebab ibu tahu tahun ni KSSR memang tough. Lagilah sekolah cina.

Ayyunie pula menang trophy paling banyak dalam kelas (4 trophy). Dia siap cakap paling banyak menang keseluruhan pun 5 je ibu. Releksss.. Haha..Walaupun semua subjek A, susah betul nak dapat Top 3, Top 6 pun ok nak! Trophy tu semua hasil menang pertandingan menulis dan bercerita! Yes! Ikut jejak ibu suka bertanding!

Apa2 pun jauh lagi perjalanan kamu nak. Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Bukan kamu je, malah ibu dan ayah pun kena perbaiki kelemahan kami utk kamu lebih berjaya lagi. Jangan paksa anak berjaya jika kita sendiri tak membantu mereka untuk berjaya!

Ibu titipkan kegembiraan ini untuk berkongsi dengan kawan2 ibu di media sosial dan blog ni ya.

Semuanya kembali kepada Rezeki dari Yang Maha Esa!

P/s: Confius Kenapa sekolah cina both damias setiap kali hari penyampaian hadiah, ibu bapa tidak dijemput sama meraikan. Anak2 uols yang sekolah cina pun sama ke?


Both Damias pun dapat hadiah marker & mechanical pen dari ustazah sempena subjek P. Islam dapat A..

Semoga anak2 ibu lebih berjaya dunia akhirat. Aaminn..

Tuesday, November 22, 2016

Ewant Electrical Pressure Cooker || Harga bawah RM200


"We sell high quality products with a lower price than big brand"..

Just sharing ni memang betul2 low price ni. Berbaloi2 bagi yang jarang2 memasak dengan pressure cooker. 

Mana nak cari automatic electrical pressure cooker dengan harga bawah RM200 ni? Jawapannya di Lazada lah. Mana lagi. Hihi..

Zaman kenaikan harga barangan yang tak boleh disekat ni, kita kenalah bijak manage perbelanjaan kita. Ya tak? Kalau harga lebih murah tapi kualiti setanding dengan harga yang ada brand, why not kita grab kan? Janji tulang lembu yang dimasak lembut. Kikikiki..



Ni lah kotaknya. Besar juga. Terima kasih adik pos laju yang rentap autogate saya bawa masuk simpan periuk ni. No worries, saya yang bagi kebenaran sebab adik pos laju tu dah missed call saya 5x, dah sms saya. Tapi saya tak perasan sebab tengah menikmati steak kat SteakOut. Tq tau sebab pusing semula datang hantar barang kat rumah akak sekali lagi. Hihi..


Wah hebat packagingnya. Double triple kotaknya. Betul2 handle with care ni.


Uiksss, buka buka ada kotak lagi. Layer kotak yang ke-3 dah ni..


Dan inilah barangnya.. Alhamdulillah. Kualiti bahan memang tip top. Berat yang amat juga. Kapasiti pun besar 6L. Macam pressure cooker yang biasa kita tgk org guna tu.


Pagini saya dah rasmi pressure cooker ni. Ramai kawan2 minta saya buat review ok ke tak? Btw sebelum beli, saya dah baca review kat Lazada. Semua bagi 5 bintang uolss. Tu yang berminat nak beli juga.

Pagi tadi saya masak bubur nasi ayam sebanyak 3 pot beras. Tekan "porridge" dan saya tak buat apa2 pun. 20 minit dah masak cantik je bubur tu. Bubur jadi kembang, lembut dan ringan. Fuhh terbaik hasilnya. 


Kat Lazada nanti taip je nama Ewant kat bahagian search. Nanti keluar lah gambar periuk ni. Ada 2 pilihan. Satu harga RM600. Satu harga RM189. Pandailah uols pilih nak yang mana. Haha...


Function yang ada. Not bad. Banyak juga dan memudahkan pengguna. Tapi yang penting uolss tahu cam mana nak guna pressure cooker. Tak pandai guna bahaya juga nanti wap tu tersembur keluar dan terkena anggota badan uols.


Details pasal product yang sangat lengkap. Warranty 12 bulan.


Ada certificate juga.

Alhamdulillah kerana sharing saya pasal pressure cooker ni kat FB dan IG, dah ada beberapa kawan saya yang beli. Hopefully mereka puas hati.

Sharing is caring. Barang baik haruslah share kan.



Monday, November 21, 2016

The Richest Chocotart - Ole Ole CocoDamia

Wohoooo!

Harini aunty-aunty CocoDamia sibuk siapkan order-order untuk jamuan sekolah. Enjoy kids!!! Aunty tau confirm pasni berebut2 bila mommies/ teachers buka je kotak ni. Al-maklumlah... Rasa coklat tart yang sebenar. Kurang manis kurang lemak. Confirm kids suka punya!


🎀CHOCOTART 32 PCS PERCUMA 4 PCS 🎀 

🍫Monster Chocomelts
🍫Cornflakes Sprinkles
🍫Mr. Nestum
🍫The M&M's


🎀CHOCOTART 16 PCS🎀 

🍫Strawberry🍓, 
🍫Oreo🍪, 
🍫Peanut Butter 🌼 
🍫Almond🍥

Bagi yang nak order dan jadi ejen, don't hesitate to Whatsapp 010-6468383.

Self pick-up di Taman Teratai dan Taman Universiti.

Boleh juga self pick-up di Plaza Angsana (booth 484) dari 23-27hb Nov ni dan Medini Mall Legoland dari 25-27hb Nov. 

Untuk COD, ada charge delivery minimum dikenakan. 

Terima kasih semua customers!

Sunday, November 20, 2016

Rezeki minum air setin, dapat pulangan RM500


Minum air tin Nescafe RM1.80, tapi pulangan dapat RM500.

Alhamdulillah.. Rezeki itu rahsia Allah. Datang tanpa disangka2. Siapa tak suka kan. Bolehlah tambah duit dalam tabung geli-geli saya. 



Untuk contest Yeos ni pula, finally...
Minggu terakhir iaitu minggu ke 13, menang juga... Susah nauuu nak menang. 

Apa2 pun insyallah banyak lagi kemenangan/ rezeki yang tak disangka2 terus menyusul lepas ni. Jangan berhenti berusaha dan berdoa!


Thursday, November 17, 2016

Misteri Rumah Terbalik Melaka

Terjawab dah misteri rumah terbalik ni. Baru boleh tidur lena. Hihi... Kalau tak jenuh fikir cam mana boleh jadi cam tu. Sampai pusing2 handphone. Sampai teleng2 kepala tgk gambar orang. Haha..

Ok lah jom layan gambar2 kami masa singgah di Melaka minggu lepas. Banyak lagi gambar, tapi cukup lah yang sikit ni buat kenangan di blog dan rujukan akan datang.


Perfect 5 melekap di syiling.


Curi makan sikit. Alamak tak sampai pula nak curi donut tu..


Aiyokkk, Daim dah kena skru kat situ. Pandai2lah cari susu sendiri ya..


Hah lembaga mana tu try log in Maybank2u dan transfer duit..


Pintu ajaib..


Amboi Ayyunie... Telefon sapa tu???


Suka pula dia tu!!!


Nak curi makan juga erkk..


Lelabah perempuan..


Masak sambil terbalik pun boleh.. 


Nak terbang ke mana tu?


2 Spiderman


Selfie terbalik! Kah!


Selfie terbalik lagi..


Kalau datang Melaka, tak sah tak singgah sini beli apa2 yang patut..


Restoran Selera Kampung. Restoran pilihan jalan2 cari makan TV3. Memang sedap dan kaw2 masakannya. Tapi harga kena standby duit lebih sikit. Tapi berbaloi.  

P/s: Tak pernah serik ke Melaka walaupun selalu jammed dan sesak!

















Wednesday, November 16, 2016

Dah nama pun Boy kan..


Saban hari, makin banyak kenderaan-kenderaan kecil dirumah ni. Baju-baju Superhero pun makin bertambah. Rajin ayahnya membeli.

Opsss lupa.. Ibunya dikelilingi pinky2 stuffs lebih 9 tahun.

Bagi chance kat ayahnya buat keputusan untuk DAIM MUSLIM pula..


Tuesday, November 15, 2016

MIX COMBO Chocotart utk org2 JB


Assalamualaikum.. 

Open order untuk 🍫 CHOCOTART 🍫
💜💜MIX COMBO MIX COMBO MIX COMBO MIX COMBO💜💜 untuk esok dan hari-hari seterusnya. 

Ada 4 flavour topping (Strawberry, Oreo, Peanut Butter & Almond). 

Self pick up di Taman Universiti dan Taman Teratai, Skudai. Delivery charge harga minimum sekitar JB. 

Untuk order dan jadi ejen, boleh whatsapp  0127560895.



Bagi yang berada di luar kawasan JB. Kami juga ada pos. Tapi flavour Strawberry tak adalah ya. Boleh ambil flavour pisang. 

Setakat yang kami pos hingga ke Sarawak, alhamdulillah. Condition masih tip top dan langsung tidak pecah.


Ini buktinya. Hari khamis pos ke Sarawak, jumaat dah sampai dalam keadaan baik. Syukur Alhamdulillah.

Untuk sebarang order/ pembelian boleh whatsapp/call ke 0127560895/0106468383.

Nak tgk gambar2 coklat yang lain? Goodies kahwin? Coklat IQ? Boleh ke IG dan cari #cocodamia #oleolecocodamia #darijbuntuksemua.

Terima kasih semua yang selalu support COCODAMIA. Muaahhh.. Percayalah, CocoDamia bukan sekadar coklat biasa.

Sunday, November 13, 2016

First time makan di Restoran Istana Bumbu

Alhamdulillah..

Semalam dan kelmarin dah selamat COD kan order2 dari Melaka-PD-KL. Cuma yang area bandar KL je ada yang willing ambil di hotel kami sebab otw balik kerja kan. Kalau kami redah masuk KL juga, memang jammed teruk lah. So terima kasih kepada semua customer2 Ole-Ole CocoDamia yang sporting dan bagi komitmen ya. Muahhh... Saya jual ya semua tu dengan sekian2 harga. 


Kami check in di Hotel Flamigo by The Lake KL. Faktor utama kami check-in hotel ni sebab senang tengah2 bandar KL, senang nak COD yang area KL atau yang drop by amik Chocotart kat hotel ni.

Btw ni bukan kali pertama saya stay kat sini. Maybe kali ke 3 rasanya. View memang cantik sangat dan selalu je ada majlis kahwin kat tepi lake ni. Tu khemah2 tengah pasang untuk majlis kahwin lah tu.

Bilik kami pula memang betul2 view swimming pool. Hah tu Aleesya dan Ayyunie sakan main air kat pool besar dan dipantau oleh ayah damia. 


Owhh baru saya perasan rupanya tak banyak gambar saya bersama Daim. Nampaknya pasni snap banyak2 gambar kita berdua ya Daim.

Lepas mandi manda semua, lepas maghrib, tunggu org amik chocotart di hotel, pastu COD kat KLCC pula, terus kami hunting mencari kedai makan best untuk dinner kami malam tu.


Mula-mula nak pergi makan kat Bora Ombak, tutup pula...

Pastu ke The Garage KL, ramainya yang menunggu. Patutlah parking penuh. 
Kalau nak tunggu makan juga, estimate dalam sejam baru boleh makan.


So last2 kami ke Istana Bambu yang terletak bertentangan je ngan The Garage KL tu. Parking tempat sama je. Teringat konsep kat sini sama macam konsep makan kat Sawah Padi, Bandung. Mula2 sampai tengok ada yang celebrate birthday bersama BFF, ada yang couple celebrate birthday juga.. Siap bunga2 tabur kat tangga dan keliling meja gitu. Romantik uolsss..


Kami order set menu yang 2 pax. Tapi rasanya 6 orang pun boleh makan ni. Besar2 portionnya. Bak kata Ayyunie, macam dah nak meletoppss perut ni. Ni pun banyak tak habis lagi. Huhu..Memang serius banyak menu untuk 2 pax tu. 7 jenis lauk, 2 jenis dessert, 2 nasi dan 2 air cincau. Pastu kami tambah lagi 2 nasi dan 2 air. Haishh rasa menyesal pun ya order sebab tak habis kan. Total RM170++.

Insyallah kalau ke KL lagi, kami nak makan juga kat Bora Ombak tu. Asyik dengar nama je.. Hihi

Thursday, November 10, 2016

Open order Chocotart untuk orang2 Melaka - PD - KL

Bismillah..

Currently saya otw ke KL..


Pit stop pertama saya pagi ni (jam 9:40 pagi tadi) untuk hantar Chocotart Ole-ole CocoDamia dari JB untuk semua di Stabilo, Technology Park. Lepas ni terus hantar goodies kahwin dan Chocotart ke Melaka- PD - KL.

Kalau siapa2 yang nak selit order masih boleh lagi. Memang bawa lebih. Tapi tapi tak banyaklah. Tak muat bonet kereta dah. Penuh dengan order2 dan goodies.

Next pit stop Tol Ayer Keroh ya.

Any updates atau pembelian, boleh call/whatsapp 010-6468383.

Tq semua customers. Muahhh...

Tq Rina. Kami tak pernah kenal tapi ada ole-ole Stabilo pula untuk kami.




Harini saya hanya bawa stok yang harga:
4 pcs: RM5
8 pcs : RM10
16 pcs: RM20


Ada 4 rasa semuanya. Yang ni peanut butter Chocotart. Rasa lemak dan crunchy.


Oreo Chocotart. Paling digemari kanak2.


Almond Chocotart. Paling hot selling.


Banana Chocotart. Rasa asli turun temurun.


300 boxes goodies kahwin untuk customer dari Serdang.


"Baju baru" Chocotart Ole-ole CocoDamia dari JB untuk semua.


Semua dah bertuan. Tunggu COD je ni. Jauh2 tuannya haihh.. Alhamdulillah.. Rezeki daripada Allah.

Untuk lebih info dan gambar, boleh cari kat IG #oleolecocodamia #darijbuntuksemua

Sebarang pertanyaan whatsapp 010-6468383 ya. Terima kasih.