Thursday, September 29, 2016

Bila mesin tak leh jalan....


Pagi ni dapat khabar dari staf production yang  mesin tak leh jalan sebab ada spare part patah..

Pergi kedai pembekal mesin, spare part tu kena tunggu 1-2 minggu baru ada stok... Haaaaaaaaa???? Macam mana ni? Order dah lah masuk bertalu-talu..

Sudahnya...
Mehlah kita ambil mesin baru ya..
Barulah customer happy, staffs pun happy... Boss??? Happy juga lah walaupun kos kontigensi terpaksa dikeluarkan...

Wednesday, September 28, 2016

Makin manja


Siapa yang makin manja?
Daim ke Rizqi?
Hihi..
Daim usah dipertikaikan lagi..
Memang dalam perut lagi manja..
Nak makan apa semua dapat..
Tu yang keluar jadi baby sado 4.4kg tu..

Ni kisah Rizqi..
Makin manja sungguh.
Dulu takut2 juga nak datang sendeng2 kat kita..
Sekarang? Pantang nampak kita duduk bersila atau bersimpuh..
Rajin je dia datang nyendeng tepi kita..

Ni kisah sekejap tadi masa maghrib..
Orang sujud, dia sendeng2kan kepala dia kat kepala kita..
Orang tahiyat, dia naik duduk atas riba kita..
Orang berdiri, dia baring kat kaki kita..
Orang ngaji, khusyuk pula dia duduk je depan kita dengar..
Orang amik gambar, hah tu lah reaksi mukanya..

Rizqi pembawa rezeki..

Monday, September 26, 2016

Interview dari students UTM ke Premis CocoDamia


Harini ada interview dari students2 UTM...

Seawal pagi dah masuk kilang CocoDamia..
Inilah my view this morning..
Sementara tunggu students2 UTM tu datang, sibukkan diri kat production room sat..
Ni coklat untuk goodies...
Siapa2 nak buat tempahan pun boleh ya..
Hubungi je HOTLINE COCODAMIA 010-6468383.


Jam 10 pagi mereka pun sampai..
Lama juga sesi interview kalini..
Lepas gian lah katakan...
Sepanjang saya bercuti, ayah Damia tak terima mana2 interview..haha
Katanya tunggu saya naik kerja dulu...hihi..
Al-maklumlah...Ayah Damia sibuk ke sana sini..

Btw diaorg cakap saya nampak muda dari usia...mih mih mih...
Pandai ambil hati saya pagi2..


Sesi sharing macam mana business yang hanya bermula dari rumah boleh sampai ke pasaran eksport..


Soalan wajib ditanya...
Liku2, cabaran, jatuh bangun business..


Bawa mereka tengok sendiri cara2 pembuatan coklat dalam production room..
Langkah2 keselamatan makanan perlu dititik berat ya..


Teruja masing2 nak try buat coklat..


Lelaki pun teruja nak buat coklat juga ni..
Nampak senang tapi haihhhh...


Teknik, suhu, cara penyimpanan, pengendalian bahan mentah, kaedah pencairan coklat....semua ini perlu ada ilmu dan teknik yang betul ya..


Coklat goodies dan coklat hiasan yang telah siap..
Ambil2 berapa banyak yang kamu mahu...hihi..


Eh eh Daim enterframe lah..
Daim datang masa otw ayahnya nak hantar kakak2 gi sekolah..
Tidur je sepanjang interview..
Habis interview baru bangun..
Ramah pula tu dengan tetamu2 yang ada..
Good boy!


Cenderahati daripada CocoDamia..


Cenderahati daripada UTM..
Terima kasih...


Nampaknya lepas ni...selain daripada coklat, Daim juga menjadi subjek utama ya...hihi..
Daim pantang kena diagah2..
Memang sukalah dia..
Siap pakej ketawa kikikiki lagi..
Hihi good boy..

Last sekali kata2 azimat saya kepada mereka
" Jangan tunggu sempurna baru nak buat, tapi buat sampai sempurna"..

Terima kasih sekali lagi kepada student2 HR dari UTM yang sudi jadikan CocoDamia sebagai bahan kajian tugasan mereka. Dah published dalam majalah nanti jangan lupa bagi free kat saya satu naskah ya...

Seperti biasa, untuk pembelian Coklat IQ dan Energy Bar CocoDamia, boleh buat pembelian melalui www.cocodamia.com atau whatsapp 010-6468383.

Terima kasih semua..

p/s: Esok ada lawatan dari 40 orang pula...semoga dipermudahkan...aamin

Sunday, September 25, 2016

Rizqi pergi bathing dan grooming


Ini wajah Rizqi sebelum pergi bathing and grooming. Tahi telinga banyak, kuku panjang, hidung pun berkarat (haha), bulu ada fungus dan lain-lain. Ya lah kucing ntah mana2 datangnya ke rumah kami ni. 


So petang semalam, balik dari kilang je, terus ambil Rizqi dari rumah bawa pergi Spa kucing di Mylovelycat houz. Rizqi dalam sangkar tu sementara tunggu ayah damia buat registration. 


Hamboi!!!! Kalah Daim Muslim..
Daim pun ber-baby spa kat rumah je tau ngan ibu.

Selamat jumpa kawan2 baru Rizqi...
Haha.. Baru tau rupa2nya kucing yang pakai something kat tengkok tu adalah kucing yang baru lepas sunat. Pakai benda tu sebab takut kucing tu jilat kat tempat sunat..

Alahai.. Comeynya ada kawan2 Rizqi yang pakai romper juga.. Kiki..


Ni pakej2nya.. Harga reasonable kan..


Ni wajah Rizqi lepas ambil balik dari bathing dan grooming lepas maghrib semalam. Wangi, bersih dan nampak fresh. Macam biasa, aktif memanjang main tu ni. Habis dah bola Daim dapat kat Rizqi. Tapi Rizqi ni bagus dia tak garang dan tak bengis. Kucing lain nak makan makanan dia pun tengokkk je! Good! Rezeki berbagi2...


Malam tadi.. Rizqi tidur atas buaian baru. Buaian sebelum ni buat sendiri je. Ni nampak lebih selesa dan besar.

Ok. Semoga Rizqi membawa 1001 kerahmatan utk kami sekeluarga. 



Friday, September 23, 2016

Rizqi pembawa rezeki || Rizqi kembar Daim


Kisah Rizqi si kembar Daim..
Sama aktif macam Daim..
Sama kuat makan macam Daim (susu)..
Allah hantar masa pagi Majlis Akikah Daim..

Tak ada niat nak pelihara.
Cukup sekadar bagi makan gitu2 aje..
Tapi Allah nak juga suruh pelihara..
Masa kemas2 rumah esoknya, kaki Rizqi tersepit pula...
Dah jadi si tempang tiba-tiba..

Rasa bersalah datang menyerang..
Simpati pula berulang2..

Ambil keputusan jagalah ia..
Sampai kakinya cukup sihat sekata..
Kini dah boleh lompat2 gembira..
Nak lepaskan, kami semua sayu tiba2..
Rizqi pun tak ada bagi penunjuk, hendak pergi ke mana2..

Genap seminggu harini..
Rizqi happy disisi kami..
Siap ada cage dan buaian sekali..
Makanan Rizqi macam2 dibeli..

Rizqi si pembawa rezeki..
Dalam kehidupan keluarga kami...
Mak saya cakap bertuah kucing dapat tuan yang teramat ambik peduli...
Saya cakap itulah tanda rezeki besar nak datang lagi..


Rizqi yang peramah..
Rizqi yang kadang2 agresif..
Boolaaat matanya haihh..


Rizqi ni asal dari susah rasanya.. Selera kampung..
Makanan2 moden cam dalam gambar tu dia buat hi-tea je.. Tak bersungguh sangat nak makan..
Time breakfast, lunch & dinner, nak juga makan nasi gaul dengan ikan goreng/rebus, gaul nugget, gaul sup daging, gaul keropok goreng dan mesti nak makan berjemaah ngan kami kat bawah meja tu.

Lepas poo poo pun mesti style nak kambus2 punya..tak nak berak dalam cage yang ada power sand tu.. Jadi 24 jam lah cagenya tidak berkunci..

Semoga Rizqi membawa 1001 rahmat dalam rumah kami dan asbab rezeki keluarga kami sentiasa berpanjangan. Aaaminn...


Wednesday, September 21, 2016

Majlis Kesyukuran dan Akikah Daim Muslim

Alhamdulillah..

Pada 15 September hari Khamis malam Jumaat lepas, selesai sudah majlis kesyukuran dan akikah untuk Daim Muslim Bin Khairuddin. Terima kasih diucapkan kepada para tetamu yang silih berganti hadir sejak petang lagi. Minta maaf banyak-banyak kalau ada yang terkurang layanan sepanjang majlis berlangsung. Maklumlah, ibu pengantin dan bapa pengantin sibuk teramat. Tak terlayan sama rata kepada semua tetamu yang hadir. Dan kebanyakan tetamu memang saya sendiri tak sempat jumpa sebab saya banyak berada dalam rumah je melayan para tetamu perempuan untuk berjumpa dengan Daim Muslim serta bergambar depan pelamin buaian berendoi. 

Terima kasih juga kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini seperti pihak pasang khemah, katering, photographer, wedding planner, kumpulan yassin perempuan dari Masjid Taman Universiti, jemaah surau dan marhaban dari Surau Pulai Jaya dan pihak2 lain. Yang paling terharu ada juga yang sudi sponsor makanan seperti rendang ayam, jelly kelapa, sos black pepper, kuih muih dan goodies untuk majlis ini. Terima kasih banyak2 juga kepada tetamu yang bagi hadiah, mainan serta paling banyak duit untuk Daim Muslim. Semoga kalian semua diberkati oleh Allah dan dipermudahkan lagi rezekinya. 

Ok jom kita tengok gambar-gambar sepanjang Majlis tersebut. Saya dah kebuntuan sebenarnya tak tahu nak pilih gambar mana masuk dalam blog ni sebab banyak sangat gambar dari Official Photographer, dari kamera saya, dari handphone lagi dan dari kamera kawan2 yang tag kat kami. Apa2 pun harap uols semua enjoy tengok gambar2 ni sambil mendoakan agar Daim Muslim menjadi anak yang soleh ya.


Official photographer: Gambolawo Photography
Harini habis majlis, esoknya dah siap bagi pen drive yang telah shoot + burn + edit....pantas!


Pelamin & buaian berendoi: Ez's Bridal & Wedding Planner..


Btw konsep dan idea ni saya yang pilih dan diaorg realisasikan apa yang saya nak...sampaikan masa diaorg pasang pelamin dan buaian berendoi ni, memang saya banyak komen itu ini...hihi...alhamdulillah...menjadi diaorg buat apa yang saya nak..


Khemah Arabic dan meja kerusi lengkap sarung dan scallop pun saya tempah melalui Ez's Bridal & Wedding Planner juga. Warna scallop pun saya tentukan juga.


Kambing golek station: Mak Jah Katering
Memang dari dulu kalau rumah saya buat makan2 kambing golek, saya lebih selesa dengan Mak Jah Katering. Sedap dan power kambing goleknya. Masa gambar ni diambil, ni kambing ke-2 dah. Kambing pertama ngam2 habis sebelum maghrib. 


Putu bambu station pun ada juga. Fuhhh panas2 makan putu bambu, memang enak!


Majlis Akikahnya adalah lepas maghrib. Kebetulan lepas maghrib adalah waktu Daim tidur, so bertahnik sambil tidur lah Daim ya. Oh ya kalini tak ada cukur jambul. Buat yang sunat je. Lagipun Daim dah cukur habis rambutnya lepas dia tanggal pusat dulu.


Sedang elok orang sedang selawat dan marhaban, Daim pun bangun...
Memang tak menangis langsung sepanjang majlis.


Alololo, comeynya anak ibu ni...
Baju ibu tempah online je...FB: Mysara


Baju Aleesya pun tempah online juga...FB: Mysara


Lengkap kami sekeluarga...

Baju saya dari Osra Exclusive
Baju Daim dari Luqman Collections
Baju ayah damia dari BajuRayaLelaki2016
Semua tu saya beli kat IG...search je keyword tu, terus jumpa.


Masa selawat dan marhaban, semua jemaah cium dahi Daim Muslim...


Dua hero dalam keluarga kami.
Satu hero besar, satu hero kecik...;-)


3 generasi..
Terima kasih mak dan saudara dari Kelantan yang sudi datang memeriahkan majlis ini.


Bingkisan doa dari para tetamu untuk Daim Muslim..
Ingat Daim Muslim, ramai yang doakan kamu jadi anak soleh tuh!
Aaamin..


Sedikit cenderahati untuk para tetamu..
Pulut kuning, rendang daging dan juga naskah yassin.

Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang mejayakan majlis ini. Terima kasih kepada kawan-kawan, rakan2 usahawan, jiran-jiran, kenalan agensi2, kenalan FB/IG, ibu bapa & pelajar2 Pusat Bahasa Pelangi, dan lain2. Maaf kalau ada yang tak terjemput ya. Insyallah next time kita jumpa lagi..

Terima kasih Allah kerana dengan IzinMU, majlis berjalan dengan lancar dan dipermudahkan..
Aaamin Aaaamin...



Tuesday, September 20, 2016

Daim Muslim pergi site visit

Lepas meeting kat Jab. Pertanian semalam, ke Pontian pula untuk site visit. Tinjau2 tapak untuk 4 in 1 business hub CocoDamia.


First time Daim Muslim ikut site visit. Orang lain mata kecik je sebab menahan panas terik, dia relax je mata tak berkelip2. Diam je perhatikan sekeliling dia.. Good boy!


Semalam ada 4 orang cakap saya kurus. Yeayyy saya suka saya suka..lepas bersalinkan 4.4kg sorang, haruslah kuruskan.... Alhamdulillah..Eh pun ada yang cakap ayah damia kurus juga semalam. Ok kita sama2 kurus ya bang!


Setakat ni Daim ok je siapa2 yang dukung dia. 


Aktif pula tu. Kalau kita dukung dia, kaki tangan kepala mesti gerak sana gerak sini. Kepala nak memerhati, kaki tangan nak stimulasi. 


The progress...


The progress.. 







Monday, September 19, 2016

Sunday Hi-Tea di Hotel Granada


By the way sepatutnya Sunday Hi-Tea ni saya tempah last week sempena Anniversary treat saya dan ayah damia. Tapi disebabkan last week kami teramat sibuk ke sana sini dan menguruskan persediaan Akikah Daim, kami postponed ke minggu ni iaitu semalam. Nasib baik boleh postponed.


Sementara tunggu ayah damia bayar valet parking kat lobby, ambil kesempatan ler bergambar sana sini.

Ramai juga orang kat hotel ni. Yang makan Sunday Hi-Tea pun penuh meja. Saya tahu sebab nampak setiap meja dah ada nama orang yang booked utk Sunday Hi-Tea ni.


Dengan anak sulung saya. Makin tinggi dah anak-anak ibu.


Dengan anak kedua saya yang sangat manja. Makin chubby juga. Mujurlah makin meninggi. So tak nampak montel sangat. Hihi..


Saat kami semua menikmati makanan di hotel, Daim pun menikmati susunya juga. Siap pakej tidur lagi. Dapatlah kami semua makan dengan tenangnya. Baik Daim ni. Memang setiap kali breakfast kat hotel ke, lunch kat hotel ke, atau Sunday Hi-Tea kat hotel, Daim sporting tidur je.


Antara makanan yang sempat saya snap. Puding Mangga tu best sangat! 


Ulam2, aneka sambal dan sambal belacan, salad dan lain2.. Ada juga section utk pengat dan bubur, roti canai, sate, tom yam gong, dan lain2 lagi.


Ngam2 kami semua habis makan, Daim pun bangun. Sambil2 makan/minum dessert, gilir2lah pakat main ngan Daim. 


Daim ni aktif. Kalau kita start agah2 dia atau main2 ngan dia. Tangan kaki mesti gerak2 tendang2. Senyuman jangan cakaplah. Tak pernah lekang. Hihi.. Good boy!


Father and daughter bonding! Lepas majlis Akikah aritu, ayah damia botakkan kepala. Pastu mak saya bergurau, aikk anak yang cukur jambul, ayahnya yang pula botak. Hihi..


Us... Terima kasih Allah for this happy family moment.


Bawa Daim jalan2 kat lobby hotel.

Hotel Granada di terletak betul2 depan Aeon Bukit Indah. Kalau nak walk in Sunday Hi-Tea, dewasa RM38, kanak2 RM25.

Tapi saya pembeli bijak. Saya guna groupon. Dah lah dapat diskaun beli guna Groupon, masukkan kod voucher promosi dapat lagi diskaun. Lepas tu beli pula guna link shopback ni https://www.shopback.my/?raf=GmkZhG dapat lagi cashback. Memang berbaloi kan. Jadilah pembeli bijak seperti saya. Apa lagi? Klik link tu dan daftar cepat2. Pastu happy shopping kat website yang uols nak shopping tu!